Tuesday, August 3, 2010

Lama tak update

Majlis Belah Mulut Humairah




Tuesday, May 25, 2010

Anugerah Guru SK Kahang




Sudahkah anda membuat pendaftaran untuk menunaikan haji melalui Tabung Haji??

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEidamqGxSaAYlDWYG5B3D5_d2w3MgohgOhpc7UtdCmS7ZFooIXSihwA6wsycWCqGFnDe1THno0x0kf6-1ye1pa0sIUX7J5rhTZjQtDJfUQzSTIPmjB5i-Nkznpq2cabVmAjyu6cXc8s8H5x/s400/DSC00528.JPG

Sudahkah Anda membuka akaun tabung haji?
Adakah anda sudah daftar untuk menunaikan Haji?

Perlu ingat, membuka akaun tahung haji tak bermakna anda dah mendaftar untuk pergi Haji...
Pendaftaran untuk menunaikan haji sebanyak RM1300.00 sahaja.
Boleh dibuat secara manual di pejabat Tahung haji @ secara online.

Kalau belum daftar, cepat-cepat daftar.
Ramai yang tak tahu pasal perkara ini
.


Monday, May 24, 2010

Sambutan Hari Guru SK Kahang 2010


SELAMAT HARI GURU khas buat semua yang bergelar guru.
Termasuk diriku yang kerdil ini.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa SMS yang saya terima sempena hari guru yang lepas. Maklumlah sambutan kali pertama bagi saya.

1. Bila dia senyum, senangnya di hati,
Bila dia ketawa, riuhnya,
Bila dia marah, takutnya,
Bila dia diam, sunyinya,
Tapi bila dia tak ada, sedihnya rasa.
SELAMAT HARI GURU.

2. Selamat Hari Guru Mama ucapkan pada adik dan guru-guru semua. Guru ibarat lilin yang membakar dirinya untuk menerangi orang lain. Tapi tak apa lah. Itu satu ibadah yang luhur serta sedekah jariah sebab ilmu yang diajar akan memberi pedoman pada murid-muridnya. (sms dari Ibu).


3. Selamat Hari Guru buat Adik. Semoga mengajar dengan lebih ikhlas
(sms dari Abang Faizal).

4. Erti sebenar seorang CIKGU...

C:- Cantik budi pekertinya
I:- Iman terasnya
K:- Kreatif mindanya
G:- Garangsemangatnya
U:- Unggul ilmunya.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA.
ANDA ADALAH INSAN YANG TERBAIK.


Thursday, May 13, 2010

Sambutan Maulidurrasul SK Kahang, 2010


Ayuh bersama kita raikan sambutan Maulidurrasul bagi menunjukkan kecintaan kita kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW.

Nabi tak pernah minta untuk kita mengadakan sambutan bagi diri baginda. Tapi atas dasar kecintaan dan sayangnya kita kepada junjungan besar Nabi kita, maka kami terpanggil untuk mengadakan sambutan ini.

Namun masih ada perkara yang perlu untuk kita sama-sama perhalusi.
Apa sebab kita nak sambut maulidurrasul??
Apa pengajaran dan iktibar yang boleh kita ambil daripada sambutan ini??

Apa yang penting ialah kita hayati kembali apa yang telah Nabi tinggalkan untuk kita ummat akhir zaman ini. Pesan Nabi SAW: "Aku tinggalkan kepada kamu wahai umatku dua perkara, jika kamu berpegang kepada kedua-dua perkara tersebut maka kamu tidak akan sesat buat selama-lamanya iaitu kitab Allah (al-Quran) dan sunnahku".

Di akhir-akhir ini, ramai yang pandai baca Al-Quran... Ramai yang pandai melagukan Al-Quran..
Tetapi sayang tak ramai yang cuba untuk memahami dan mengamalkanya.
Jangan tengok dan tunding jari pada orang lain.... Tanya diri kita dulu.
Kalau diri kita dah ok... cuba tanya dan cek ahli keluarga kita....
Masyarakat kita dll.....

Jangan sampai Al-Quran hyanya tinggal tulisan semata-mata.
Dibaca bila sampai bulan ramadhan... setelah ramadhan berlalu.. al-Quran kembali ke dalam almari... hanya dicari bila ramadhan kembali lagi ataupun bila ada kematian....

Ingatlah.... KIAMAT makin hampir...
Bersedialah...


Tuesday, May 4, 2010

Sambung cerita minggu lepas...

Assalamualaikum.
Pertama dan selamanya ucapan syukur pastinya menjadi pembuka kepada setiap bicara.
Selawat dan salamu buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda serta pejuang-pejuang agama Allah sehingga memungkinkan kita semua masih dapat mengenal Islam dan Iman.

Terima kasih kepada sidang pembaca yang sudi berkunjung ke laman blog saya yang tak seberama ini. Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama. Sekadar berkongsi serba sedikit ilmu yang Allah pinjamkan untuk disebar luaskan. Moga-moga ada manfaat dan keberkatan daripada perkongsian ini.

Tujuan posting kali ini adalah untuk menyambung sedikit sebanyak cerita daripada posting yang lepas.

*** Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW (yang kita dakwa bahawa kita sayang nabi ** ada kisah di sebalik dakwaan ini. mungkin saya akan cerita lain kali).
(petikan dari entri lepas).

Kenapa saya katakan "yang kita dakwa bahawa kita sayang Nabi?".
Sebabnya ramai orang yang bila ditanya adakah mereka sayang Nabi? Dakah mereka Kasihkan Nabi? Adakah mereka kenal Nabi?
Mereka akan kata YA....
Termasuklah diri kita yang dhaif ini. (mungkit termasuk juga saya yang sedang menulis artikel ini).
Persolannya. Betulkah kita sayang, kasih dan cinta pada Nabi??
Bila Nabi lahir? Siapa nama ayahanda dan bonda Nabi? Siapa nama ibu susu nabi? Berapa bilangan anak nabi? Siapa nama anak nabi? Berapa bilangan isteri nabi? Berapa umur nabi ketika nabi wafat?

Bila kita cuba tanya diri kita tentang beberapa soalan ini, ada dikalangan kita yang tak dapat menjawabnya. Ada yang ragu-ragu... Ada yang tak tahu langsung.
Sepatutnya, kalau kita kata kita sayang pada Nabi, kita akan selidiki latar belakang Nabi. Kita akan sedaya mungkin nak mengenali Nabi dengan lebih dekat.

Hakikat ini tidak berlaku pada diri kita dan kepada remaja-remaja sekarang.
Apa tidaknya, di mana letaknya insan yang bernama Muhammad bin Abdullah dalam diri seorang mat rempit? Ingatkah seorang bohsia kepada insan yang bergelar Rasulullah?
Sebab itulah, ke mana sahaja tempat yang saya bagi kuliah atau tazkirah, maka saya akan sebut.
"Kalaulah ditakdirkan Nabi Muhammad SAW masih lagi hidup dan nabi memerhatikan kehidupan ummatnya sekarang, maka akan menangislah nabi. bercucuranlah air mata suci nabi mengenangkan ummat baginda yang sanggup memfitnah baginda secara terang-terangan."

Nabi tak pernah ajar remaja perempuan untuk tidak memakai tudung apatah lagi memakai baju kecik... juga Nabi tak pernah ajar ummatnya melanggar perintah al-quran...
Sebab itulah saya katakan bahawa kita mendakwa kita sayang kepada nabi hanya ungkapan penyedap perbualan sahaja. tapi hakikatnya tidak.

Nah sekarang, tepuk dada dan tanyalah Iman masing-masing. (termasuk juga saya)

Seterusnya, antara lain juga ialah cerita tentang puteri Rasulullah yang merupakan penghulu syurga bagi kaum wanita.

Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum. Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya.
Ikuti penjelasan yang panjang di sini.

Sungguh hebat dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka. Sebagai seorang anak, isteri juga pejuang agama Allah, bolehlah kita mengambil kisah ini sebagai panduan untuk kita semua terutamanya yang bergelar wanita. (lebih-lebih lagi mereka yang bernama fatimah).

Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan bersama membuahkan manfaat untuk kita semua.


Saturday, April 24, 2010

Batu Menangis Kerana Takutkan Neraka...

http://memori-kedah.net/imgnormal/3_1_4_lesung_pengisar_01.jpg

Alhamdulillah. Allah SWT masih memberi peluang untuk saya mencoretkan sesuatu di ruangan blog ini. Kemudahan teknologi moden yang dipinjamkan oleh Allah ini merupakan kurniaan dari Allah untuk hambaNya. Maka seharus dan sewajibnya kita melafazkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Apa yang nak saya kongsikan bersama pada kali ini adalah dapatan daripada kuliah maghrib yang saya ikuti di Masjid Ar-Rahman, Kg. Sri Lukut Bt 28 Kahang. Alhamdulillah bilangan jemaah yang mengikuti kuliah pada malam ini agak ramai, tapi masih kurang jika nak dibandingkan dengan bilangan yang datang untuk solat jumaat pada hari jumaat semalam.

Tapi inilah hakikat kita pada akhir zaman ini. Masjid dan surau semakin kurang peminat dan penggemarnya. Lainlah kalau nak dibandingkan dengan JOM HEBOH yang sedang rancak berlangsung di Telok Danga sekarang. Sebab itulah pernah keluar satu artikel dalam akhbar "HARAKAH" yang menyatakan bahawa Umat Islam tidak akan dapat mengambil balik bumi Palestin dari tangan Israel (laknatullah) kalau jemaah yang datang ke surau / masjid untuk solat subuh tidak seramai orang yang datang untuk solat jumaat.

Cuba kita perhatikan apa yang berlaku sekarang.
Cuba kita tanya diri kita yang sedang baca artikel yang saya tulis ini.
Saya tanya diri saya dan sahabat-sahabat tanya diri masing-masing, di manakah kita semasa solat fardhu subuh pagi tadi. Dan di mana pula perancangan kita untuk solat subuh pagi esok??
Tepuk lah dada, tanya lah iman masing-masing.

Masih belum masuk tajuk yang nak saya bincangkan kali ini.
Permulaan kuliah pada malam ini menceritakan tentang Solat.
Pentingnya solat dalam kehidupan seseorang individu yang mengaku dirinya sebagai seorang ISLAM.
Jangan kita jadi ISLAM fotostat. Apa itu ISLAM fotostat???
Islam yang hanya pada IC (kad pengenalan). Sebab mak kita Islam dan ayah kita Islam, maka kita pun jadi Islam. Tapi....... sembahyangnya malas.
Nakkan syurga Allah..... tapi malas nak sembahyang....

Allahu Akhbar...... Allah Maha Besar.

Sembahyanglah yang akan membezakan seseorang itu sama ada dia seorang Islam atau tidak.
Ini sesuai dengan sabdaan Nabi Muhammad SAW "Beza antara seorang Islam dengan kafir ialah pada meninggalkan solatnya"

Seterusnya, pengkuliah pada malam ini melanjutkan cerita berkenaan bagaimana azabnya seseorang yang meninggalkan solatnya walaupun satu waktu.
Apa yang akan mereka terima??
Sekiranya seseorang itu meninggalkan solatnya satu waktu, maka dia akan dimasukkan ke dalam api neraka selama 7000 tahun akhirat (sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia). Cuba bayangkan kalau 7000 tahun??? Allahu Akhbar.
(1 hari=1000 tahun. 7000 tahun = ????)

Sekali lagi saya menyeru pada diri saya dan sidang pembaca sekalian untuk kita sama-sama tepuk dada dan tanya iman kita masing-masing.

Apa kaitan dengan batu menangis???
Baiklah begini ceritanya (baru nak masuk tajuk).
Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW (yang kita dakwa bahawa kita sayang nabi ** ada kisah di sebalik dakwaan ini. mungkin saya akan cerita lain kali).
Suatu hari, nabi berkunjung ke rumah puterinya Siti Fatimah binti Muhammad SAW (penghulu syurga bagi kaum wanita ** juga ada kisah di seliknya).

Siti Fatimah yang merupakan isteri kepada Saidina Ali juga merupakan ibu kepada dua orang cucuanda Rasulullah yang sangat disayangi oleh baginda iaitu Hassan dan Hussin.
Siti Fatimah mengadu akan kelemahan dirinya dan keletihan dalam menjalankan tugas sebagai seorang isteri (cubalah kita bayangkan, Siti Fatimah menyediakan makanan seperti roti kepada suaminya Ali dan anak-anak bermula dari mengisar gandum dengan tangannya sendiri seninggalah roti itu siap untuk di makan oleh suaminya yang tercinta).

** bagi pembaca wanita, ambil kisah ini sebagai pengajaran. Bagi yang bernama Fatimah, ambillah sejarah Siti Fatimah ini untuk dijadikan sebagai rujukan dalam melayan seorang suami. Dalam satu hadis yang terkandung dalam kitab Muhimmah (kitab pondok, kulit hijau, harga RM2 sahaja, tapi ilmunya terlalu banyak) ada menyatakan bahawa Nabi pernah menyatakan bahawa kalaulah Allah memberi kebenaran untuk manusia tunduk @ sujud sesama manusia, maka aku (kata nabi) akan menyuruh supaya seorang isteri sujud kepada suaminya. (nak tahu kenapa ungkapan itu yang diungkapkan oleh nabi??? Belilah kita Muhimmah).

Baik, kita sambung kisah Nabi di rumah Siti Fatimah.
Setelah puteri baginda mengadu akan keletihannya, maka Nabi menyatakan. baiklah fatimah, nanti ayah akan tolong kamu. maka Nabi masuk ke dapur dan mengisar bijih gandung untuk dijadikan tepung. Setelah lengkap satu pusingan, maka batu pengisar itu berpusing dengan sendiri sambil menangis.

Maka Nabi pun berbicara dengan batu tersebut.
Wahai batu, kenapa kamu menangis?? (fatimah mendengar perbualan nabi dengan batu itu).
Kata batu itu, demi Allah yang mengutuskan engkau wahai Nabi. Sesungguhnya aku pernah mendengar ayat al-Quran yang diturunkan kepadamu yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang mana bahan bakartnya adalah terdiri dari manusia dan batu-batu.......".

Aku takut, batu yang Allah maksudkan dalam ayat itu termasuk diriku ini.
wahai Nabi Allah, berdoalah kepada Allah agar aku terlepas dari azab api neraka.

Maka Nabi pun berdoa dan menyatakan kepada batu tersebut bahawa, batu yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat tersebut ialah batu yang dijadikan sembahan (yakni berhala).

Ayuh teman..... Ayuh rakan.... sidang pembaca sekalian.
batu pun menangis memikirkan azab Allah yang maha hebat kepada hambaNya yang ingkar akan perintahNya. Kita manusia dibekalkan akal fikiran.
Kalaulah batu yang tidak mempunyai akal itu pun takut akan neraka Allah.
Apatah lagi kita????

Ayuh bersama kita tanamkan azam dalam diri kita untuk kita mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Kuasa. Ayuh kita bangkit dari kelalaian. Kita perbanyakkan istighfar kepada Allah.
Buatlah apa yang Allah perintahkan dan tinggalkanlah apa yang Allah larang.
Sokonglah mereka yang ingin membawa kepada kebenaran
Berilah sokongan anda kepada mereka yang berusaha untuk meletakkan perintah Allah ditrmpat yang selayaknya. Gunakanlah kuasa yang anda ada untuk menyokong golongan / parti Allah yang berjuang untuk menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup kita semua.

Semoga akhirnya kita dapat berhujjah di hadapan Allah bahawa kita juga penyokong kepada tentera-tentera Allah ini. Dan semoga kesempatan kita hidup di dunia yang fana ini dapat kita gunakan dengan sebaiknya untuk dijadikan sebagai bekalan untuk perjalanan kita yang panjang di negeri akhirat kelak.



Thursday, April 22, 2010

Alhamdulillah tuan Guru sudah selamat kembali ke Kelantan

http://www.harakahdaily.net/v2/images/stories/berita/10feb/umrah.jpg

Setelah dua minggu berada di tanah suci Mekkah bagi menunaikan ibadat umrah, akhirnya Tuan Guru Dato Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat, Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Kelantan telah selamat tiba di bumi Tanah Serendah Sekebun Bunga, Negeri Cik Siti Wan Kembang, Kelantan Darul Naim.

Ketika diminta mengulas berhubung perjalanannya sewaktu di sana, beliau bersyukur dapat menunaikan ibadat itu dengan baik walaupun cuaca begitu panas.

“Memang sewaktu saya melakukan ibadat itu saya menggunakan kerusi roda sebab nak jaga tenaga agar tidak mudah letih,”ujarnya lagi.

Katanya, ibadat umrah perlu dilakukan kerana ia tuntutan Islam di samping dapat menjejaki sejarah peninggalan para nabi.

Tambahnya, dengan menunaikan ibadat itu secara tidak langsung juga dapat meningkatkan keimanan diri kepada Allah.


Tuesday, April 20, 2010

Apa khabar IMAN hari ini?

http://lukisanduniaku.files.wordpress.com/2008/10/hati.jpg

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Puji dan syukur kita panjatkan buat Allah SWT.
Selawat dan salam untuk junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Alhamdulillah, kita masih dipertemukan dalam ruangan maya ini untuk sama-sama kita berkongsi ilmu moga-moga ada manfaat darinya.
Ilmu berbeza dengan harta.
Harta kalau kita kongsikan ia akan berkurangan,
tapi ilmu kalau kita kongsikan dan kita kembangkannya, maka ia akan bertambah.
So, apa tunggu lagi....
Marilah kita bersama berkongsi ilmu.

Apa yang nak saya kongsikan dengan pembaca sekalian kali ini?
Tajuk di atas mungkin sering kali kita dengar dan kita menyebutnya.
mungkin juga kita rasa pelik.
kenapa tiba-tiba tanya khabar IMAN??
betul ke tak penulis ni??

Kita sebagai insan biasa tak terlepas dari kelalaian dan kealfaan.
memamng tidak dapat dinafikan. Jadi Allah menganugerahkan kita kawan dan sahabat untuk mengingatpkan kita apa yang kita lupa.
Dan, antara perkara yang patut ditanya oleh seorang sahabat ialah berkenaan dengan IMAN?
Kenapa perlu tanya soal IMAN?
Bukankah IMAN itu dalam hati????

Ya Betul. IMAN itu di hati....
Cuma bila kawan kita bertanya khabar IMAN kita, maka saat dan ketika itu baru kita akan fikir...
Apa yang telah kita buat pada hari itu??
Banyak yang baik ke yang buruk???
Banyak perkara mahmudah ke mazmumah??
Banyak ingat Allah ke banyak lupa Allah???

Sebab itulah peringatan dan teguran dari sahabat penting untuk kita...

MOga amalan ini dapat kita jadikan sebagai rutin harian kita.
Tak salah kalau kita mulakan soalan ini kepada orang yang sentiasa kita SMS...
Kadang-kadang tu sampai 20-30 SMS sehari... tapi tak satu pun kita tanya pasal IMAN.

Tepuk dada... tanyalah IMAN masing-masing..

Ayuh kita mulakan ....

Wednesday, April 14, 2010

Kes buang bayi... Ibu bapa jenguklah anak di IPT

Mengapa ada yang sanggup membuang bayi? Tidakkah bayi itu harus disayangi selepas bersusah payah mengandung selama sembilan bulan.

Adakah sanggup bayi yang terhasil daripada kasih sayang dua insan itu dibiarkan diratah anjing liar atau digilis kenderaan? Manusia jenis apakah yang sanggup melakukan perbuatan keji dan kejam itu?

Itu kata saya, kata anda dan kata kita semua apabila setiap kali berita mengenai pembuangan bayi mengisi dada akhbar dan ruangan utama berita.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Selangor berada pada kedudukan tertinggi di negara ini dengan mencatatkan kes pembuangan bayi sepanjang lima tahun belakangan ini, iaitu sebanyak 105 kes, manakala bagi penderaan bayi dan kanak-kanak, Selangor juga merangkul kedudukan nombor satu.

Saya boleh mengandaikan mengapa Selangor begitu galak dalam kes ini, selain menjadi tumpuan belia seluruh negara bekerja mencari rezeki, negeri ini juga mempunyai jumlah pekerja asing yang tidak sedikit bilangannya. Namun begitu di negeri lain juga mempunyai bilangan kes yang begitu membimbangkan. Di Terengganu, walaupun hanya berlaku lima kes pembuangan bayi dan 168 kes penderaan bayi dan kanak-kanak, tetapi senario itu sudah cukup membimbangkan.

Saya melihat masalah ini sebagai 'iceberg' walaupun nampak kecil tetapi sebenarnya besar. Banyak kes sampingan harus kita lihat yang menyumbang kepada peningkatan kes ini sekiranya tidak dibendung.

Oleh itu, saya merayu kepada pemimpin negeri, masyarakat, ibu bapa, belia, remaja dan pelajar marilah kita sama-sama menghalang perkara ini daripada terus menjadi barah.

Kepada ibu bapa, janganlah terlalu sibuk mencari harta dunia, jenguklah anak di asrama, di institusi pengajian tinggi (IPT) dan ambil tahu apa yang mereka buat. Jangan terlalu percaya kerana kejayaan akademik sahaja tidak cukup untuk membina keimanan teguh yang boleh menjadi benteng kepada mereka menolak segala salah laku ini.

Ketika iman kuat mungkin boleh mereka menghalang daripada terhasut dengan godaan syaitan. Tetapi apa yang akan berlaku tatkala iman mereka lemah?

Saya ingin ingatkan kepada diri sendiri dan ibu bapa yang saya hormati, jika anak sudah menemui pasangannya walaupun ketika masih menuntut di universiti, kahwinkan saja. Jangan dibiarkan mereka keluar berdua-duaan sedangkan kita sendiri tidak mampu untuk memantaunya.

Kita sebagai ibu bapa perlu bertindak selangkah ke hadapan daripada mereka. Ini sebab kata pepatah, kita dahulu yang makan garam, sepatutnya sekilas ikan dia air kita sudah tahu jantan betinanya.

Jika mereka tidak mampu, sama-samalah membantu mereka dari segi kewangan. Percayalah tanggungjawab berkeluarga itu akan membuatkan mereka lebih matang dan lebih tahu akan tujuan dan matlamat mereka dihidupkan ke dunia ini.

Semoga kita dapat sama-sama bertemu Allah SWT di syurga, Amin.

Hamba Allah

Ingat mati



Ayuh kita bersama bertaubat sebelum terlambat


Lagu “Tomat - Tobat Maksiat”
Artis “Wali”

Dengarlah Hai Sobat
Saat Kau Maksiat
dan Kau Bayangkan Ajal Mendekat
Apa Kan Kau Buat
Kau Takkan Selamat
Pasti Dirimu Habis dan Tamat

Bukan ku Sok Taat
Sebelum Terlambat
Ayo Sama-sama Kita Taubat
Dunia Sesaat
Awas Kau Tersesat
Ingatlah Masih Ada Akhirat

Astafighrullahalâadzim

Ingat Mati, Ingat Sakit, Ingatlah Saat Kau Sulit
Ingat Ingat Hidup Cuman Satu Kali

Berapa Dosa Kau Buat
Berapa Kali Maksiat
Ingat Ingat Sobat Ingatlah Akhirat

Cepat Ucap Astafighrullahalâadzim

Pandanglah Ke Sana
Lihat Yang Di Sana
Mereka Yang Terbaring Di Tanah
Bukankah Mereka
Pernah Hidup Juga
Kita Pun Kan Menyusul Mereka

Astafighrullahalâadzim

Cepat Ucap Astafighrullahalâadzim

Cepat Ucap Astafighrullahalâadzim
Cepat Ucap Astafighrullahalâadzim

Apa dosa bayi ini??

http://krimterengganu.files.wordpress.com/2010/01/bayi-3.jpg

Sungguh kita tak sanggup melihat keadaan di atas.
anak kecil yang masih belum kenal erti dosa dan maksiat,
dibuang begitu sahaja tanpa ada perasaan belas kasihan dari ibu bapanya.

apakah dosa anak ini??
Apakah dosa anak kecil ini??
Kenapa dia dibuang????????????

Tidakkah ibunya yang menanggung kesusahan mengandung
selama sembilan bulan tergamak melakukan perkara yang terlalu keji ini??


Ingat mati la wahai manusia...
Jangan ikutkan nafsu syaitan yang ada dalam diri.


Tuesday, March 23, 2010

Buku yang sedang dibaca sekarang - Mac 2010

Sesungguhnya banyak membaca luas pengetahuan. Kata-kata yang tersemat di kalbu "selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan". Maka adalah menjadi satu kemestian untuk menambahkan ilmu, kita perlu membaca dan terus membaca.

Alhamdulillah, saya dah berjaya menhabiskan bacaan buku yang lepas iaitu "Kezuhudan Umar Abdul Aziz dan Kesederhanaan Nik Abdul Aziz"(dua tokoh unik di dua zaman). Alhamdulillah, banyak input dan pengajaran yang boleh dicedok.

Buku terbaru:-

Sedikit perkongsian tentang buku ini:-

" Setiap yang hidup pasti lawannya mati dan baik lawannya adalah jahat. Begitu juga dengan balasan Allah SWT iaitu syurga dan neraka yang bersesuaian dengan amalan setiap insan di dunia ini. Bagi meraih ganjaran syurga idaman, setiap insan perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan ikhlas dan penuh kejujuran. Sebaliknya bagi sesiapa yang memilih untuk masuk ke neraka, mereka tidak perlulah bersusah payah mencari keredhaan Allah SWT, sebaliknya hanya perlu mengikut dorongan hawa nafsu semata-mata.

Terpulanglah kepada kita pilihan mana yang terbaik untuk kita dan seluruh kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kerana orang-orang di sekeliling kitalah yang bakal membawa kita sama ada ke syurga atau neraka. Apa yang penting, semuanya adalah pilihan kita!!! ".


Perjalanan ke Pasir Gudang

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj24xNQjj0Byd3agb8-MdJhSSTpOZCtLOG3cFbP_-C8TkSotwe3dOwthO_7PrQ8e0rCEW7QJFO74iTui3huowGyau_Y-89Z1Fjp5m_9ZafcDs1Jj5l4BtrpN3QVggr3xb-4Hk68LgoqNcUl/s400/DSC00971.JPG

Perjalanan dari Ayer Keroh ke Pasir Gudang cukup jauh. Tambah-tambah lagi bila perjalanan menggunakan motosikal.

"Ujian adalah, tarbiah dari Allah.
apakah kita akan sabar, ataupun sebaliknya"

saya diuji oleh Allah dengan sedikit ujian. Ujian apa??? teruk ke???
Tayar motor RXZ saya pancit masa di highway.

Pening dan panik juga pada awalnya. Ya la... mcm mana nak settelkan masalah nie??? Tambah lagi hari tu hari ahad.. Banyak bengkel yang tak buka. saya pun ambik keputusan untuk exit di satu plaza tol... Bila tanya pekerja kat plaza tol, mereka jawab, pihak pengurusan highway pun tak ada menyediakan perkhidmatan membaik pulih motosikal.

Bertambah la panik saya. Jam baru menunjukkan pukul 9.00 pagi.
Last skali, saya call junior kat UTM Skudai datang ambik. Dia datang dengan motor jugak (Kriss, peninggalan seniornya di UTM). So, kami pun amik keputusan untuk menunda motor RXZ mencari bengkel yang buka. Kami diuji lagi dengan tersalah masuk jalan yang menyebabkan kami terpaksa menunda motor RXZ sejauh 15KM.

Alhamdulillah, akhirnya kami jumpa satu bengkel cina yang beroperasi pada hari ahad. Kata pekerja bengkel tersebut: mereka cuti hari Jumaat sahaja. hari lain mereka bekerja. (macam kelant
an la pulak).

Siap repair motor, kami teruskan perjalanan ke UTM. Selepas makan tengahhari. Kami bertolak ke bandara Pasir gudang untuk mengadakan sedikit perkongsian ilmu (kupasan buku ilmiah).

Secara keseluruhannya, perjalanan di sana sungguh menyeronokkan dan memberi banyak pengalaman yang berharga. semoga ikatan ukhuwwah yang terjalin akan sentiasa kekal selamanya. kita jumpa lagi pada sesi perkongsian ilmu pada bulan empat yang akan datang di tempat yang lain pula....

Wassalam.


Monday, March 22, 2010

Tazkirah di Masjid Al-Alami, MITC Melaka

Jumaat 5/3/2010.
Saya memulakan penulisan ini dengan mencoretkan sidikit pengalaman yang ditimba semasa cuti hujung minggu pada awal bulan Mac. Pengembaraan bermula pada hari Jumaat 5/3/2010.

Selepas melawat guru besar sekolah saya yang dimasukkan ke hospital pakar di bandar Kluang (tekanan darah tinggi & hampir lumpuh ). Saya bersama beberapa rakan (guru baru dan lama SK Kahang), melakukan sedikit senaman petang di Kluang Parade (main bowling). Dah lama rasanya tak pegang bola bowling nie... rasa macam berat la pula... tapi, alhamdulillah masih mendahului rakan-rakan yang lain...

Kerana ada urusan yang perlu diselesaikan di Melaka, maka saya terpaksa memohin diri awal dari permainan bowling untuk meneruskan perjalanan (dengan motor merahku) ke Ayer Keroh Melaka.

Singgah sekejap di R&R Pagoh untuk solat jamak dan qasar (maghrib & isayak). Lepas tu makan nasi goreng sepinggan dan meneruskan perjalanan.

Sampai di Dataran Melaka (depan Melaka Mall) jam 8.30 malam. Selepas berjumpa berjumpa dan sembang dengan Ustaz Adli Al-Malaki, maka saya meneruskan perjalanan ke Kg. Tehel untuk menyewa di rumah Ustaz Radhuan al-Rantau Panjangi.

6 Mac 2010
Permulaan hari ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah di surau taman (tak ingat nama taman) tu.. dan berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan ahli jemaah surau yang berjumlah 3 orang (seorang imam dan 2 orang makmum).

Setelas selesai pengisian ilmu, beli sedikit kueh dan nasi lemak yang dijual oleh penjaja untuk santapan perut pula... lebih kurang jam 7.15 pagi, bertolak ke SMK Tun Mutahir (sekolah praktikal) kerana ada acara merentas desa. Hampir 5 jam berada di sana. jumpa dengan Teacher Safiatun, Cikgu Zali, Cikgu Nazrul, Cikgu Salleh, cikgu Chua dan sebagainya. Alhamdulillah mereka masih ingat saya.

Dipendekkan cerita, petang tu aku iktikaf kat masjid Al-Azim Melaka. Lebih kurang jam 5.00 petang saya kembali ke Kg. Tehel. Setelah bersiap sedia untuk sebuah pertemuan, maka saya meninggalkan "hotel murah" (tak bayar pun), dan menuju ke kawasan MITC. Singgah kat MYDIN jap, nak cucuk duit... tapi tak dapat, ada masalah teknikal. sambil pusing2 kat MYDIN tu, maka sampai SMS minta pertemuan ditangguh ke lepas isyak.
Alhamdulillah, maka saya ambik keputusan untuk bersama jemaah Masjid al-Alami MITC.

Malam nie ada kuliah hadis. Penceramah menggunakan kitab "Mestika Hadis" keluaran Jabatan Perdana Menteri.
Di sini, suka saya nak kongsikan beberapa hadis yang sempat saya dengar dan salin dari kitab tersebut sebagai perkongsian ilmu untuk kita bersama.

Hadis 126: Bersedekah dengan benda-benda makanan.
"Dari Abdullah bin Amru bin Al-'As Radhiyallah 'Anhuma, Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW, Apakah amalan yang baik dalam Islam? Bersabda Nabi: Hendaklah kamu memberi makan (fakir dan miskin), dan memberi salam kepa orang yang kamu kenal dan yang kamu tidak kenal".
H.R. Bukhari, Muslim dan Nasai.

Hadis 127:
Berkata Abu Hurairah, terangkan kepadaku sesuatu amalan yang apabila dilakukan akan menyebabkan aku masuk syurga. Kata Nabi: "Berilah makan (kepada fakir, miskin dan anak yatim), amalkan memberi salam, hubungkan silaturrahim dengan membantu kaum kerabat dan bertahajjudlah pada waktu malam ketika orang ramai sedang tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan selamat dan sentosa".
H.R. Ahmad, Ibn hibban dan al-Hakam.

Setelah selesai menunaikan solat Isyak berjemaah, masa meneruskan misi untuk pertemuan yang penuh bermakna itu.
Selesai menyerahkan amanah dan hajat. selesai makan makan.
Saya meninta diri untuk meneruskan perjuangan (perjalanan) ke Pasir Gudang.

Bermula dari plaza tol Ayer Keroh. Setting meter perjalanan.
Sampai di sat R&R, mata dah tak boleh tahan. So, bermalamlah di surau R&R. Mulanya ingatkan saya sorang sahaja yang tidur kat situ (sbb ada satu arahan, dilarang tidur di dalam surau). Rupa2nya ada lagi 2 orang yang tumpang sekaki.

Selepas solat subuh secara berjemaah, saya meneruskan perjalanan ke Pasir Gudang.
Apa cerita di Pasir Gudang???
Tunggu.

Lama tak update blog

http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2008/09/3197.jpg

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.... dan salam satu Malaysia.
Alhamdulillah. Dengan kuasa Allah, Rahman dan RahimNya. Pemilik blog catatan perantau ini masih dapat menghirup udara segar di bumi Kahang yang bertuah ini.

Selawat dan salam buat insan istimewa, kekasih agung Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib S.A.W., keluarga dan pera sahabat baginda. Walaupun bulan Rabiul Awwal sudah 6 hari meninggalkan kita, namun selawat dan salam ke atas baginda tidak seharusnya dihentikan. Teruskan berselawat. Semoga kita beroleh syafaat Nabi di akhirat kelak.

Lama kiranya pemilik blog ini tidak mengupdate blog nie.... nak kata sibuk... tak lah sangat.... mungkin ada kekangan masa dan mendahulukan apa yang patut didahuluka....

kata-kata yang masih terngiang-ngiang diingata ini adalah ungkapan senior-senior di sekolah menengah dulu:
Kata mereka:- "Pentingkan yang lebih penting itu kerana pentingkan yang lebih penting itu lebih penting daripada pentingkan yang penting itu"

Sekali dengar, pening juga... tapi bila dah belajar tentang "fiqh al-awlawiyyat" @ fikh keutamaan. Maka penulis dapat faham apa yang diungkapkan oleh mereka. Maksudnya, bila bertembung antara dua perkara yang penting, maka kita perlu nilaikan yang mana yang lebih penting. Maka kita perlu mendahulukan perkara yang lebih penting itu. Barulah kita buat perkara yang penting itu. Kalau tak faham lagi.... kena gi tamrin la...

Banyak perkara yang nak ditulis. sebab lama sangat cuti dari menulis.
Ini kerana tugas untuk menyampaikan sesuatu perkara yang baik, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama adalah tugas kita semua umat Nabi Muhammad.
Mulianya tugas ini sehingga Allah menggelarkan kita (umat Nabi Muhammad) ini dengan gelaran "Khaira Ummat" @ ummat yang terbaik. Jadi, seharusnya kita rebut peluang yang terbuka ini untuk bersama kita sebarkan nasihat dan pengajaran.

Di akhir surah Al-Asr, kita selalu membaca: "orang yang tidak rugi ialah orang yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran".

Sama-samalah kita ambil peluang ini untuk menambah saham kita di Bank Akhirat.

Tuesday, February 23, 2010

Sudahkah anda BERSELAWAT hari ini?

Buku yang sedang dibaca




KEZUHUDAN UMAR ABDUL AZIZ, KESEDERHANAAN NIK ABDUL AZIZ
Wan Ji Wan Hussin, Saifulamri
Kemilau Publika
RM 19.00





UMAR BIN ABDUL AZIZ:
Beliau mempunyai watak yang lembut, bertubuh kecil, kurus,janggutnya tersusun rapi, matanya bulat, dahinya luas, kulit berwarna sawo matang dan rambutnya hitam dengan sedikit bercampur uban. Beliau seorang yang mempunyai sifat penyayang, walau terhadap binatang sekalipun.
Ekoran itu, apabila kita membaca kisah-kisah beliau, pasti akan terjumpa satu kisah tentang beliau semasa menjadi khalifah pernah mengarahkan agar baghal ( keldai kecil ) tidak dijadikan binatang untuk mencari rezeki sahaja, malah kebajikannya juga wajib diperlihara.

NIK ABDUL AZIZ:
Dilahirkan dalam lingkungan keluarga ulama, beliau dibesarkan dengan corak hidup menjunjung tinggi prinsip-prinsip agama Islam. Tiada kompromi mengenainya. Demikian asuhan pertama yang beliau terima daripada ayahandanya sendiri yang terkenal dengan julukan Tuan Guru Nik Haji Nik Mat Alim dan Tuan Guru Haji Nik Mat Pongoh.
Justeru, Tuan Guru Nik Abdul Aziz memiliki perwatakan lembut, ucapannya berhikmah, pakaianya sederhana dan amat mementingkan hujah dalam semua perkara. Ayahandanya seorang ulama yang sangat agresif dalam memerangi khurafat dan penyelewengan agama dalam masyarakat.

Ahlan Wasahlan Ya Rasulullah

Rasulullah dalam mengenangmu
kami susuli lembaran sirahmu
pahit getir perjuanganmu
membawa cahaya kebenaran

Persoalannya???
sudahkah anda

BERSEWALAT

hari ini???




Lama tak dengar lagu nie... Bangkitkan semangat anda



Stand Up
Stand Together

Cuti Tahun Baru Cina. Apa yang nak dikongsikan bersama???

http://karencheng.com.au/images/angpow.jpg
Alhamdulilah. Seinfiniti kesyukuran dirafa'kan kehadrat ilahi yang masih lagi menyambung kontrak kehidupan di dunia yang fana ini. Selaut syukur di atas kurniaan yang tidak mampu untuk dihitung kerana terlalu banyak.

Firman Allah yang bermaksud: "Sekiranya kamu ingin menghitung nikmat Allah, maka kamu tidak dapat menghitungnya".

Sebab apa?? kerana terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan buat kita semua. Pada diri kita sahaja, sudah tidak dapat kita mengitungnya.
Nikmat mata dan penglihatan.
Nikmat telinga dan pendengaran.
Nikmat lidah dan percakapan.
dan banyak lagi nikmat yang Allah berkan kepada kita sebagai pinjaman dariNya.
Bila kita sebut pinjam, maka bergantunglah kepada tuannya bila Dia mahu mengambilnya kembali....

Dan sesungguhnya nikmat yang paling besar yang dikurniakan oleh Allah kepada kita semua adalah nikman Iman dan juga nikman Iman. Lebih-lebih lagi la kita perlu bersyukur kepada Allah yang Maha Kuasa.
ALHAMDULILLAH.

Cuti yang lepas, banyak la jugak program yang dilakukan. Antara lain ialah ke rumah nenek di Bukit Marak. Lawatan mengeratkan silaturrahim antara keluarga sambil makan buah limau sempena tahun baru cina (tahun harimau). Dapat Ang pow lagi sbb belum kawin lagi. hehehehe. Abang saya dah tak dapat sebab dah kawin... Seronok juga dapat duit nie..

Selain itu juga terliat dengan satu mesyuarat diperingkat kampung membincangkan tentang masalah umat Islam "melayu" sekarang yang semakin menjadi-jadi. terutamanya di kalangan remaja remaji. yang suka keluar malam dan sebagainya. Beberapa pendekatan akan disusun dan dijalankan bagi mendidik golongan remaja-remaja ini ke arah yang lebih baik dan rasa diri bertuhan.

Sepanjang cuti yang lalu juga terdapat satu kematian di kampungku yang tercinta, seorang ustaz yang menyumbangkan ilmu di masjid mukim Tapang telah kembali menemui Kekasihnya. (* saya akan ceritakan dalam catatan yang akan datang)

Semoga sedikit catatan ini boleh memberi kesedaran pada diri dan pembaca sekalian.


Monday, February 8, 2010

Kita insan.. tak lepas dari ujian



Alhamdulillah....
ungkapan syukur yang tidak terhingga dariku hambamu yang lemah Ya Allah...

semalam, 7 Februari 2010 bersamaan 22 Safar 1431H, kami penghuni rumah guru SK Kahang seramai 9 orang (3 buah kereta... Perdana V6, Vios dan Kancil) telah berkonvoi ke Pantai Mersing. Alhamdulillah perjalan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Namun, hampir kami sampai ke tempat yang ditujui kami diuji oleh Allah SWT dengan suatu kejadian yang memang tak tersenarai dalam tentatif program kami (mmg tak ada pun). Ketika itu kami terfikir, hebatnya perancanganMu Ya Allah. Walaupun kami dah merancang, namun perancanganMu mengatasi segalanya. Berlaku satu kemalangan kecil di hadapan stesen minyak Petronas melibatkan kereta Perdana V6 cikgu Amir, Toyota Vios Cik Shafariza dan juga sebuah motosikal (pelajar Politeknik Merlimau Melaka).

Dalam kejadian tersebut, pelajar itu mengalami luka ringan di lengan dan bahunya. Motornya juga turut tercedera. Perdana V6 dan Vios juga mengalami sedikit kerosakan. Setelah berbincang hampir 2 jam ditambah pula dengan kehadiran polis, maka kata diputus diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut di luar mahkamah tanpa membuat laporan polis.

Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju untuk meneruskan niat yang terpendam. Kami singgah di sebuah surau untuk menyempurnakan tuntutan Ilahi sebelum melom0pat turun ke dalam pantai....

Alhamdulillah, keindahan pemandangan di tepi pantai menyejukkan mata memandang. Dengan anugerah yang Allah ini, kami lupakan segala masalah yang baru lalui sekejap tadi...
Syukur Alhamdulillah...


Friday, February 5, 2010

Jalan-jalan Sekolah Sahabat

Ustaz Nik & Ustaz Radhuan di S.J.K. (C) Shuh Yen, Tehel, Melaka

Bersama Nik di depan bangunan sekolah Ustaz Radhuan Zawawi di Melaka

Bergambar di kolam ikan (ada ikan kaloi besar tau)

Ustaz Nik bergambar di hadapan sebuah bangunan di Sekolah Kebangsaan Ladang Terah

Penciptaan Langit dan Bumi, Bukti Hebatnya Allah



"Seperti isteri kita memasak tomyam semangkuk. Dia tidak menciptakan tomato, dia tidak cptakan garam, lobak, daging ayam, air; pendek kata bukan dia yang ciptakan semuanya tetapi dia hanyalah menyusun, memproses, mengatur barang yang sudah ada; masukkan air ke dalam periuk. Apabila masak, maka jadilah tomyam. Jadi kuih yang Timah buat, rumah yang Salleh bina, kereta yang Jepun cipta, itu adalah sebutan kita sehari-hari tetapi hakikatnya tidak. Manusia sebut benda seperti itu, tetapi adakah begitu sungguh? Tidak! Ia hanya bahasa pertuturan harian untuk memudahkan orang faham. Hakikatnya, apabila kamu detail sedikit kamu akan nampak bahawa Aku (Allah) yang buat semuanya. "


* dipetik dari buku Telaga Budi (Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)

Empat Pertanyaan Yang Mesti Dijawab


Hadis Pertama:

Daripada Abu Barzah Nadhlah Bin 'Ubaid al-Aslami radhiallahu anhu berkata: Bersabda Rasulullah saw.: "Belum Berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba (di hadapan Allah saw pada hari qiamat kelak), sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya). "


Keterangan:
Rasanya susah sekali pertanyaan di atas untuk dijawab. namun pada hari itu segala pertanyaan ini mesti dijawab dengan jawapan yang baik dan benar. Kita pasti akan berkata benar pada waktu itu. Tidak ada seorang pun yang berani berdusta di hadapan Allah swt. Jikalau mulut cuba berdusta, maka Allah swt akan menguncinya dan mempersilakan anggita badan yang lain pula untuk bercakap. Maka kaki, tangan dan seluruh anggota badan akan bercakap dengan benar untuk mengakui segala apa yang pernah dilakukannya sewaktu di dunia dahulu, seperti firman Allah dalam Surah Yaasin, ayat 65 yang bermaksud:-

"Pada hari ini Kami tutup mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu telah mereka lakukan".

Maka sudahkah kita bermuhasabah, sudahkah kita memperhitungkan diri sebelum diperhitungkan di hadapan Allah swt kelak. Kalau sudah, teruskan dan bersyukurlah. Kalau belum, berbuatlah demikian sebelum terlambat.

Mutiara Kata Tok Guru (01)


Islam ajar kita, apabila manusia selalu di awasi oleh Raqib dan Atid, walaupun ada ibu bapa, guru, ustaz, polis dan askar, ada lagi Allah yang Maha Mengawasi. Mari kita bersama-sama 'besar-besarkan' kesedaran ini. Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. Semangatnya ialah, sekalipun polis tiada, Allah tetap ada. Tuhan sentiasa ada dan sentiasa melihat perbuatan kita.

Monday, February 1, 2010

Lagu Sekolah ku




Dengan tekad penuh keazaman
Bersemangat hadapi cabaran
Cita mulia cahaya rahmat
Berusaha ke arah kejayaan

Kami anak ibu pertiwi
Berjanji tingkatkan prestasi
Bidang pelajaran dan sukan
Kami tetap mengejar kemajuan

c/o Sekolah Kebangsaan Kahang
Memupuk semangat berjuang
Insan berilmu matlamat pendidikan
Budaya membaca diutamakan

Sopan santun berbudi mulia
Taat setia pada negara
Bakti pada agama dan bangsa
Berusaha berilmu berjasa (2X)


Indahnya ukhuwwah Kerana ALLAH.

Perbincangan Ilmiah (Usrah) di Masjid UKM. Bersama mad'uku Muzaidi

Bersama mad'u ku Kazman Nordin

Hati Ku .... Ya Allah... Hatiku milikMu

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:u5mRjsDwx9YsMM
Hati Yang Sedar
Firman Allah, maksudnya:
"Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya."
(Surah Qaf 50:37)

YA ALLAH, KURNIAKAN kepadaku hati seperti ini......


Hati Yang Bersih
Firman Allah, maksudnya:
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."
(Surah as-Syams 91:9)


Hati Yang Lurus
Firman Allah, maksudnya:
" Mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya."
(Surah Ali 'Imran 3:8)

dan Engkau Pelihara daripadaku hati ini...


Hati yang TERHIJAB (tertutup)
Firman Allah, maksudnya:
"Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar). "
(Surah al-An'am 6:25)





Sunday, January 31, 2010

Ikan Di Air Masin


Cuba kita perhatikan kecantikan alam lautan yang telah dipinjamkan oleh Allah untuk kita. Sungguh nikmat rasanya. Tenang dan damai gerak geri ikan. Dan sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Apa yang diciptakan oleh Allah ada manfaat dan kelebihannya tersendiri.

Selain daripada menjadi sebahagian daripada makanan bagi manusia, kehidupan ikan di air masin juga menuntut kita supaya berfikir akan hebat dan agungnya Allah SWT. Penciptaan Allah SWT yang tidak ada tolak bandingya. Sehebat dan setinggi manapun kita sebagai seorang manusia belajar, hatta ke universiti yang paling unggul di dunia ini, msih belum mampu untuk menandingi penciptaan Allah. Kerana Dia Maha Pencipta. Apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah ciptaanNya. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar.

Tajuk perbincangan dalam HALAQAH pada malam ini cukup cantik. Membicarakan tentang kehidupan ikan di air yang masin. Bukan nak supaya kita jadi ikan, jadi nelayan jauh sekali. Tapi supaya kita ambil pengajaran dari kehidupan ikan itu sendiri. Ikan merupakan makhluk Allah, penghuni laut. Banyak ayat al-quran yang menyebut tentang perihal ikan ini.

Ada cerita tentang ikan yang dibawa oleh Nabi Musa dan temannya semasa mencari Nabi Khaidir di tepi sungai (dalam surah al-kahfi). Ada cerita tentang ikan dan penghuni laut yang lain dalam surah yaasin dan sebagainya. Untuk apa diceritakan semua ini???
Adakah sekadar untuk bacaan semata-mata.
Tentulah tidak.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya kita sama-sama berfikir tentang kehebat penciptaan Allah SWT dan bersyukur kepadaNya di atas segala nikmat yang dikurniakan untuk kita semua.

Cerita ikan di air masin yang menjadi tajuk perbincangan pada malam ini mengaitkan kehidupan ikan di air masin tetapi isinya / daging ikan tidak semasin air laut itu. Hebatkan Allah SWT. Macam mana boleh berlaku sesuatu yang berada dalam air masin, tapi tidak termasin (terpengaruh dengan rasa masin itu) sebab air laut. Subhanallah.

Ahli panel telah menghubungkaitkan hal kehidupan ikan di air masin dengan kehidupan manusia di dunia ini. Walaupun kita hidup dalam suasana yang penuh pancaroba ini (akhir zaman) namun kita perlu mempunyai akidah dan pegangan yang kukuh. Kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan perkara yang boleh memesongkan akidah kita. Seperti ikan di air masin. Walaupun air laut masin, namun isi ikan tidak semasin air laut itu.

"Fikir-fikirkanlah bersama"

Terkenang Semasa Dulu


Bersama Saudara Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9) semasa sambutan Maulidul Rasul peringkat Bandar Baru bangi.


Isu Royalti Minyak Kelantan


Minyak Milik Rakyat Negeriku

- TUNTUT ROYALTI MINYAK KELANTAN -

** Bukan saja-saja nak post entri pasal politik. Tapi isu ni dah jadi isu global. Apa yang tak globalnya, bila kerajaan pusat cuba untuk menafikan hak milik rakyat di negeriku... sedangkan perjanjian @ akta itu dirangka dan dipersetujui sendiri oleh pihak kerajaan pusat. Adakah sebab negeriku di pimpin oleh seorang ulama dan kerajaan yang adil, maka kerajaan pusat khuatir untuk memberikan hak rakyat kepada KELANTAN???

**Ayuh kita dengar penjelasan dari Presiden pertama PETRONAS...

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau berhak untuk menyuarakan pandangannya tentang royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau bebas untuk bersuara selagi ia tidak melanggar undang- undang dan disiplin parti walaupun berada di atas pentas pembangkang malam tadi.

Bagaimanapun bekas Pengerusi Petronas itu menolak dakwaan kononnya tindakan tersebut adalah langkah awal untuk beliau menyertai pakatan pembangkang.


“Saya bebas dan boleh bersuara apa yang saya suka asalkan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin parti.

“Saya bukan pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya tidak pernah menjadi pak turut. Kalau orang ajak kita masuk ‘rok’ (semak), kita masuk ‘rok’ lah ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco kerajaan negeri serta kira-kira 20,000 rakyat negeri ini.

Penyertaan Tengku Razaleigh dalam ceramah itu mencetuskan kontroversi kerana beliau berada di atas pentas kerajaan negeri yang ditunjangi Pas.

Sementara itu, ketika menyampaikan ceramah, Tengku Razaleigh berkata, kehadirannya pada malam tersebut adalah berdasarkan prinsipnya yang mahu menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang ditindas selama ini.

“Sebelum saya hendak datang sini ada orang hendak halang saya kerana melanggar disiplin parti tetapi apa saya peduli, saya hanya mahu menyatakan kebenaran selepas melihat rakyat Kelantan ditindas. Sepatutnya apa yang saya nyatakan pada malam ini telah dinyatakan 36 tahun yang lalu.

“Sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, saya tahu kerajaan negeri sememangnya berhak untuk menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada kawasan bertindih dengan Thailand,” katanya.

Katanya, jika Kerajaan Pusat tidak yakin dengan kebolehan kerajaan negeri untuk menguruskan royalti itu, beliau mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan untuk memastikan wang berkenaan diuruskan dengan baik.

Jelasnya, beliau sendiri sedia menjadi ‘jambatan’ bagi menghubungkan pihak berkenaan demi pembangunan dan kepentingan negeri serta rakyat.

“Saya rasa kerana mereka tak begitu yakin dengan kerajaan negeri disebabkan pimpinan Pas, barangkali saya fikir itu sebab berlengah tak nak bagi royalti kepada Kelantan.

“Saya sanggup menjadi jambatan untuk berhubung antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dan Petronas supaya dapat kita laksanakan dengan baik demi faedah Kelantan,” katanya.

Motor Merahku... RZX (DU 4841)

Alhamdulillah. Setelah kurang lebih 3 minggu berulang alik dari rumah guru ke masjid, motor merahku hadir ke bumi kluang ini muntuk membantu memudahkan pergerakanku di sini. Sungguh banyak jasanya bagi diriku, terutamanya semasa berada di kampus dulu. Walaupun dalam keadaan tidak mempunyai cukai jalan "road tax" selama hampir 3 tahun, tapi tetap boleh membawaku ke destinasi yang ditujui. Dari sedekat dekat tempat ke sejauh-jauh tempat. Dari ke surau untuk mengikuti kuliah agama hinggalah ke Melaka untuk praktikum semasa tahun tiga. Alhamdulillah.... sekarang dah ada road tax....

Doaku pada yang Esa, moga motor ini dapat digunakan oleh ku untuk memudahkan kerja-kerja Islam. Mudah untuk ke masjid dan mudah untuk membantu orang yang dalam kesusahan (sbb tangki minyak dia besar... bila minyak banyak, maka boleh tolong orang yang kehabisan minyak di tengah jalan)...

Ya Allah, lindungilah kenderaanku ini dari kejahatan orang yang jahat.
Sesungguhnya Engkau yang berkuasa ke atasnya. Aku hanya meminjam dan menumpang dariMu.


Sambung kembali....


inilah teratak ku sekarang. Sebagai seorang pendidik (Ustaz) di sebuah sekolah kampung di daerah kluang ini. Doaku kepada Ilahi agar kehadiranku ke sini dapat memberi manfaat buat seisi warga sekolah, masyarakat kampung dan sebagainya. Moga-moga kedatangan membawa sinar baru untuk perkembangan Islam di bumi selatan semenanjung ini.

Alhamdulillah, aku bersyukur lagi kepada Ilahi kerana menanamkan rasa cinta akan rumahNya di dalam hati ini menggerakkan aku untuk menyempurnakan fardhu di masjid Ar-Rahman. Dapatlah aku meneruskan tabiat lama semasa di kampus dulu, iaitu mencari ilmu tambahan di masjid dan surau. Kerana kita semua adalah miskin.... miskin dengan ilmu.... Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas....

Di sini, masjid menjalankan satu program yang pada hematku amat baik dan perlu kepada pembaikan di masa akan datang, iaitu program "membudayakan al-quran". Setiap kali selepas solat fardhu maghrib, kami akan berkumpul dalam bentuk halaqah (macam usrah) dan akan menghabiskan bacaan al-quran sebanyak sepipi dengan diselang-selikan dengan bacaan tafsir pimpinan ar-rahman.

Satu kenikmatan bila dapat mandengar dan membaca ayat-ayat Allah. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu isi kandungannya. Sebab, sekarang ni ramai orang yang hanya baca sahaja, tapi apa yang Allah nak sampaikan pada kita???? kadang2 tu, maksud dari surah al-fatihah pun tak tahu. sedangkan mereka baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari al-fatihah dalam solat.

Rugilah kita... amat-amat rugi.... Tapi jangan bimbang, masih ada ruang dan masa untuk kita belajar. Ayuh... jangan tidur dulu... cari dulu pengertian surah al-fatihah. Moga solat subuh kita esok pagi lebih khusyuk. sbb antara cara untuk mendapat kekhusyukan ialah dengan cara memahami bacaan kita. Ayuh... jangan berlengah lagi...

Semoga Allah merahmati kita semua.
Moga Amalan kita diterima oleh Allah sebagai ibadat.



Saturday, January 23, 2010

Salam kembali...

Alhamdulillah. pertamanya aku mengungkapkan pujian dan syukur yang tidak terhingga buat Al-Khaliq kerana masih memeberikan kesempatan untuk menumpang hidup di dunia yang fana ini. Dengan itu, aku masih mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat dari dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan. Juga Selawat dan salam yang seagungnya ditujukan buat insan mulia, Muhammad bin Abdullah. Seorang insan yang bergelar kekasih Allah yang sangat cinta dan sayangkan umatnya.
"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alhi wa sohbihi ajmain"

Lama aku tinggalkan ruangan ini tanpa ada posting terkini. entah kenapa. Tapi bila baca posting daripada sahabat-sahabat, terutamanya adinda Zaidi Al-Yamani, diri ini tersa terpanggil untuk menulis kembali. Mungkin tulisan aku ini tidak seberapa, maklumlah orang kampung, tetapi sekadar untuk peringatan bersama dan menyahut seruan junjungn besar nabi Muhaamad SAW "sampaikan dariku walau sepoting ayat".

Ingin aku kongsikan sedikit perkembangan terkini diriku sekarang. Alhamdulillah, aku diberi peluang oleh Allah SWt untuk berkhidmat sebagai seorang guru (ustaz) di sebuah sekolah di selatan tanah air (SK Kahang Bt. 28 Kluang). Mula melaporkan diri bermula 04/01/2010. Sebuah sekolah bersaiz sederhana dari segi bilangan muridnya.

Pada permulaannya, agak kekok untuk aku membiasakan diri kerana tidak biasa bersama dengan budak2 kecil ni... Dulu masa belajar kat IPT didedahkan untuk mengajar pelajar sekolah menengah, masa praktikal pun di sekolah menengah. tapi bila dipostingkan dapat sekolah menengah.... itulah kehebatan Allah taala, kita merancang, Allah juga merancang, namun ingatlah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Mungkin ada hikmat yang tersirat kenapa aku dihantar ke sini.

Pesanan dari seorang kenalan: "Ustaz, kalau ustaz pergi kemana sahaja, dua tempat yang perlu ustaz tuju iaitu masjid/surau dan juga padang permainan". Pelik juga pesanan tu. Saya tanya, kenapa?? Sebab, di sanalah untaz akan mudah kenal masyarakat, boleh bersama masyarakat.. Oooo... Betul juga tu. Terima Kasih teman.

Alhamdulillah, saya tinggal di Quaters guru. Jarak sekolah dengan masjid lebih kurang 2KM (8 minit berjalan kaki). Dapat la juga berjemaah kat sana. Alhamdulillah.


Ok lah. Aku akan sambung cerita aku nanti. Nak tidur kejap. Wassalam.

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Blog Archive

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates