Monday, February 8, 2010

Kita insan.. tak lepas dari ujian



Alhamdulillah....
ungkapan syukur yang tidak terhingga dariku hambamu yang lemah Ya Allah...

semalam, 7 Februari 2010 bersamaan 22 Safar 1431H, kami penghuni rumah guru SK Kahang seramai 9 orang (3 buah kereta... Perdana V6, Vios dan Kancil) telah berkonvoi ke Pantai Mersing. Alhamdulillah perjalan ke sana mengambil masa lebih kurang 45 minit.

Namun, hampir kami sampai ke tempat yang ditujui kami diuji oleh Allah SWT dengan suatu kejadian yang memang tak tersenarai dalam tentatif program kami (mmg tak ada pun). Ketika itu kami terfikir, hebatnya perancanganMu Ya Allah. Walaupun kami dah merancang, namun perancanganMu mengatasi segalanya. Berlaku satu kemalangan kecil di hadapan stesen minyak Petronas melibatkan kereta Perdana V6 cikgu Amir, Toyota Vios Cik Shafariza dan juga sebuah motosikal (pelajar Politeknik Merlimau Melaka).

Dalam kejadian tersebut, pelajar itu mengalami luka ringan di lengan dan bahunya. Motornya juga turut tercedera. Perdana V6 dan Vios juga mengalami sedikit kerosakan. Setelah berbincang hampir 2 jam ditambah pula dengan kehadiran polis, maka kata diputus diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut di luar mahkamah tanpa membuat laporan polis.

Setelah selesai, kami meneruskan perjalanan ke tempat yang dituju untuk meneruskan niat yang terpendam. Kami singgah di sebuah surau untuk menyempurnakan tuntutan Ilahi sebelum melom0pat turun ke dalam pantai....

Alhamdulillah, keindahan pemandangan di tepi pantai menyejukkan mata memandang. Dengan anugerah yang Allah ini, kami lupakan segala masalah yang baru lalui sekejap tadi...
Syukur Alhamdulillah...


Friday, February 5, 2010

Jalan-jalan Sekolah Sahabat

Ustaz Nik & Ustaz Radhuan di S.J.K. (C) Shuh Yen, Tehel, Melaka

Bersama Nik di depan bangunan sekolah Ustaz Radhuan Zawawi di Melaka

Bergambar di kolam ikan (ada ikan kaloi besar tau)

Ustaz Nik bergambar di hadapan sebuah bangunan di Sekolah Kebangsaan Ladang Terah

Penciptaan Langit dan Bumi, Bukti Hebatnya Allah



"Seperti isteri kita memasak tomyam semangkuk. Dia tidak menciptakan tomato, dia tidak cptakan garam, lobak, daging ayam, air; pendek kata bukan dia yang ciptakan semuanya tetapi dia hanyalah menyusun, memproses, mengatur barang yang sudah ada; masukkan air ke dalam periuk. Apabila masak, maka jadilah tomyam. Jadi kuih yang Timah buat, rumah yang Salleh bina, kereta yang Jepun cipta, itu adalah sebutan kita sehari-hari tetapi hakikatnya tidak. Manusia sebut benda seperti itu, tetapi adakah begitu sungguh? Tidak! Ia hanya bahasa pertuturan harian untuk memudahkan orang faham. Hakikatnya, apabila kamu detail sedikit kamu akan nampak bahawa Aku (Allah) yang buat semuanya. "


* dipetik dari buku Telaga Budi (Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)

Empat Pertanyaan Yang Mesti Dijawab


Hadis Pertama:

Daripada Abu Barzah Nadhlah Bin 'Ubaid al-Aslami radhiallahu anhu berkata: Bersabda Rasulullah saw.: "Belum Berganjak lagi kedua kaki seseorang hamba (di hadapan Allah saw pada hari qiamat kelak), sehingga terlebih dahulu ia akan ditanya tentang umurnya, untuk apa dihabiskannya dan akan ditanya tentang ilmunya, untuk apa ia melakukannya dan akan ditanya tentang hartanya, daripada mana ia memperolehinya dan untuk apa dibelanjakannya dan akan ditanya tentang tubuh badannya, untuk apa dibinasakannya (digunakannya). "


Keterangan:
Rasanya susah sekali pertanyaan di atas untuk dijawab. namun pada hari itu segala pertanyaan ini mesti dijawab dengan jawapan yang baik dan benar. Kita pasti akan berkata benar pada waktu itu. Tidak ada seorang pun yang berani berdusta di hadapan Allah swt. Jikalau mulut cuba berdusta, maka Allah swt akan menguncinya dan mempersilakan anggita badan yang lain pula untuk bercakap. Maka kaki, tangan dan seluruh anggota badan akan bercakap dengan benar untuk mengakui segala apa yang pernah dilakukannya sewaktu di dunia dahulu, seperti firman Allah dalam Surah Yaasin, ayat 65 yang bermaksud:-

"Pada hari ini Kami tutup mereka, dan berkatalah kepada Kami tangan-tangan mereka dan bersaksi di hadapan Kami kaki-kaki mereka terhadap apa yang dahulu telah mereka lakukan".

Maka sudahkah kita bermuhasabah, sudahkah kita memperhitungkan diri sebelum diperhitungkan di hadapan Allah swt kelak. Kalau sudah, teruskan dan bersyukurlah. Kalau belum, berbuatlah demikian sebelum terlambat.

Mutiara Kata Tok Guru (01)


Islam ajar kita, apabila manusia selalu di awasi oleh Raqib dan Atid, walaupun ada ibu bapa, guru, ustaz, polis dan askar, ada lagi Allah yang Maha Mengawasi. Mari kita bersama-sama 'besar-besarkan' kesedaran ini. Inilah cara untuk menangani masalah sosial yang sangat kritikal sekarang ini. Semangatnya ialah, sekalipun polis tiada, Allah tetap ada. Tuhan sentiasa ada dan sentiasa melihat perbuatan kita.

Monday, February 1, 2010

Lagu Sekolah ku




Dengan tekad penuh keazaman
Bersemangat hadapi cabaran
Cita mulia cahaya rahmat
Berusaha ke arah kejayaan

Kami anak ibu pertiwi
Berjanji tingkatkan prestasi
Bidang pelajaran dan sukan
Kami tetap mengejar kemajuan

c/o Sekolah Kebangsaan Kahang
Memupuk semangat berjuang
Insan berilmu matlamat pendidikan
Budaya membaca diutamakan

Sopan santun berbudi mulia
Taat setia pada negara
Bakti pada agama dan bangsa
Berusaha berilmu berjasa (2X)


Indahnya ukhuwwah Kerana ALLAH.

Perbincangan Ilmiah (Usrah) di Masjid UKM. Bersama mad'uku Muzaidi

Bersama mad'u ku Kazman Nordin

Hati Ku .... Ya Allah... Hatiku milikMu

http://t1.gstatic.com/images?q=tbn:u5mRjsDwx9YsMM
Hati Yang Sedar
Firman Allah, maksudnya:
"Sesungguhnya (keterangan-keterangan dan peristiwa-peristiwa) yang tersebut itu, tidak syak lagi mengandungi pengajaran bagi sesiapa yang mempunyai hati (yang sedar), atau yang menggunakan pendengarannya bersungguh-sungguh (kepada pengajaran itu) dengan menumpukan hati dan fikiran kepadanya."
(Surah Qaf 50:37)

YA ALLAH, KURNIAKAN kepadaku hati seperti ini......


Hati Yang Bersih
Firman Allah, maksudnya:
"Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya - yang sedia bersih - bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan)."
(Surah as-Syams 91:9)


Hati Yang Lurus
Firman Allah, maksudnya:
" Mereka berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami! Janganlah engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, kurniakanlah kepada kami limpah rahmat-Mu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan yang melimpah-limpah pemberian-Nya."
(Surah Ali 'Imran 3:8)

dan Engkau Pelihara daripadaku hati ini...


Hati yang TERHIJAB (tertutup)
Firman Allah, maksudnya:
"Dan antara mereka ada yang memperdengarkan kepadamu (al-Quran), padahal Kami telah jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, yang menghalang mereka daripada memahaminya, dan Kami jadikan pada telinga mereka penyumbat (yang menjadikan mereka tidak dapat mendengar). "
(Surah al-An'am 6:25)





Sunday, January 31, 2010

Ikan Di Air Masin


Cuba kita perhatikan kecantikan alam lautan yang telah dipinjamkan oleh Allah untuk kita. Sungguh nikmat rasanya. Tenang dan damai gerak geri ikan. Dan sesungguhnya Allah tidak menciptakan sesuatu itu dengan sia-sia. Apa yang diciptakan oleh Allah ada manfaat dan kelebihannya tersendiri.

Selain daripada menjadi sebahagian daripada makanan bagi manusia, kehidupan ikan di air masin juga menuntut kita supaya berfikir akan hebat dan agungnya Allah SWT. Penciptaan Allah SWT yang tidak ada tolak bandingya. Sehebat dan setinggi manapun kita sebagai seorang manusia belajar, hatta ke universiti yang paling unggul di dunia ini, msih belum mampu untuk menandingi penciptaan Allah. Kerana Dia Maha Pencipta. Apa sahaja yang ada di langit dan di bumi adalah ciptaanNya. Subhanallah.. Alhamdulillah.. Allahu Akhbar.

Tajuk perbincangan dalam HALAQAH pada malam ini cukup cantik. Membicarakan tentang kehidupan ikan di air yang masin. Bukan nak supaya kita jadi ikan, jadi nelayan jauh sekali. Tapi supaya kita ambil pengajaran dari kehidupan ikan itu sendiri. Ikan merupakan makhluk Allah, penghuni laut. Banyak ayat al-quran yang menyebut tentang perihal ikan ini.

Ada cerita tentang ikan yang dibawa oleh Nabi Musa dan temannya semasa mencari Nabi Khaidir di tepi sungai (dalam surah al-kahfi). Ada cerita tentang ikan dan penghuni laut yang lain dalam surah yaasin dan sebagainya. Untuk apa diceritakan semua ini???
Adakah sekadar untuk bacaan semata-mata.
Tentulah tidak.
Tujuannya tidak lain dan tidak bukan supaya kita sama-sama berfikir tentang kehebat penciptaan Allah SWT dan bersyukur kepadaNya di atas segala nikmat yang dikurniakan untuk kita semua.

Cerita ikan di air masin yang menjadi tajuk perbincangan pada malam ini mengaitkan kehidupan ikan di air masin tetapi isinya / daging ikan tidak semasin air laut itu. Hebatkan Allah SWT. Macam mana boleh berlaku sesuatu yang berada dalam air masin, tapi tidak termasin (terpengaruh dengan rasa masin itu) sebab air laut. Subhanallah.

Ahli panel telah menghubungkaitkan hal kehidupan ikan di air masin dengan kehidupan manusia di dunia ini. Walaupun kita hidup dalam suasana yang penuh pancaroba ini (akhir zaman) namun kita perlu mempunyai akidah dan pegangan yang kukuh. Kita sepatutnya tidak terpengaruh dengan perkara yang boleh memesongkan akidah kita. Seperti ikan di air masin. Walaupun air laut masin, namun isi ikan tidak semasin air laut itu.

"Fikir-fikirkanlah bersama"

Terkenang Semasa Dulu


Bersama Saudara Azhan Atan (Juara Akademi Nasyid TV9) semasa sambutan Maulidul Rasul peringkat Bandar Baru bangi.


Isu Royalti Minyak Kelantan


Minyak Milik Rakyat Negeriku

- TUNTUT ROYALTI MINYAK KELANTAN -

** Bukan saja-saja nak post entri pasal politik. Tapi isu ni dah jadi isu global. Apa yang tak globalnya, bila kerajaan pusat cuba untuk menafikan hak milik rakyat di negeriku... sedangkan perjanjian @ akta itu dirangka dan dipersetujui sendiri oleh pihak kerajaan pusat. Adakah sebab negeriku di pimpin oleh seorang ulama dan kerajaan yang adil, maka kerajaan pusat khuatir untuk memberikan hak rakyat kepada KELANTAN???

**Ayuh kita dengar penjelasan dari Presiden pertama PETRONAS...

Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan beliau berhak untuk menyuarakan pandangannya tentang royalti petroleum yang dituntut oleh kerajaan negeri.

Bekas Menteri Kewangan itu berkata, beliau bebas untuk bersuara selagi ia tidak melanggar undang- undang dan disiplin parti walaupun berada di atas pentas pembangkang malam tadi.

Bagaimanapun bekas Pengerusi Petronas itu menolak dakwaan kononnya tindakan tersebut adalah langkah awal untuk beliau menyertai pakatan pembangkang.


“Saya bebas dan boleh bersuara apa yang saya suka asalkan tidak melanggar perlembagaan dan undang-undang yang terpakai di negara ini serta disiplin parti.

“Saya bukan pak turut, malah pada zaman Tunku Abdul Rahman, Tun Razak, Tun Hussein Onn dan Tun Dr. Mahathir Mohamad, saya tidak pernah menjadi pak turut. Kalau orang ajak kita masuk ‘rok’ (semak), kita masuk ‘rok’ lah ,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Solat Hajat dan Ceramah Perdana Royalti Petroleum di Stadium Sultan Muhammed IV di sini malam tadi.

Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan barisan Exco kerajaan negeri serta kira-kira 20,000 rakyat negeri ini.

Penyertaan Tengku Razaleigh dalam ceramah itu mencetuskan kontroversi kerana beliau berada di atas pentas kerajaan negeri yang ditunjangi Pas.

Sementara itu, ketika menyampaikan ceramah, Tengku Razaleigh berkata, kehadirannya pada malam tersebut adalah berdasarkan prinsipnya yang mahu menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat Kelantan yang ditindas selama ini.

“Sebelum saya hendak datang sini ada orang hendak halang saya kerana melanggar disiplin parti tetapi apa saya peduli, saya hanya mahu menyatakan kebenaran selepas melihat rakyat Kelantan ditindas. Sepatutnya apa yang saya nyatakan pada malam ini telah dinyatakan 36 tahun yang lalu.

“Sebagai orang yang terlibat dalam penubuhan Petronas dan berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum, saya tahu kerajaan negeri sememangnya berhak untuk menerima royalti sebanyak lima peratus walaupun pada kawasan bertindih dengan Thailand,” katanya.

Katanya, jika Kerajaan Pusat tidak yakin dengan kebolehan kerajaan negeri untuk menguruskan royalti itu, beliau mencadangkan supaya sebuah jawatankuasa pemantau ditubuhkan untuk memastikan wang berkenaan diuruskan dengan baik.

Jelasnya, beliau sendiri sedia menjadi ‘jambatan’ bagi menghubungkan pihak berkenaan demi pembangunan dan kepentingan negeri serta rakyat.

“Saya rasa kerana mereka tak begitu yakin dengan kerajaan negeri disebabkan pimpinan Pas, barangkali saya fikir itu sebab berlengah tak nak bagi royalti kepada Kelantan.

“Saya sanggup menjadi jambatan untuk berhubung antara Kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri dan Petronas supaya dapat kita laksanakan dengan baik demi faedah Kelantan,” katanya.

Motor Merahku... RZX (DU 4841)

Alhamdulillah. Setelah kurang lebih 3 minggu berulang alik dari rumah guru ke masjid, motor merahku hadir ke bumi kluang ini muntuk membantu memudahkan pergerakanku di sini. Sungguh banyak jasanya bagi diriku, terutamanya semasa berada di kampus dulu. Walaupun dalam keadaan tidak mempunyai cukai jalan "road tax" selama hampir 3 tahun, tapi tetap boleh membawaku ke destinasi yang ditujui. Dari sedekat dekat tempat ke sejauh-jauh tempat. Dari ke surau untuk mengikuti kuliah agama hinggalah ke Melaka untuk praktikum semasa tahun tiga. Alhamdulillah.... sekarang dah ada road tax....

Doaku pada yang Esa, moga motor ini dapat digunakan oleh ku untuk memudahkan kerja-kerja Islam. Mudah untuk ke masjid dan mudah untuk membantu orang yang dalam kesusahan (sbb tangki minyak dia besar... bila minyak banyak, maka boleh tolong orang yang kehabisan minyak di tengah jalan)...

Ya Allah, lindungilah kenderaanku ini dari kejahatan orang yang jahat.
Sesungguhnya Engkau yang berkuasa ke atasnya. Aku hanya meminjam dan menumpang dariMu.


Sambung kembali....


inilah teratak ku sekarang. Sebagai seorang pendidik (Ustaz) di sebuah sekolah kampung di daerah kluang ini. Doaku kepada Ilahi agar kehadiranku ke sini dapat memberi manfaat buat seisi warga sekolah, masyarakat kampung dan sebagainya. Moga-moga kedatangan membawa sinar baru untuk perkembangan Islam di bumi selatan semenanjung ini.

Alhamdulillah, aku bersyukur lagi kepada Ilahi kerana menanamkan rasa cinta akan rumahNya di dalam hati ini menggerakkan aku untuk menyempurnakan fardhu di masjid Ar-Rahman. Dapatlah aku meneruskan tabiat lama semasa di kampus dulu, iaitu mencari ilmu tambahan di masjid dan surau. Kerana kita semua adalah miskin.... miskin dengan ilmu.... Sesungguhnya ilmu Allah itu amat luas....

Di sini, masjid menjalankan satu program yang pada hematku amat baik dan perlu kepada pembaikan di masa akan datang, iaitu program "membudayakan al-quran". Setiap kali selepas solat fardhu maghrib, kami akan berkumpul dalam bentuk halaqah (macam usrah) dan akan menghabiskan bacaan al-quran sebanyak sepipi dengan diselang-selikan dengan bacaan tafsir pimpinan ar-rahman.

Satu kenikmatan bila dapat mandengar dan membaca ayat-ayat Allah. Lebih-lebih lagi bila dapat tahu isi kandungannya. Sebab, sekarang ni ramai orang yang hanya baca sahaja, tapi apa yang Allah nak sampaikan pada kita???? kadang2 tu, maksud dari surah al-fatihah pun tak tahu. sedangkan mereka baca sekurang-kurangnya 17 kali sehari al-fatihah dalam solat.

Rugilah kita... amat-amat rugi.... Tapi jangan bimbang, masih ada ruang dan masa untuk kita belajar. Ayuh... jangan tidur dulu... cari dulu pengertian surah al-fatihah. Moga solat subuh kita esok pagi lebih khusyuk. sbb antara cara untuk mendapat kekhusyukan ialah dengan cara memahami bacaan kita. Ayuh... jangan berlengah lagi...

Semoga Allah merahmati kita semua.
Moga Amalan kita diterima oleh Allah sebagai ibadat.



Saturday, January 23, 2010

Salam kembali...

Alhamdulillah. pertamanya aku mengungkapkan pujian dan syukur yang tidak terhingga buat Al-Khaliq kerana masih memeberikan kesempatan untuk menumpang hidup di dunia yang fana ini. Dengan itu, aku masih mempunyai ruang dan peluang untuk bertaubat dari dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan. Juga Selawat dan salam yang seagungnya ditujukan buat insan mulia, Muhammad bin Abdullah. Seorang insan yang bergelar kekasih Allah yang sangat cinta dan sayangkan umatnya.
"Allahumma solli 'ala sayyidina Muhammad, wa 'ala alhi wa sohbihi ajmain"

Lama aku tinggalkan ruangan ini tanpa ada posting terkini. entah kenapa. Tapi bila baca posting daripada sahabat-sahabat, terutamanya adinda Zaidi Al-Yamani, diri ini tersa terpanggil untuk menulis kembali. Mungkin tulisan aku ini tidak seberapa, maklumlah orang kampung, tetapi sekadar untuk peringatan bersama dan menyahut seruan junjungn besar nabi Muhaamad SAW "sampaikan dariku walau sepoting ayat".

Ingin aku kongsikan sedikit perkembangan terkini diriku sekarang. Alhamdulillah, aku diberi peluang oleh Allah SWt untuk berkhidmat sebagai seorang guru (ustaz) di sebuah sekolah di selatan tanah air (SK Kahang Bt. 28 Kluang). Mula melaporkan diri bermula 04/01/2010. Sebuah sekolah bersaiz sederhana dari segi bilangan muridnya.

Pada permulaannya, agak kekok untuk aku membiasakan diri kerana tidak biasa bersama dengan budak2 kecil ni... Dulu masa belajar kat IPT didedahkan untuk mengajar pelajar sekolah menengah, masa praktikal pun di sekolah menengah. tapi bila dipostingkan dapat sekolah menengah.... itulah kehebatan Allah taala, kita merancang, Allah juga merancang, namun ingatlah bahawa perancangan Allah adalah yang terbaik. Mungkin ada hikmat yang tersirat kenapa aku dihantar ke sini.

Pesanan dari seorang kenalan: "Ustaz, kalau ustaz pergi kemana sahaja, dua tempat yang perlu ustaz tuju iaitu masjid/surau dan juga padang permainan". Pelik juga pesanan tu. Saya tanya, kenapa?? Sebab, di sanalah untaz akan mudah kenal masyarakat, boleh bersama masyarakat.. Oooo... Betul juga tu. Terima Kasih teman.

Alhamdulillah, saya tinggal di Quaters guru. Jarak sekolah dengan masjid lebih kurang 2KM (8 minit berjalan kaki). Dapat la juga berjemaah kat sana. Alhamdulillah.


Ok lah. Aku akan sambung cerita aku nanti. Nak tidur kejap. Wassalam.

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Blog Archive

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates