Tuesday, March 23, 2010

Buku yang sedang dibaca sekarang - Mac 2010

Sesungguhnya banyak membaca luas pengetahuan. Kata-kata yang tersemat di kalbu "selangkah ke perpustakaan, sejuta pengetahuan". Maka adalah menjadi satu kemestian untuk menambahkan ilmu, kita perlu membaca dan terus membaca.

Alhamdulillah, saya dah berjaya menhabiskan bacaan buku yang lepas iaitu "Kezuhudan Umar Abdul Aziz dan Kesederhanaan Nik Abdul Aziz"(dua tokoh unik di dua zaman). Alhamdulillah, banyak input dan pengajaran yang boleh dicedok.

Buku terbaru:-

Sedikit perkongsian tentang buku ini:-

" Setiap yang hidup pasti lawannya mati dan baik lawannya adalah jahat. Begitu juga dengan balasan Allah SWT iaitu syurga dan neraka yang bersesuaian dengan amalan setiap insan di dunia ini. Bagi meraih ganjaran syurga idaman, setiap insan perlulah melaksanakan amanah dan tanggungjawab yang diberi dengan ikhlas dan penuh kejujuran. Sebaliknya bagi sesiapa yang memilih untuk masuk ke neraka, mereka tidak perlulah bersusah payah mencari keredhaan Allah SWT, sebaliknya hanya perlu mengikut dorongan hawa nafsu semata-mata.

Terpulanglah kepada kita pilihan mana yang terbaik untuk kita dan seluruh kaum keluarga, sanak saudara dan sahabat handai kerana orang-orang di sekeliling kitalah yang bakal membawa kita sama ada ke syurga atau neraka. Apa yang penting, semuanya adalah pilihan kita!!! ".


Perjalanan ke Pasir Gudang

http://1.bp.blogspot.com/_eI9Y7bD4BLw/ScKbGzwh6tI/AAAAAAAABVg/aeT7IeHbE1Y/s400/DSC00971.JPG

Perjalanan dari Ayer Keroh ke Pasir Gudang cukup jauh. Tambah-tambah lagi bila perjalanan menggunakan motosikal.

"Ujian adalah, tarbiah dari Allah.
apakah kita akan sabar, ataupun sebaliknya"

saya diuji oleh Allah dengan sedikit ujian. Ujian apa??? teruk ke???
Tayar motor RXZ saya pancit masa di highway.

Pening dan panik juga pada awalnya. Ya la... mcm mana nak settelkan masalah nie??? Tambah lagi hari tu hari ahad.. Banyak bengkel yang tak buka. saya pun ambik keputusan untuk exit di satu plaza tol... Bila tanya pekerja kat plaza tol, mereka jawab, pihak pengurusan highway pun tak ada menyediakan perkhidmatan membaik pulih motosikal.

Bertambah la panik saya. Jam baru menunjukkan pukul 9.00 pagi.
Last skali, saya call junior kat UTM Skudai datang ambik. Dia datang dengan motor jugak (Kriss, peninggalan seniornya di UTM). So, kami pun amik keputusan untuk menunda motor RXZ mencari bengkel yang buka. Kami diuji lagi dengan tersalah masuk jalan yang menyebabkan kami terpaksa menunda motor RXZ sejauh 15KM.

Alhamdulillah, akhirnya kami jumpa satu bengkel cina yang beroperasi pada hari ahad. Kata pekerja bengkel tersebut: mereka cuti hari Jumaat sahaja. hari lain mereka bekerja. (macam kelant
an la pulak).

Siap repair motor, kami teruskan perjalanan ke UTM. Selepas makan tengahhari. Kami bertolak ke bandara Pasir gudang untuk mengadakan sedikit perkongsian ilmu (kupasan buku ilmiah).

Secara keseluruhannya, perjalanan di sana sungguh menyeronokkan dan memberi banyak pengalaman yang berharga. semoga ikatan ukhuwwah yang terjalin akan sentiasa kekal selamanya. kita jumpa lagi pada sesi perkongsian ilmu pada bulan empat yang akan datang di tempat yang lain pula....

Wassalam.


Monday, March 22, 2010

Tazkirah di Masjid Al-Alami, MITC Melaka

Jumaat 5/3/2010.
Saya memulakan penulisan ini dengan mencoretkan sidikit pengalaman yang ditimba semasa cuti hujung minggu pada awal bulan Mac. Pengembaraan bermula pada hari Jumaat 5/3/2010.

Selepas melawat guru besar sekolah saya yang dimasukkan ke hospital pakar di bandar Kluang (tekanan darah tinggi & hampir lumpuh ). Saya bersama beberapa rakan (guru baru dan lama SK Kahang), melakukan sedikit senaman petang di Kluang Parade (main bowling). Dah lama rasanya tak pegang bola bowling nie... rasa macam berat la pula... tapi, alhamdulillah masih mendahului rakan-rakan yang lain...

Kerana ada urusan yang perlu diselesaikan di Melaka, maka saya terpaksa memohin diri awal dari permainan bowling untuk meneruskan perjalanan (dengan motor merahku) ke Ayer Keroh Melaka.

Singgah sekejap di R&R Pagoh untuk solat jamak dan qasar (maghrib & isayak). Lepas tu makan nasi goreng sepinggan dan meneruskan perjalanan.

Sampai di Dataran Melaka (depan Melaka Mall) jam 8.30 malam. Selepas berjumpa berjumpa dan sembang dengan Ustaz Adli Al-Malaki, maka saya meneruskan perjalanan ke Kg. Tehel untuk menyewa di rumah Ustaz Radhuan al-Rantau Panjangi.

6 Mac 2010
Permulaan hari ini dimulakan dengan solat subuh berjemaah di surau taman (tak ingat nama taman) tu.. dan berkesempatan untuk berkongsi sedikit ilmu dengan ahli jemaah surau yang berjumlah 3 orang (seorang imam dan 2 orang makmum).

Setelas selesai pengisian ilmu, beli sedikit kueh dan nasi lemak yang dijual oleh penjaja untuk santapan perut pula... lebih kurang jam 7.15 pagi, bertolak ke SMK Tun Mutahir (sekolah praktikal) kerana ada acara merentas desa. Hampir 5 jam berada di sana. jumpa dengan Teacher Safiatun, Cikgu Zali, Cikgu Nazrul, Cikgu Salleh, cikgu Chua dan sebagainya. Alhamdulillah mereka masih ingat saya.

Dipendekkan cerita, petang tu aku iktikaf kat masjid Al-Azim Melaka. Lebih kurang jam 5.00 petang saya kembali ke Kg. Tehel. Setelah bersiap sedia untuk sebuah pertemuan, maka saya meninggalkan "hotel murah" (tak bayar pun), dan menuju ke kawasan MITC. Singgah kat MYDIN jap, nak cucuk duit... tapi tak dapat, ada masalah teknikal. sambil pusing2 kat MYDIN tu, maka sampai SMS minta pertemuan ditangguh ke lepas isyak.
Alhamdulillah, maka saya ambik keputusan untuk bersama jemaah Masjid al-Alami MITC.

Malam nie ada kuliah hadis. Penceramah menggunakan kitab "Mestika Hadis" keluaran Jabatan Perdana Menteri.
Di sini, suka saya nak kongsikan beberapa hadis yang sempat saya dengar dan salin dari kitab tersebut sebagai perkongsian ilmu untuk kita bersama.

Hadis 126: Bersedekah dengan benda-benda makanan.
"Dari Abdullah bin Amru bin Al-'As Radhiyallah 'Anhuma, Bertanya seorang lelaki kepada Rasulullah SAW, Apakah amalan yang baik dalam Islam? Bersabda Nabi: Hendaklah kamu memberi makan (fakir dan miskin), dan memberi salam kepa orang yang kamu kenal dan yang kamu tidak kenal".
H.R. Bukhari, Muslim dan Nasai.

Hadis 127:
Berkata Abu Hurairah, terangkan kepadaku sesuatu amalan yang apabila dilakukan akan menyebabkan aku masuk syurga. Kata Nabi: "Berilah makan (kepada fakir, miskin dan anak yatim), amalkan memberi salam, hubungkan silaturrahim dengan membantu kaum kerabat dan bertahajjudlah pada waktu malam ketika orang ramai sedang tidur, nescaya engkau akan masuk syurga dengan selamat dan sentosa".
H.R. Ahmad, Ibn hibban dan al-Hakam.

Setelah selesai menunaikan solat Isyak berjemaah, masa meneruskan misi untuk pertemuan yang penuh bermakna itu.
Selesai menyerahkan amanah dan hajat. selesai makan makan.
Saya meninta diri untuk meneruskan perjuangan (perjalanan) ke Pasir Gudang.

Bermula dari plaza tol Ayer Keroh. Setting meter perjalanan.
Sampai di sat R&R, mata dah tak boleh tahan. So, bermalamlah di surau R&R. Mulanya ingatkan saya sorang sahaja yang tidur kat situ (sbb ada satu arahan, dilarang tidur di dalam surau). Rupa2nya ada lagi 2 orang yang tumpang sekaki.

Selepas solat subuh secara berjemaah, saya meneruskan perjalanan ke Pasir Gudang.
Apa cerita di Pasir Gudang???
Tunggu.

Lama tak update blog

http://saifulislam.com/wp-content/uploads/2008/09/3197.jpg

Assalamualaikum Warahmatullah Wabarakatuh.... dan salam satu Malaysia.
Alhamdulillah. Dengan kuasa Allah, Rahman dan RahimNya. Pemilik blog catatan perantau ini masih dapat menghirup udara segar di bumi Kahang yang bertuah ini.

Selawat dan salam buat insan istimewa, kekasih agung Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib S.A.W., keluarga dan pera sahabat baginda. Walaupun bulan Rabiul Awwal sudah 6 hari meninggalkan kita, namun selawat dan salam ke atas baginda tidak seharusnya dihentikan. Teruskan berselawat. Semoga kita beroleh syafaat Nabi di akhirat kelak.

Lama kiranya pemilik blog ini tidak mengupdate blog nie.... nak kata sibuk... tak lah sangat.... mungkin ada kekangan masa dan mendahulukan apa yang patut didahuluka....

kata-kata yang masih terngiang-ngiang diingata ini adalah ungkapan senior-senior di sekolah menengah dulu:
Kata mereka:- "Pentingkan yang lebih penting itu kerana pentingkan yang lebih penting itu lebih penting daripada pentingkan yang penting itu"

Sekali dengar, pening juga... tapi bila dah belajar tentang "fiqh al-awlawiyyat" @ fikh keutamaan. Maka penulis dapat faham apa yang diungkapkan oleh mereka. Maksudnya, bila bertembung antara dua perkara yang penting, maka kita perlu nilaikan yang mana yang lebih penting. Maka kita perlu mendahulukan perkara yang lebih penting itu. Barulah kita buat perkara yang penting itu. Kalau tak faham lagi.... kena gi tamrin la...

Banyak perkara yang nak ditulis. sebab lama sangat cuti dari menulis.
Ini kerana tugas untuk menyampaikan sesuatu perkara yang baik, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan agama adalah tugas kita semua umat Nabi Muhammad.
Mulianya tugas ini sehingga Allah menggelarkan kita (umat Nabi Muhammad) ini dengan gelaran "Khaira Ummat" @ ummat yang terbaik. Jadi, seharusnya kita rebut peluang yang terbuka ini untuk bersama kita sebarkan nasihat dan pengajaran.

Di akhir surah Al-Asr, kita selalu membaca: "orang yang tidak rugi ialah orang yang sentiasa berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan pesan dengan kesabaran".

Sama-samalah kita ambil peluang ini untuk menambah saham kita di Bank Akhirat.

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates