Tuesday, May 4, 2010

Sambung cerita minggu lepas...

Assalamualaikum.
Pertama dan selamanya ucapan syukur pastinya menjadi pembuka kepada setiap bicara.
Selawat dan salamu buat junjungan besar nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda serta pejuang-pejuang agama Allah sehingga memungkinkan kita semua masih dapat mengenal Islam dan Iman.

Terima kasih kepada sidang pembaca yang sudi berkunjung ke laman blog saya yang tak seberama ini. Sesungguhnya aku menulis bukan kerana nama. Sekadar berkongsi serba sedikit ilmu yang Allah pinjamkan untuk disebar luaskan. Moga-moga ada manfaat dan keberkatan daripada perkongsian ini.

Tujuan posting kali ini adalah untuk menyambung sedikit sebanyak cerita daripada posting yang lepas.

*** Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW (yang kita dakwa bahawa kita sayang nabi ** ada kisah di sebalik dakwaan ini. mungkin saya akan cerita lain kali).
(petikan dari entri lepas).

Kenapa saya katakan "yang kita dakwa bahawa kita sayang Nabi?".
Sebabnya ramai orang yang bila ditanya adakah mereka sayang Nabi? Dakah mereka Kasihkan Nabi? Adakah mereka kenal Nabi?
Mereka akan kata YA....
Termasuklah diri kita yang dhaif ini. (mungkit termasuk juga saya yang sedang menulis artikel ini).
Persolannya. Betulkah kita sayang, kasih dan cinta pada Nabi??
Bila Nabi lahir? Siapa nama ayahanda dan bonda Nabi? Siapa nama ibu susu nabi? Berapa bilangan anak nabi? Siapa nama anak nabi? Berapa bilangan isteri nabi? Berapa umur nabi ketika nabi wafat?

Bila kita cuba tanya diri kita tentang beberapa soalan ini, ada dikalangan kita yang tak dapat menjawabnya. Ada yang ragu-ragu... Ada yang tak tahu langsung.
Sepatutnya, kalau kita kata kita sayang pada Nabi, kita akan selidiki latar belakang Nabi. Kita akan sedaya mungkin nak mengenali Nabi dengan lebih dekat.

Hakikat ini tidak berlaku pada diri kita dan kepada remaja-remaja sekarang.
Apa tidaknya, di mana letaknya insan yang bernama Muhammad bin Abdullah dalam diri seorang mat rempit? Ingatkah seorang bohsia kepada insan yang bergelar Rasulullah?
Sebab itulah, ke mana sahaja tempat yang saya bagi kuliah atau tazkirah, maka saya akan sebut.
"Kalaulah ditakdirkan Nabi Muhammad SAW masih lagi hidup dan nabi memerhatikan kehidupan ummatnya sekarang, maka akan menangislah nabi. bercucuranlah air mata suci nabi mengenangkan ummat baginda yang sanggup memfitnah baginda secara terang-terangan."

Nabi tak pernah ajar remaja perempuan untuk tidak memakai tudung apatah lagi memakai baju kecik... juga Nabi tak pernah ajar ummatnya melanggar perintah al-quran...
Sebab itulah saya katakan bahawa kita mendakwa kita sayang kepada nabi hanya ungkapan penyedap perbualan sahaja. tapi hakikatnya tidak.

Nah sekarang, tepuk dada dan tanyalah Iman masing-masing. (termasuk juga saya)

Seterusnya, antara lain juga ialah cerita tentang puteri Rasulullah yang merupakan penghulu syurga bagi kaum wanita.

Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit. Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum. Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa', gembiralah hatinya.
Ikuti penjelasan yang panjang di sini.

Sungguh hebat dugaan dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh mereka. Sebagai seorang anak, isteri juga pejuang agama Allah, bolehlah kita mengambil kisah ini sebagai panduan untuk kita semua terutamanya yang bergelar wanita. (lebih-lebih lagi mereka yang bernama fatimah).

Semoga sedikit ilmu yang dikongsikan bersama membuahkan manfaat untuk kita semua.


0 comments:

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates