Saturday, April 24, 2010

Batu Menangis Kerana Takutkan Neraka...

http://memori-kedah.net/imgnormal/3_1_4_lesung_pengisar_01.jpg

Alhamdulillah. Allah SWT masih memberi peluang untuk saya mencoretkan sesuatu di ruangan blog ini. Kemudahan teknologi moden yang dipinjamkan oleh Allah ini merupakan kurniaan dari Allah untuk hambaNya. Maka seharus dan sewajibnya kita melafazkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah Yang Maha Berkuasa. Selawat dan salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW, keluarga dan para sahabat baginda.

Apa yang nak saya kongsikan bersama pada kali ini adalah dapatan daripada kuliah maghrib yang saya ikuti di Masjid Ar-Rahman, Kg. Sri Lukut Bt 28 Kahang. Alhamdulillah bilangan jemaah yang mengikuti kuliah pada malam ini agak ramai, tapi masih kurang jika nak dibandingkan dengan bilangan yang datang untuk solat jumaat pada hari jumaat semalam.

Tapi inilah hakikat kita pada akhir zaman ini. Masjid dan surau semakin kurang peminat dan penggemarnya. Lainlah kalau nak dibandingkan dengan JOM HEBOH yang sedang rancak berlangsung di Telok Danga sekarang. Sebab itulah pernah keluar satu artikel dalam akhbar "HARAKAH" yang menyatakan bahawa Umat Islam tidak akan dapat mengambil balik bumi Palestin dari tangan Israel (laknatullah) kalau jemaah yang datang ke surau / masjid untuk solat subuh tidak seramai orang yang datang untuk solat jumaat.

Cuba kita perhatikan apa yang berlaku sekarang.
Cuba kita tanya diri kita yang sedang baca artikel yang saya tulis ini.
Saya tanya diri saya dan sahabat-sahabat tanya diri masing-masing, di manakah kita semasa solat fardhu subuh pagi tadi. Dan di mana pula perancangan kita untuk solat subuh pagi esok??
Tepuk lah dada, tanya lah iman masing-masing.

Masih belum masuk tajuk yang nak saya bincangkan kali ini.
Permulaan kuliah pada malam ini menceritakan tentang Solat.
Pentingnya solat dalam kehidupan seseorang individu yang mengaku dirinya sebagai seorang ISLAM.
Jangan kita jadi ISLAM fotostat. Apa itu ISLAM fotostat???
Islam yang hanya pada IC (kad pengenalan). Sebab mak kita Islam dan ayah kita Islam, maka kita pun jadi Islam. Tapi....... sembahyangnya malas.
Nakkan syurga Allah..... tapi malas nak sembahyang....

Allahu Akhbar...... Allah Maha Besar.

Sembahyanglah yang akan membezakan seseorang itu sama ada dia seorang Islam atau tidak.
Ini sesuai dengan sabdaan Nabi Muhammad SAW "Beza antara seorang Islam dengan kafir ialah pada meninggalkan solatnya"

Seterusnya, pengkuliah pada malam ini melanjutkan cerita berkenaan bagaimana azabnya seseorang yang meninggalkan solatnya walaupun satu waktu.
Apa yang akan mereka terima??
Sekiranya seseorang itu meninggalkan solatnya satu waktu, maka dia akan dimasukkan ke dalam api neraka selama 7000 tahun akhirat (sehari di akhirat bersamaan dengan 1000 tahun dunia). Cuba bayangkan kalau 7000 tahun??? Allahu Akhbar.
(1 hari=1000 tahun. 7000 tahun = ????)

Sekali lagi saya menyeru pada diri saya dan sidang pembaca sekalian untuk kita sama-sama tepuk dada dan tanya iman kita masing-masing.

Apa kaitan dengan batu menangis???
Baiklah begini ceritanya (baru nak masuk tajuk).
Pada suatu hari Nabi Muhammad SAW (yang kita dakwa bahawa kita sayang nabi ** ada kisah di sebalik dakwaan ini. mungkin saya akan cerita lain kali).
Suatu hari, nabi berkunjung ke rumah puterinya Siti Fatimah binti Muhammad SAW (penghulu syurga bagi kaum wanita ** juga ada kisah di seliknya).

Siti Fatimah yang merupakan isteri kepada Saidina Ali juga merupakan ibu kepada dua orang cucuanda Rasulullah yang sangat disayangi oleh baginda iaitu Hassan dan Hussin.
Siti Fatimah mengadu akan kelemahan dirinya dan keletihan dalam menjalankan tugas sebagai seorang isteri (cubalah kita bayangkan, Siti Fatimah menyediakan makanan seperti roti kepada suaminya Ali dan anak-anak bermula dari mengisar gandum dengan tangannya sendiri seninggalah roti itu siap untuk di makan oleh suaminya yang tercinta).

** bagi pembaca wanita, ambil kisah ini sebagai pengajaran. Bagi yang bernama Fatimah, ambillah sejarah Siti Fatimah ini untuk dijadikan sebagai rujukan dalam melayan seorang suami. Dalam satu hadis yang terkandung dalam kitab Muhimmah (kitab pondok, kulit hijau, harga RM2 sahaja, tapi ilmunya terlalu banyak) ada menyatakan bahawa Nabi pernah menyatakan bahawa kalaulah Allah memberi kebenaran untuk manusia tunduk @ sujud sesama manusia, maka aku (kata nabi) akan menyuruh supaya seorang isteri sujud kepada suaminya. (nak tahu kenapa ungkapan itu yang diungkapkan oleh nabi??? Belilah kita Muhimmah).

Baik, kita sambung kisah Nabi di rumah Siti Fatimah.
Setelah puteri baginda mengadu akan keletihannya, maka Nabi menyatakan. baiklah fatimah, nanti ayah akan tolong kamu. maka Nabi masuk ke dapur dan mengisar bijih gandung untuk dijadikan tepung. Setelah lengkap satu pusingan, maka batu pengisar itu berpusing dengan sendiri sambil menangis.

Maka Nabi pun berbicara dengan batu tersebut.
Wahai batu, kenapa kamu menangis?? (fatimah mendengar perbualan nabi dengan batu itu).
Kata batu itu, demi Allah yang mengutuskan engkau wahai Nabi. Sesungguhnya aku pernah mendengar ayat al-Quran yang diturunkan kepadamu yang bermaksud:-

"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari api neraka yang mana bahan bakartnya adalah terdiri dari manusia dan batu-batu.......".

Aku takut, batu yang Allah maksudkan dalam ayat itu termasuk diriku ini.
wahai Nabi Allah, berdoalah kepada Allah agar aku terlepas dari azab api neraka.

Maka Nabi pun berdoa dan menyatakan kepada batu tersebut bahawa, batu yang dimaksudkan oleh Allah dalam ayat tersebut ialah batu yang dijadikan sembahan (yakni berhala).

Ayuh teman..... Ayuh rakan.... sidang pembaca sekalian.
batu pun menangis memikirkan azab Allah yang maha hebat kepada hambaNya yang ingkar akan perintahNya. Kita manusia dibekalkan akal fikiran.
Kalaulah batu yang tidak mempunyai akal itu pun takut akan neraka Allah.
Apatah lagi kita????

Ayuh bersama kita tanamkan azam dalam diri kita untuk kita mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Kuasa. Ayuh kita bangkit dari kelalaian. Kita perbanyakkan istighfar kepada Allah.
Buatlah apa yang Allah perintahkan dan tinggalkanlah apa yang Allah larang.
Sokonglah mereka yang ingin membawa kepada kebenaran
Berilah sokongan anda kepada mereka yang berusaha untuk meletakkan perintah Allah ditrmpat yang selayaknya. Gunakanlah kuasa yang anda ada untuk menyokong golongan / parti Allah yang berjuang untuk menjadikan Al-Quran dan Sunnah sebagai panduan hidup kita semua.

Semoga akhirnya kita dapat berhujjah di hadapan Allah bahawa kita juga penyokong kepada tentera-tentera Allah ini. Dan semoga kesempatan kita hidup di dunia yang fana ini dapat kita gunakan dengan sebaiknya untuk dijadikan sebagai bekalan untuk perjalanan kita yang panjang di negeri akhirat kelak.



0 comments:

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates