Thursday, July 30, 2009

Line

Saturday, July 25, 2009

Kursus Al-Quran

InsyaAllah. Esok aku akan menyertai Bengkel al-Baghdadi di Perdana Resorat, Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu Kelantan. Semoga ada manfat yang boleh dikongsikan bersama melalui program ini.

Kuliah Tafsir Pimpinan Al-Rahman

Khutbah Jumaat

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhFrDE260KTjOse0dcU1n6ggSsxJPZdp6wBYuCfiMSEthyphenhyphen7txpyBKAs_4E8_SMvRRvOxmKURPfh7KgQZ-7K-b2LWXIPUHhaG-Ww7nDns-VcV9BckAXtDWbeU75GIwQCShluZ7cUD5VbZsk/s320/khutbah.jpg
(sekadar hiasan)

Hari ini 25 Julai 2009, satu pengalaman baru yang aku perolehi. Dulu aku memang bercita-cita untuk berada di sana dan melakukannya. aku fikir, perkara ini biasa sahaja. Sebab aku tengok orang lain yang buat, nampak biasa saje. Tak de la susah sangat. Tapi bila diri sendiri yang berada di tempat itu, baru lah tahu macam mana rasanya.

Aku teringat akan pesan Us. Khairil Khuzairi (Pegawai Masjid UKM) semasa pertandingan penyampaian khutbah sempena Sambutan Maulid Al-Rasul SAW ketika aku di tahun pertama di perbukitan ilmu UKM. Katanya, bukan senang nak baca khutbah ni. Kita perlu banyak berlatih. Bukan ambik dan teus baca. Perlu baca dua, tiga kali sebelum baca di mimbar. Barulah kita dapat sesuaikan suara kita mengikut nada. Lagi satu, kita berada di atas mimbar, orang lain semua memerhatikan kita. Perlu kepada jiwa yang berani...

Betul apa yang dikatakannya. Hari ini aku diamanahkan oleh Imam kampung aku untuk membaca khutbah Jumaat. Dia kata nak test power orang muda pula. Sambil-sambil nak didik oarng muda untuk berjinak dengan masjid. Alhamdulillah, aku dapat menyempurnakan tugas yang diberikan dengan izin Allah. Memang gementar juga berada di atas mimbar tadi. Apa tak nya.. Ramai lagi orang yang hebat-hebat yang berada di bawah.. Aku pula, hanya insan biasa.

InsyaAllah, aku akan konsikan sedikit isi khutbah tadi dalam tulisan yang akan datang. Moga ada manfaat untuk kita semua.

Semoga Allah tsabatkan kita semua di atas landasan agama dan ketaatan kepadaNya.

23 Julai yang Istimewa

Alhamdulillah. Syukur seikhlasnya aku panjatkan buat Allah Rabbul Jalil yang terus-menerus melimpahkan nikmat dan rahmatNya untuk diri yang hina ini. Terkadang terlintas di minda ini akan hinanya aku di sisi Allah yang Maha Agong. Terfikir..... layakkah aku menikmati nikmat yang sebegini banyak sedangkan pada masa yang sama, aku masih melakukan maksiat dan dosa terhadap Allah SWT. Sungguh benar firman Allah bahawa kita tidak mampu untuk menghitung nikmat Allah yang maha luas.

Sahabat sekalian, 23 Julai telah berlalu. Memang tarikh ini cukup istimewa buat diri ini. Alhamdulillah aku dapat menempuhinya dengan berjaya (dengan izin Allah yang Maha Kuasa).

Setelah tamat pengajian di perbukitan Ilmu UKM, aku bekerja sementara di sebuah kedai printing (Q Eight Enterprise)... sepertimana yang tercatat dalam kad di bawah ini

Sebagai seorang designer, tugasku seharian ialah membuat design yang ditempah oleh pelanggan. Ada desing program sekolah, program persatuan penduduk, program ADUN, hinggalah desing-desing yang lain. Itulah rutin haraian aku sekarang. Kadang-kadang sampai tak berganjak dari kerusi dek kerana tempahan yang banyak. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada Ilahi kerana masih memberi kekuatan untuk aku melaksanakan tugas yang telah diamanahkan ini.

Dalam kesibukan melakukan kerja-kerja seharian, aku cuba untuk meneladani seorang tokoh ulama yang terkenal. Tinggalnya di Pulau Melaka, Kota Bharu. Berperwatakan sederhana, mudah mesra dan tinggi ilmunya. Antara teladan yang sentiasa dilakukan ialah memulakan pekerjaan di pejabat dengan solat sunat dhuha.. Alhamdulillah setakat ini aku masih mampu untuk menjaganya. Moga diberi kemudahan oleh Allah untuk terus istiqamah dengannya. Kerana solat sunat dhuha memudahkan rezeki dan menolak bala. (link)

Doa’ Sembahyang Dhuha ialah:

اللَّهُمَّ اِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُكَ وَالبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالجَمَالَ جَمَالُكَ وَالقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ اللَّهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّماَءِ فَاَنْزِلْهُ وَ اِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي الاَرْضِ فَاَخْرِجْهُ وَ اِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَ اِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضَحَاءِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِيْ مَا آتَيْتَ بِهِ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksudnya : ” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

Ayuh Bersama Kita Mengamalkannya.


Wednesday, July 22, 2009

Menanti Hari Istimewa


Semoga tarikh ini menjadi satu tarikh yang bermakna dalam hidup ini buat selamanya.
Nantikan.........


Lagu Khas Isra' Mikraj

Isra' Miraj
Album : Kalimah Cinta
Munsyid : Mestica
http://liriknasyid.com


Hening malam gelap yang membungkus
Desir angin tiada kedengaran
Gemuruh suara memanggil
Membangunkan Rasul dari tidurnya

Jibril berwajah putih bersih
Bersayap bergemerlapan
Dari Mekah ke Sidratul Muntaha
Buraq menawan tujuh petala
Membelah langit

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Tabir akhirat disingkapkan
Membenarkan apa yang diwahyukan
Dosa pahala dijelaskan
Dipamerkan tiap pembalasan

Langit perak bertatahkan bintang
Bergantungan rantai-rantai keemasan
Tiada iblis dan juga syaitan
Dapat mendengarkan rahsianya Tuhan

Dipertemukan dengan Nabi-nabi
Diperlihatkan ragam malaikat
Diperbentangkan hari kebangkitan
Diwajibkan lima waktu sembahyang

Isra' mikraj yang amat panjang
Disingkatkan menjadi semalaman
Sukarnya untuk dipercaya
Hanya keimanan yang membenarkannya

Senilagu: ITO Lara (Gurindam Entertainment)
Senikata : ITO Lara (Gurindam Entertainment)

** Ayuh bersama kita menghayatinya.

Monday, July 20, 2009

Salam Isra' Mikraj buat semua


Ustaz Abdul Halim Abdullah. Pada hari Jumaat 4.7.2008 (1 Rejab) yang lalu, kita memasuki bulan Rejab yang didalamnya berlaku peristiwa Israk Mikraj yang bersejarah. Peristiwa tersebut bukan sahaja menunjukkan kekuasaan Allah swt di atas sekelian makhluqNya dan benarnya kenabian Muhammad saw, bahkan ianya juga membuka ufuk pemikiran dan cita-cita manusia sejagat dari hanya sekadar terhad kepada muka bumi ini semata-mata kepada cakerawala ciptaan Allah swt yang amat luas dan jauh, siap untuk diamati untuk lebih kita mengenali Tuhan Pencipta Agung, siap untuk diterokai agar manusia memperlengkap dan meninggikan kualiti ilmu pengetahuan demi memenuhi cita-cita tersebut. [baca sepenuhnya...]

Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :

  1. Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.
  2. Perlindungan seperti yang diberi, contohnya Abu Talib, biar pun bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.
  3. Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.
  4. Dengan Nabi saw menjadi imam semua Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin & pembimbing) kepada umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.
  5. Solat ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.
  6. Iman pendokong2 perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk beza dan asingkan permata dari kaca.
  7. Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.
  8. Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.

Thursday, July 16, 2009

Seloka Hiburan

Di dalam hidup manusia, yang penting ialah berkat.
Bila hidup kita berkat, diri ini akan selamat.
Apabila diri selamat, rumahtangga jadi sepakat.
Apabila rumahtangga jadi sepakat, masyarakat jadi muafakat.
Apabila masyarakat jadi muafakat, negara kita menjadi kuat.
Apabila negara menjadi kuat, negara luar jadi hormat.
Apabila negara luar jadi hormat, permusuhan pun tersekat.
Apabila permusuhan tersekat, pembangunan pun meningkat.
Apabila pembangunan pun meningkat, kemajuan menjadi pesat.

TETAPI AWAS!!
Apabila pembangunan meningkat, kemajuan menjadi pesat,
kita lihat bangunan naik bertingkat-tingkat.
Ditengah-tengah itu, tempat maksiat tumbuh macam kulat.
Apabila tempat-tempat maksiat tumbuh macam kulat, KETIKA ITU manusia mula mengubah tabiat.
Apabila manusia telahmula mengubah tabiat, ada yang jadi lalat ada yang jadi ulat.
Apabila manusia dah jadi ulat, sembahyang makin hari makin liat.
Apabila sembahyang jadi liat, orang baik ada yang bertukar jadi jahat.
Apabila orang baik bertukar jahat, orang miskin pula nak kaya cepat.
Apabila orang miskin nak kaya cepat, orang tua pula nak mati lambat.
Apabila orang tua nak mati lambat, tak dapat minum madu telan jerla minyak gamat.

Yang lelaki, budak budak muda pakai seluar ketat.
Semua nak tunjuk kuat.
Bila berjudi, percaya unsur kurafat.
Tapi hidup pula yang melarat.
Tali kasut dah tak berikat.
Rambut pun jarang sikat.

Yang perempuan, pakai mini sekerat.
Suka pakai baju ketat.
Suka sangat menunjukkan pusat.
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat.
Pakai pulak yang singkat-singkat.
Kadang-kadang ternampak benda 'bulat'.

Bila jadi macam ini, siapa lihat pasti tercegat.
Silap gaya jadi gawat, bohsia bohjan lagi hebat.
Duduk jauh berkirim surat.
Bila berjumpa, tangan berjabat.
Kemudian pakat lawan peluk siapa erat.
Masa tu, nafas naik sampai tersekat-sekat.
Usah peduli agama dan adat.
Usah takut Allah dan malaikat.
Yang penting apa kita nak buat?
Kita 'bukti' lah kita buat.
Akhirnya perut kempis dah jadi bulat.
Apabila perut kempis dah jadi bulat, maka lahirlah pula anak-anak yang tak cukup sifat.
Bila anak-anak tak cukup sifat, jam tu kita tengok bayi dibuang di merata tempat.

Maknanya ketika itu, iblis mula melompat.
Dia kata apa? Habis manusia dah masuk jerat.
Habis manusia telah tersesat.
Inilah dia fenomena masyarakat.
Oleh itu wahai saudaraku dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa mungkin kiamat,
Sampai masa kita semua akan berangkat! .
Berangkat menuju ke negeri akhirat.

Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat.
Masa tu, sindri mau ingat.

Umur mu banyak mana mu buat ibadat...?
Zaman muda mu, apa yang telah mu buat...?
Harta benda anta, dari mana anta dapat...?
Ilmu anta, adakah anta manafaat...?

Semoga ianya dapat mengingatkan kita supaya segera meninggalkan maksiat.
Memperbanyakkan ibadat.

Tuesday, July 14, 2009

Lama menyepi....

Salam sejahtera buat semua. Salam kerahmatan di bulan yang mulia ini, Rejab.
Lama rasanya ana tidak meluahkan sesuatu dalam blog ini. Bukan tak ada masa, cuma keinginan di hati tidak diteruskan dengan tindakan susulan yang akhirnya menyebabkan ruangan blog ana ini sepi tanpa pengunjung.

Alhamdulillah, hari ini Allah SWT menggerakkan hati ana disusuli dengan tindakan untuk membuat sedikit penambahbaikan pada blog ini. Pertama sekali dari segi templete dan beberapa elemen lain. Syukur yang tidak terhingga.

Ada beberapa perkara yang akan ana kongsikan bersama para pembaca sekalian, terutamanya perkara-perkara yang telah dilakukan oleh ana sepanjang tempoh tamat pengajian sebagai seorang pelajar dari sebuat IPT. InsyaAllah, ana akan berusaha untuk menukilkannya untuk tatapan anda semua. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikanlah sempadan.

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates