Tuesday, October 28, 2008

PERMOHONAN BANTUAN ZAKAT UKM


SEANDAINYA ANDA TERGOLONG DALAM KATEGORI DAN SYARAT2 YANG DITETAPKAN... POHONLAH SEGERA SEBELUM TERLAMBAT......

INGAT !!!! SEBELUM 12 NOVENBER 2008

Monday, October 27, 2008

Ayuh Kita Berbakti.... Korban atau aqiqah... Di mana? EZ Qurban la..

SILIBUS USRAH UNTUK REMAJA


Satu lambang Komitmen Sekelompok UMMAH Menggerakkan Tarbiah Generasi Baru ISLAM

Saturday, October 25, 2008

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN AKHIR

Peperiksaan oh peperiksaan......
Sekarang kita berada di ambang peperiksaan. Kita dah memasuki minggu ulangkaji (study week). Maka mula bersesaklah PTSL (Perpustakaan Tun Seri Lanang)dari dalam sampai ke luar. Dari pagi hingga ke larut malam. Semua studentsibuk mengulangkaji pelajaran masing-masing.

Sebagai pelajar kita tidak terlepas daripada peperiksaan. Setelah hampir 14 minggu pengkuliahan dan tutorial, maka tiba saatnya untuk menempuh peperiksaan. Maka gunakanlah kesempatan yang ada ini untuk melakukan yang terbaik. Buktikan kita adalah pelajar yang cemerlang.

Sebagai seorang Islam, apa yang penting kita panjatkan sebanyaknya doa kepada Allah SWT moga-moga ilmu yang kita pelajari dapat dijadikan bekalan dan amalan kita. Perbanyakkan solat hajat kepada Allah.

DOA + USAHA + IKHTIAR + TAWAKKAL = BERJAYA


Permohonan Penginapan Kolej Kediaman Semester II Sesi 2008/2009

Permohonan Penginapan Kolej Kediaman Semester II Sesi 2008/2009 [atas]
  1. Pelajar yang tamat latihan industri dan pelajar yang tinggal di luar kolej, sila buat permohonan melalui web secara "on line" http://www.ukm.my/upp mulai 20 hinggan 31 Oktober 2008.
  2. Keputusan permohonan akan dimaklumkan melalui sms sebelum semester II dibuka.

JANGAN LUPA!!

Friday, October 24, 2008

Pelajar tendang guru... Apa dah jadi ni??

KANGAR: Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah menengah di sini yang dilaporkan menendang gurunya, Azhana Ibrahim, 27, di bahagian perut semalam digantung persekolahan serta merta selama seminggu bagi membolehkan siasatan dijalankan.

Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat ketika ditemui hari ini berkata siasatan akan dijalankan oleh jabatannya dan polis.

Sambil menyatakan rasa kesalnya Mansor berkata insiden dalam bilik darjah itu sepatutnya tidak berlaku kerana sekolah adalah institusi pendidikan.

Dalam kejadian 10.00 pagi itu, guru berkenaan ditendang oleh pelajar perempuan itu yang tidak puas hati dengan tindakan guru itu meminta penjelasan berhubung tulisan “gila” babi dalam kerja rumahnya.

“Saya difahamkan pada mulanya hanya berlaku pertelingkahan kecil kerana pelajar berkenaan tidak berpuas hati disebabkan guru berkenaan meminta pelajar itu memberi penjelasan terhadap kata-kata kesat yang ditulisnya,” katanya. - Bernama


APA DAH JADI DENGAN PELAJAR-PELAJAR KITA SEKARANG??
DI MANA RASA HORMATNYA KEPADA GURU??
BUKANKAH GURU ITU YANG MENDIDIK MEREKA??
MENGAJAR A.B.C. & 1.2.3. sehingga dapat mengarang esei dan membuat penyelesaian matematik....
ADAKAH ITU GANJARAN YANG DIPEROLEHI OLEH GURU??


** Sama-sama kita renungkan perkara ini... sama-sama kita jadikan iktibar dan cuba untuk mengatasinya... Macam mana?? Jawapannya, kita kena kembali merujuk kepada Tuan punya dunia ini iaitu Allah SWT. Rujuk al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Tuesday, October 21, 2008

Pertandingan Bowling Pendidik -Antara Program-

Ayuh bersama kita meriahkannya.
Kita hilangkan tekanan sebelum exam dengan kita besama-sama menjayakan pertandingan bowling ini. Kita saksiakn pertandingan antaraprogram dan juga penampilan istimewa pasukan kakitangan dan juga pensyarah.

JOM KITA LIHAT SIAPA YANG AKAN BERGELAR JUARA

Monday, October 20, 2008

SEMINAR AKIDAH 2008



Dewasa ini kita sering diberitakan dengan masalah akidah yang kian meruncing. Ditambah lagi dengan masalah nabi dan rasul palsu serta ajaran-ajaran sesat yang semakin menjadi-jadi menyebabkan masyarakat menjadi keliru dengan info dan berita yang disebarkan terutamanya di dalam internet. Oleh yang demikian, sekumpulan pelajar KURSUS GP1013 Pendidikan Akidah mengambil inisiatif untuk menganjurkan satu SEMINAR PENDIDIKAN AKIDAH 2008. Seminar ini akan diadakan di Institut Latiahan Islam Malaysia, Bangi Selangor pada 24-26 Oktober 2008 ini.

Diharapkan seminar ini akan memberi ruang yang luas untuk para pelajar membentangkan hasil kajian mereka terhadap permasalahan akidah yang telah dikaji oleh mereka.



Tuesday, October 14, 2008

Ujian dari Allah

Sambil berbaring di katil yang empuk di bilik setelah kembali dari padang Futsal, telinga saya tertarik dengan lirik lagu yang didendangkan oleh kumpulan In-Team & Nazri Raihan....


Ujian adalah....
Tarbiah dari Allah....

Adakah kita akan sabar.....

Ataupun sebaliknya.....???


Satu ungkapan yang sangat terkesan pada diri saya yang pada ketika itu sedang menahan kesakitan disebabkan satu kemalangan yang tidak disengajakan yang berlaku semasa pertandingan futsal (pengurusan kokurikulum).

Memang itulah lumrah kehidupan manusia di dunia yang fana ini, tidak terlepas dari ujian dan cubaan dari Yang Maha Esa. Perkara ini telah dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam firmanNya dalam surah al-Mulk ayat 2; yang membawa maksud: "yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu (hai manusia), siapa antara kamu yang baik amalannya.".

Bila mana kita sedar dan yakin bahawa hidup ini tidak lain dan tidak bukan sebagai pentas ujian, maka kita terpaksa akur dan redha dengan ujian yang Allah timpakan kepada kita. Akal kita yang terbatas ini kadang-kadang tidak mampu untuk memikirkan sebab dan hikmah disebalik kejadian yang menimpa kita. Tapi, sedarlah kita bahawa, setiap kejadian yang dirancangkan oleh Allah itu mempunyai hikmah yang cukup baik.

Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kehidupan kita dan diampunkan dosa dan kesalahan yang kita lakukan. Salam lebaran buat semua.

Saturday, October 11, 2008

Tazkirah senafas.


3 Syawal 1429H, Balai Islam: Kota Bharu- Baru-baru satu majlis Sambutan Aidilfitri bersama Mahasiswa Kelantan telah dianjurkan oleh Markaz Siswazah Kelantan (MSK). Majlis ini antara lain diadakan bertujuan untuk meraikan anak-anak Kelantan yang melanjutkan pelajaran di peringkat yang tinggi samaada dalam atau luar negeri. Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.

Antara pengisian program pada hari tersebut ialah; 1. Majlis dialog anak Kelantan bersama Exco kerajaan negeri (YB Abdul Fattah Mahmood dan Senator Mumtaz), 2. Ucaptama oleh dato' Menteri Besar Kelantan Darul Naim, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, 3. Jamuan makan.

Antara perkara yang telah disentuh oleh Tuan Guru adalah berkenaan dengan hari ramadhan, puasa, tazkirah, qiamullail, serta hari raya. Tuan Guru menegaskan bahawa kita perlu perbanyakkan tazkirah atau peringatan terutamanya pada bulan Ramadhan yang lepas. "mache ambo, ambo tiak-tiak ari lepah subuh, ambo ake bui tazkiroh senapah (dialek kelantan) "- "Macam saya, saya tiap-tiap hari selepas subuh, saya akan memberikan tazkirah senafas"

Ada orang tanya, nak bagi tazkirah apa Tok Guru???
Saya jawab senang aje (kata tok guru), "Bagi tazkirah hal ehwal solat (tentang sembahyang)".
Bermula dari kita takbir hingga salam, banyak perkara yang boleh kita kupas dan perbincangkan.. sebagai contoh; kita biasa membaca ta'awwuz (a'uzubillahi mina syaitonirrajim - aku berlindung kepada Allah daripada syaitan yang direjam)

Ape benda syaitan ni????
Sampai kita perlu minta perlindungan dengan Allah....
tak boleh kita cari pistol ke, parang ke, tombak ke, repot polis ke atau sebagainya untuk berlindung darinya.... perlu kita minta pertolongan Allah....
Ape jenis makhluk ni??

So, perkara ini antara lain boleh dijadikan bahan untuk kita tazkirahkan. supaya kita sentiasa beringat dan berwaspada terhadap tipu daya dan perangkap syaitan ini.

Moga-moga kita mendapat manfaat.
Salam Muhasabah untuk semua.

Sebulan kita dilatih.. Apakah kesannya??

Salam sejahtera buat semua pembaca yang budiman, semoga minat membaca anda semakin bertambah dan subur serta mekar bak cendawan yang tumbuh selepas hujan.

Sudah hampir 10 hari kita meninggalkan bulan tarbiah (latihan), Ramadhan al-Mubarak...
Apakah perasaan kita????
Gembira????.... sebab dapat raya... Balik kampung
Kenyang????.... Dapat makan kueh raya banyak-banyak
Suka????.... Dapat duit raya (saya dapat RM 60.00)
Sedih???.... Meninggalkan bulan yang cukup mulia... (tahun depan tak pasti lagi... sempat @ tak)
Pilu......... Hiba......... Sedih........ Sayu........
ataupun..... apa persaan anda????

Perkara inilah yang saya bangkit dan ungkitkan pada tazkirah yang saya berikan di Surau Al-Falah (surau Kolej Aminudin Baki). Saya mulakan tazkirah pada malam tadi dengan bacaan surah al-A'ala (Yang paling Tinggi)- surah yang sering dibaca oleh imam terawih pada rakaat pertama solat sunat witir.

Persoalan yang saya timbulkan pada permulaan tazkirah tadi adalah; apa yang kita dapat ambil pengajaran atau intipati yang Allah nak sampaikan melalui ayat dalam surah ini yang berjumlah 19 ayat...... Kita telah meninggalkan madrasah tarbiah Ramadhan..... selama 30 hari kita dengar imam membacakan surah ini..... Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang mengambil inisiatif untuk merujuk makna di sebalik kalam Allah yang mulia ini?

Tepuk dada, tanya iman masing-masing. Saya tanya iman saya, anda di luar sana, tanya iman anda masing-masing. Sama-sama kita muhasabah diri (sat, tak habis lagi ni....)

Sepatutnya dan seharusnya kita ambil kesempatan dalam bulan yang mulia Ramadhan yang lalu untuk kita cari dan gali sedalam mungkin ilmu yang ada dalam kitab suci al-Quran panduan kita itu. Sesuai dengan bulan di mana diturunkan al-Quran di dalamnya..... Kita akui, tidak ramai dikalangan kita yang faham dan fasih dalam berbahasa arab..... bahkan, orang arab sendiri pun ada yang tak faham ayat jdalam al-Quran..... Oleh yang demikian, menjadi suatu kewajipan bagi kita untuk mencari maknanya.

Perumpamaan yang selalu saya bawa bila mana memberikan tazkirah @ ceramah, samaada di surau atau dalam program-program berkaitan pencarian makna al-Quran ini ialah; Kalau sekiranya kita (orang Melayu) ada seorang makwe (orang Siam)... Pada suatu hari, makwe kita hantar SMS kepada kita dalam bahasa Siam (kita tak faham apa yang dia tulis).... So, apa tindakan kita??? Adakah kita biarkan SMS itu terus berada dalam inbox kita sahaja @ kita cuba sedaya upaya untuk mencari kawan2 atau sesiapa sahaja yang faham bahasa Siam untuk menterjemahkannya kepada kita...... begitu sekali, kita berusaha (kalau terpaksa upah sekali pun, maka kita sanggup melakukannya).

Bagaimana pula kita dan al-Quran????
Adakah situasi yang sama akan kita lakukan?????
Sangupkah kita berkejaran ke sana kemari mencari orang yang dapat menjelaskan ayat-ayat Allah kepada kita (al-maklumlah kita bukan budak FPI... tak faham sangat bahasa Arab... Ayat fatihah pun tak boleh diterjemah sampai habis)????

Sidang pembaca sekalian..... inilah kita....
kita bersunguh-sunguh dengan makhluk Allah... Tapi kita meremeh-remehkan Allah....
Allah dah kirimkan suratNya kepada kita..... tapi kita biarkannya di rak-rak... tanpa dibuka... tanpa ditatap..... tanpa dibaca..... Apatah lagi memahami dan mengamalkannya.......

Coretan ini bukan saja-saja... sebagai peringatan buat diri saya yang alpha dan juga sidang pembaca di luar sana. Moga-moga ada manfaat yang dapat kita kongsikan bersama. Teruskan amalan yang kita lakukan sepanjang Ramadhan....
Tadarus, Tilawah, Qiamullail, Zikir Munajat, Doa, Sedekah, dan sebagainya kecuali satu perkara sahaja yang jangan diteruskan selain bulan Ramadhan iaitu teraweh... (nanti pelik pula orang tengok)

Salam Muhasabah. Wassalam.

Friday, October 10, 2008

karnival sukaneka pipaq 2008



Jangan lupa.......
Datanglah beramai-ramai

Thursday, October 9, 2008

Cerita dalam negeri


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi tidak akan mempertahankan jawatan Presiden Umno pada perhimpunan agung parti Mac depan, sekali gus membuka laluan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikannya sebagai Perdana Menteri jika menang dalam pemilihan itu.

Keputusan yang menyaksikan proses peralihan kuasa setahun lebih awal itu diumumkan Abdullah selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, petang semalam.

"Keputusan ini muktamad dan saya buat ini semua untuk Umno dan BN kerana saya sayangkan kedua-dua parti ini," kata Perdana Menteri pada sidang media selepas mesyuarat kira-kira 90 minit itu.

Hadir sama ialah Najib dan semua pemimpin tertinggi parti komponen BN. Pada mesyuarat itu, semua pemimpin parti komponen BN turut menyampaikan pandangan dan ucapan terima kasih sebagai menghargai jasa serta sumbangan Abdullah kepada negara dan rakyat.

Sebelum ini, Abdullah menetapkan Jun 2010 sebagai tarikh untuk berundur daripada parti dan kerajaan, tetapi Majlis Tertinggi Umno pada mesyuarat khasnya baru-baru ini membuat keputusan menunda pemilihan dan perhimpunan agung parti dari Disember ini ke Mac tahun depan bagi mempercepatkan proses peralihan kuasa itu.


Monday, October 6, 2008

Salam Aidilfitri... Kembali kepada fitrah

Assalamualaikum dan salam fitrah....
Rasanya belum terlambat untuk saya merakamkan ucapan Selamat Hari Raya buat anda semua, Sahabat, pensyarah, penyelia dan sesiapa sahaja yang melayari laman ini. Alhamdulillah segala puji dan syukur kita panjatkan kepada Rabbul Jalil kerana kita berjaya menjalani madrasah tarbiah di bulan ramadhan yang lepas. Moga-moga apa yang telah kita lakukan, dikira oleh Allah sebagai ibadah di sisiNya jua.

Teruskan dengan ibadah puasa enam hari di bulan Syawal ini.... moga-moga kita mendapat rahmat dan keberkatan daripada Ilahi..... Salam Aidilfitri... Maaf Zahir dan Batin.

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates