"Seperti isteri kita memasak tomyam semangkuk. Dia tidak menciptakan tomato, dia tidak cptakan garam, lobak, daging ayam, air; pendek kata bukan dia yang ciptakan semuanya tetapi dia hanyalah menyusun, memproses, mengatur barang yang sudah ada; masukkan air ke dalam periuk. Apabila masak, maka jadilah tomyam. Jadi kuih yang Timah buat, rumah yang Salleh bina, kereta yang Jepun cipta, itu adalah sebutan kita sehari-hari tetapi hakikatnya tidak. Manusia sebut benda seperti itu, tetapi adakah begitu sungguh? Tidak! Ia hanya bahasa pertuturan harian untuk memudahkan orang faham. Hakikatnya, apabila kamu detail sedikit kamu akan nampak bahawa Aku (Allah) yang buat semuanya. "
* dipetik dari buku Telaga Budi (Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat)
0 comments:
Post a Comment