(sekadar hiasan)
Hari ini 25 Julai 2009, satu pengalaman baru yang aku perolehi. Dulu aku memang bercita-cita untuk berada di sana dan melakukannya. aku fikir, perkara ini biasa sahaja. Sebab aku tengok orang lain yang buat, nampak biasa saje. Tak de la susah sangat. Tapi bila diri sendiri yang berada di tempat itu, baru lah tahu macam mana rasanya.
Aku teringat akan pesan Us. Khairil Khuzairi (Pegawai Masjid UKM) semasa pertandingan penyampaian khutbah sempena Sambutan Maulid Al-Rasul SAW ketika aku di tahun pertama di perbukitan ilmu UKM. Katanya, bukan senang nak baca khutbah ni. Kita perlu banyak berlatih. Bukan ambik dan teus baca. Perlu baca dua, tiga kali sebelum baca di mimbar. Barulah kita dapat sesuaikan suara kita mengikut nada. Lagi satu, kita berada di atas mimbar, orang lain semua memerhatikan kita. Perlu kepada jiwa yang berani...
Betul apa yang dikatakannya. Hari ini aku diamanahkan oleh Imam kampung aku untuk membaca khutbah Jumaat. Dia kata nak test power orang muda pula. Sambil-sambil nak didik oarng muda untuk berjinak dengan masjid. Alhamdulillah, aku dapat menyempurnakan tugas yang diberikan dengan izin Allah. Memang gementar juga berada di atas mimbar tadi. Apa tak nya.. Ramai lagi orang yang hebat-hebat yang berada di bawah.. Aku pula, hanya insan biasa.
InsyaAllah, aku akan konsikan sedikit isi khutbah tadi dalam tulisan yang akan datang. Moga ada manfaat untuk kita semua.

Semoga Allah tsabatkan kita semua di atas landasan agama dan ketaatan kepadaNya.
0 comments:
Post a Comment