Ustaz Abdul Halim Abdullah.
Dari sinopsis ringkas peristiwa Israk Mikraj, dapat disimpulkan sebahagian pengajaran berguna untuk umat selepasnya dan kita seperti berikut :
- Kehebatan dokongan isteri, kerukunan rumahtangga adalah salah satu asas kejayaan dalam diri Pendakwah dan Dakwah itu sendiri.
- Perlindungan seperti yang diberi, contohnya Abu Talib, biar pun bukan seorang Islam, adalah penting dalam memastikan Islam berkembang tanpa gangguan terutamanya di fasa awalnya.
- Kepentingan Masjidil Aqsa dan Palestin di dalam perjuangan Uslam dan umat.
- Dengan Nabi saw menjadi imam semua Rasul yang lain di Masjidil Aqsa, hari ini dan selepas ini, umat Islam mestilah menjadi imam (pemimpin & pembimbing) kepada umat yang lain, dan bukan sebaliknya seperti yang berlaku hari ini. Umat Islam mesti bekerja ke arah itu.
- Solat ibadah terpenting dalam Islam. Di Hari Kiamat, tidak dinilai amalan lain jika solatnya dinilai sebagai gagal.
- Iman pendokong2 perjuangan Islam, termasuk para Sahabat ra akan terus menerus melalui proses penapisan, untuk beza dan asingkan permata dari kaca.
- Negara Islam tertegak bila ada jemaah manusia yang bersedia memikul tanggungjawab tersebut dengan keimanan yang telah teruji seperti para Sahabat ra.
- Umat Islam dituntut melihat cakerawala dan kehebatan penciptaannya, bukan terhad atau terkongkong kepada apa yang ada di bumi sahaja.
0 comments:
Post a Comment