Saturday, July 25, 2009

23 Julai yang Istimewa

Alhamdulillah. Syukur seikhlasnya aku panjatkan buat Allah Rabbul Jalil yang terus-menerus melimpahkan nikmat dan rahmatNya untuk diri yang hina ini. Terkadang terlintas di minda ini akan hinanya aku di sisi Allah yang Maha Agong. Terfikir..... layakkah aku menikmati nikmat yang sebegini banyak sedangkan pada masa yang sama, aku masih melakukan maksiat dan dosa terhadap Allah SWT. Sungguh benar firman Allah bahawa kita tidak mampu untuk menghitung nikmat Allah yang maha luas.

Sahabat sekalian, 23 Julai telah berlalu. Memang tarikh ini cukup istimewa buat diri ini. Alhamdulillah aku dapat menempuhinya dengan berjaya (dengan izin Allah yang Maha Kuasa).

Setelah tamat pengajian di perbukitan Ilmu UKM, aku bekerja sementara di sebuah kedai printing (Q Eight Enterprise)... sepertimana yang tercatat dalam kad di bawah ini

Sebagai seorang designer, tugasku seharian ialah membuat design yang ditempah oleh pelanggan. Ada desing program sekolah, program persatuan penduduk, program ADUN, hinggalah desing-desing yang lain. Itulah rutin haraian aku sekarang. Kadang-kadang sampai tak berganjak dari kerusi dek kerana tempahan yang banyak. Walaubagaimana pun, Alhamdulillah syukur aku panjatkan kepada Ilahi kerana masih memberi kekuatan untuk aku melaksanakan tugas yang telah diamanahkan ini.

Dalam kesibukan melakukan kerja-kerja seharian, aku cuba untuk meneladani seorang tokoh ulama yang terkenal. Tinggalnya di Pulau Melaka, Kota Bharu. Berperwatakan sederhana, mudah mesra dan tinggi ilmunya. Antara teladan yang sentiasa dilakukan ialah memulakan pekerjaan di pejabat dengan solat sunat dhuha.. Alhamdulillah setakat ini aku masih mampu untuk menjaganya. Moga diberi kemudahan oleh Allah untuk terus istiqamah dengannya. Kerana solat sunat dhuha memudahkan rezeki dan menolak bala. (link)

Doa’ Sembahyang Dhuha ialah:

اللَّهُمَّ اِنَّ الضَّحَاءَ ضَحَاءُكَ وَالبَهَاءَ بَهَائُكَ وَالجَمَالَ جَمَالُكَ وَالقُوَّةَ قُوَّتُكَ وَالقُدْرَةَ قُدْرَتُكَ وَالعِصْمَةَ عِصْمَتُكَ اللَّهُمَّ اِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي السَّماَءِ فَاَنْزِلْهُ وَ اِنْ كَانَ رِزْقِيْ فِي الاَرْضِ فَاَخْرِجْهُ وَ اِنْ كَانَ مُعْسِرًا فَيَسِّرْهُ وَ اِنْ كَانَ بَعِيْدًا فَقَرِّبْهُ بِحَقِّ ضَحَاءِكَ وَبَهَائِكَ وَجَمَالِكَ وَقُوَّتِكَ وَقُدْرَتِكَ آتِنِيْ مَا آتَيْتَ بِهِ عِبَادِكَ الصَّالِحِيْنَ

Maksudnya : ” Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh .”

Ayuh Bersama Kita Mengamalkannya.


0 comments:

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates