Wednesday, March 11, 2009

Kisah Pemergian Insan Agung

Sebagai umat Rasulullah s.a.w., kita diamanahkan dengan satu tanggungjawab besar yang tidak diamanahkan kepada umat-umat para Rasul terdahulu, yakni tanggungjawab untuk menyambung misi kerasulan. Tanggungjawab dakwah ini; tanggungjawab untuk mengajak manusia kepada kebaikan/kebenaran dan mencegah daripada melakukan kemungkaran (menyediakan alternatif yang lebih baik daripada yang tidak baik), dengan paksi keimanan dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T. adalah eksklusif buat umat Rasulullah Muhammad s.a.w. sepertimana yang digambarkan dalam surah Ali- 'Imran, ayat ke 110. Namun, seiring dengan kemuliaan taklifan sebagai penyambung misi kerasulan, ujian dan dugaan yang merintangi jalan dakwah itu juga setara hebatnya. Justeru, yang paling wajar dan paling layak dirujuki sebagai model dan contoh dalam mencari formula terbaik buat mendepani cabaran di jalan dakwah ini sudah tentunya adalah Rasulullah s.a.w. Nah, Rasulullah s.a.w. sendiri sebagai seorang Rasul dan Kekasih Allah menghadapi pelbagai cubaan dan dugaan yang hebat dalam menjalankan tugas baginda bagi meratakan rahmat ke seluruh alam. Apatah lagi kita yang menggelar diri sebagai pendakwah, sebagai aktivis gerakan Islam, sebagai pejuang Islam dan sebagainya. Kehidupan kita dalam jalan dakwah juga pasti tidak sepi daripada mehnah dan tribulasi. Justeru, kisah di akhir hayat kehidupan insan agung, Rasulullah s.a.w. seharusnya mampu memberikan kita satu motivasi hebat dalam meneruskan gerak kerja dakwah ini; betapa cintanya baginda kepada kita, betapa hebatnya pengorbanan baginda dalam jalan perjuangan ini, yang tidak mungkin mampu kita samai. Wahai pendakwah, pejuang muda dan aktivis agama sekalian; hayati kisah ini... sesungguhnya Rasulullah s.a.w. menanti kita di akhirat sana!

Diriwayatkan bahawa surah AI-Maa-idah ayat 3 diturunkan pada sesudah waktu asar iaitu pada hari Jumaat di padang Arafah pada musim haji penghabisan [Wada*].

Pada masa itu Rasulullah s.a.w. berada di Arafah di atas unta. Ketika ayat ini turun Rasulullah s.a.w. tidak begitu jelas peneri-maannya untuk mengingati isi dan makna yang terkandung dalam ayat tersebut. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersandar pada unta baginda, dan unta baginda pun duduk perlahan-lahan.

Setelah itu turun malaikat Jibril a.s. dan berkata:

"Wahai Muhammad, sesungguhnya pada hari ini telah disempurnakan urusan agamamu, maka terputuslah apa yang diperintahkan oleh Allah s.w.t. dan demikian juga apa yang terlarang olehnya. Oleh itu, kamu kumpulkan para sahabatmu dan beritahu kepada mereka bahawa hari ini adalah hari terakhir aku bertemu dengan kamu."

Sebaik sahaja Malaikat Jibril a.s. pergi maka Rasulullah s.a.w. pun berangkat ke Mekah dan terus pergi ke Madinah. Setelah Rasulullah s.a.w. mengumpulkan para sahabat beliau, maka Rasulullah s.a.w. pun menceritakan apa yang telah diberitahu oleh malaikat Jibril a.s.. Apabila para sahabat mendengar hal yang demikian maka mereka pun gembira sambil berkata: "Agama kita telah sempurna. Agama kita telah sempurna."

Apabila Abu Bakar r.a. mendengar keterangan Rasulullah s.a.w. itu, maka ia tidak dapat menahan kesedihannya maka ia pun kembali ke rumah lalu mengunci pintu dan menangis sekuat-kuatnya. Abu Bakar r.a. menangis dari pagi hingga ke malam.

Kisah tentang Abu Bakar r.a. menangis telah sampai kepada para sahabat yang lain, maka berkumpullah para sahabat di hadapan rumah Abu Bakar r.a. dan mereka berkata: "Wahai Abu Bakar, apakah yang telah membuat kamu menangis sehingga begini sekali keadaanmu? Sepatutnya kamu berasa gembira sebab agama kita telah sempurna." Mendengarkan pertanyaan dari para sahabat maka Abu Bakar r.a. pun berkata: "Wahai para sahabatku, kamu semua tidak tahu tentang musibah yang menimpa kamu, tidakkah kamu tahu bahawa apabila sesuatu perkara itu telah sempurna maka akan kelihatan akan kekurangannya. Dengan turunnya ayat tersebut bahawa ianya menunjukkan perpisahan kita dengan Rasulullah s.a.w. Hasan dan Husin menjadi yatim dan para isteri nabi menjadi janda."

Selelah mereka mendengar penjelasan dari Abu Bakar r.a. maka sedarlah mereka akan kebenaran kata-kata Abu Bakar r.a., lalu mereka menangis dengan sekuat-kuatnya. Tangisan mereka telah didengari oleh para sahabat yang lain, maka mereka pun terus memberitahu Rasulullah s.a.w. tentang apa yang mereka lihat. Berkata salah seorang dari para sahabat: "Ya Rasulullah s.a.w., kami baru balik dari rumah Abu Bakar r.a. dan kami mendapati banyak orang menangis dengan suara yang kuat di hadapan rumah beliau." Apabila Rasulullah s.a.w. mendengar keterangan dari para sahabat, maka berubahlah air muka Rasulullah s.a.w. dan dengan bergegas beliau menuju ke rumah Abu Bakar r.a.

Baca lanjut di:-
http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1018


1 comments:

Anonymous said...

orang arif seperti Abu Bakar telah dibukakan pintu hikmah oleh Allah swt

salamkenal. ditunggu kunjungan dan dukungannya

terimakasih

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates