



oleh Maszlee Malek
Usai perjumpaan dengan ahli-ahli parlimen EU dan juga pegawai-pegawai dari EU commission di pejabat EU di Brussels, saya dan ahli kumpulan pelobi isu Palestin dari Durham mula mencari ruang untuk merehatkan minda. Tidak mudah untuk melakukan usaha lobi, lebih-lebih lagi bila ianya melibatkan pihak-pihak yang terlibat secara langsung di dalam isu berkenaan. Lebih sulit lagi apabila ianya melibatkan pihak yang sinis terhadap perjuangan Palestin.
Kumpulan pelobi dari Durham ini majoritinya non-Muslim. Saya yakin kebanyakannya tidak beragama. Apa yang menjadikan mereka begitu bersemangat mengenai isu Palestin ialah soladariti dan juga sikap kemanusiaan. Jika dibuangkan rupa fizikal mereka, dan hanya ditinggalkan kerja-kerja, semangat dan juga fikrah mereka berhubung isu tersebut, nescaya ramai yang akan mengatakan, mereka ini pendokong HAMAS ataupun rakyat Palestin yang benar-benar ikhlas di dalam perjuangan. Bayangkan, berulang-ulang kali mereka mendesak pihak-pihak yang terlibat di dalam isu ini di parlimen EU untuk mengiktiraf HAMAS. Tidak keterlaluan juga ada di antara mereka yang tidak jemu-jemu memuji dan menegaskan bahawa HAMAS adalah hero rakyat Palestin. Saya yakin, Husni Mubarak, Mahmoud Abbas, Raja Saudi dan juga Raja Jordan pun tidak pernah berfikir seperti ini.
Mereka inilah juga yang berdiri di bandar Durham pada setiap minggu pada hari Sabtu untuk memegang sepanduk dan gambar-gambar kanak-kanak Palestin untuk tujuan memberikan kesedaran kepada warga Durham mengenai isu berkenaan. ‘Vigil’ ataupun tunjuk perasaan tersebut telah berlangsung semenjak serangan ke atas Gaza lagi. ‘Selagi isu Palestin tidak selesai, selagi itu kami akan berdiri di sini pada setiap hari Sabtu untuk menunjukkan solidariti kami terhadap rakyat Palestin!’, antara kata-kata mereka yang amat menyentuh hati saya.
Mereka bukanlah orang-orang muda. Rata-rata mereka berumur 50 tahun ke atas. Jika ada orang muda pun, hanya presiden ‘Friends of Palestine’ di Universiti Durham, Ruqayyah anak Prof Mawil Izzudin, penyelia kebanyakan penuntut-penuntut PhD dari Malaysia di University Lampeter. Warga Malaysia jarang-jarang kelihatan, mungkin hanya sekali dua, silih berganti. Warga Arab lain, juga tiada. Bagi warga Saudi ataupun mereka yang bertaklid buta dengan para ulama Saudi mengatakan perbuatan sedemikian adalah haram. Haram kerana ianya perbuatan khawarij, haram kerana ianya meniru orang kafir dan haram kerana orang lperempuan berdiri di hadapan orang ramai, ini adalah ikhtilat yang haram lagi bid’ah menurut mereka. Malang sekali mereka tidak pula berfikir bahawa hubungan intim rejim Saudi dengan kerajaan Zionis dan AS adalah lebih haram. Tidakkah juga mereka terfikirkan bahawa sokongan rejim Saudi terhadap serangan Zionis dengan tidak melakukan apa-apa tindakan ke atas sahabat karib mereka di Tel Aviv dan juga Washington merupakan dosa yang lebih besar….
Lebih malang lagi, ada sekumpulan manusia juga yang mengatakan perbuatan seumpama itu haram dan bersikap keduniaan, sepatutnya umat Islam ‘keluar’ berdakwah di Gaza agar umat Islam di sana bersolat di masjid. Bagi mereka, ‘bala’ ke atas rakyat Gaza adalah kerana masjid mereka dibiarkan tidak diisikan dengan amalan sifat sahabat. Saya tidak pasti samada golongan sedemikian tahu atau tidak bahawa majoriti masjid2 di Gaza telah dibina oleh para aktivis HAMAS. Masjid2 juga telah menjadi sasaran serangan kejam rejim Zionis. Tidakkah mereka sedar juga Syeikh Ahmad Yassin juga telah ditembak sewaktu keluar dari masjid selesai solat subuh bersama para jamaah dan pejuang HAMAS yang lain?, Tidak mengapalah, biarkan mereka menikmati adreanalin dengan aktiviti ‘keluar masuk’ yang mereka imani itu…
Bagi kumpulan solidariti Palestin yang ‘kafir’ dari Durham itu, mereka hidup dengan isu Palestin. Kekafiran mereka tidak menjadi tembok untuk merasakan bahawa umat Islam di Palestin merupakan saudara dan juga manusia seperti manusia yang lain. Kekafiran mereka juga tidak menjadi sebab untuk mereka beriman bahwa semua umat Islam adalah musuh dan pengganas. Kekafiran mereka juga tidak menjadikan mereka melihat umat Islam sebagai ‘orang lain’ ataupun ‘manusia yang jahat’. Teringat saya ketika kami ditawarkan dengan minuman Coca Cola, mereka semua menjawab, ‘Kami memboikot Coca Cola semenjak hampir 10 tahun yang lalu, semenjak Intifadah ke-2!’. Teringat saya kepada seorang rakan dari Timur Tengah yang pernah mengatakan, “Telah berkata Syeikh Fulan,…boikot tidak wajib, malah mungkin haram kerana ianya merupakan perbuatan ‘meniru’ orang kafir, maka Rasulullah SAW di dalam hadis yang disahihkan oleh Syeikh fulan… melarang kita meniru orang kafir!”…
Terkadang saya terfikir, apakah agama menjadikan kita ‘mandul’ untuk berfikir dan menggunakan rasional?
Ataupun ‘golongan agama’ terlalu selesa dengan apa yang mereka ada, lantas tidak mahu berfikir dan melihat ‘apa yang ada di luar sana’?
** satu nukilan yang cukup cantik untuk dikongsikan bersama. Sebab, bila mana membaca entri ini, saya terfikir akan sikap kita umat Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini. Kita melaungkan slogan anti-ISRAEL, BOIKOT ISRAEL, Jahaman Israel dan sebagainya......
Tetapi, adakah kita betul-betul buat apa yang kita laungkan itu.
Situasi pertama:Saya ke sebuah kafe di Kolej Za'ba bersama seorang rakan. Kemudian kami memesan minuman. Saya minta air teh o panas. Rakan saya minta air 'Nescafe Limau'. Terkejut saya. ye la. bukan ke kita BOIKOT barangan buatan Israel dan sekutunya. Nescafe tu keluaran Nestle, antara barang yang diboikot... kenapa masih ada di kalangan kita yang masih tak sedar akan perkara ini. Walaupun hanya RM1.50... ianya juga turut menyumbang kepada ISRAEL laknatullah.
Situasi Kedua: Saya dan seorang rakan ingin minum petang di kafe dekat Kompleks Tun Abdullah Mohd Salleh (KTAMS). Semasa ingin memesan minuman, saya pesan Radix susu. Rakan saya pesan Nescafe Ais... Saya kata kat dia. Bukan ke kita BOIKOT nestle??? Dia jawab, tak pe la... sekali sekala... Apa salahnya.
Sahabat-sahabat sekalian, daripada dua situasi di atas. cuba kita renungkan. Tepuk dada dan tanyalah Iman kita masing-masing. Di manakah kita. Sayang kah kita pada saudara seIslam kita di Palestin??? Cukupkah dengan berdemo dan melaungkan BOIKOT ISRAEL pada kata-kata sahaja. tetapi kita sokong pula mereka dari segi perbuatan dan pengamalan kita.
! FIKIR-FIKIRKAN !

Jumaat, 27/03/2009 - PM Palestin Ismail Haniyah menegaskan menolak konspirasi untuk menempatkan rakyat Palestin di luar tanah Palestin. Haniyah turut menyatakan komitmennya untuk mengembalikan mereka yang berada di kem-kem pelarian dan mendirikan negara Palestin yang bebas dan berpusat di al-Quds. Hal tersebut dinyatakan semasa penganugerahan Jordan kepada Haniyah.
Hamas menentang keras idea “tanah pengganti dan kem pelarian” yang mana rakyat Palestin akan menumpang di tanah/negara lain. Seluruh negara-negara Arab terancam apabila Zionis-Israel sentiasa berusaha merobohkan kesatuan di kalangan pimpinan Arab. Hamas akan bersama rakyat Palestin berjuang menegakkan negara yang menjadi aspirasi setiap rakyat Palestin dan mengembalikan rakyat Palestin yang berada di kem pelarian.
sumber : http://www.palestine-info.co.uk/en/
penterjemah : Abu Awatif
Devotees
In-Team lima bersaudara - Reunite
Persembahan Hebat Far East
Persembahan Pentomin juga dilakukan yang berkisahkan penderitaan ummat Palastine yang di persembahkan oleh pelajar UKM.
Persembahan semua artis - Dedikasi lagu untuk Palestine
Kemeriahan pengunjung yang datang
Beratur mengambil tandatangan artis
Semoga konsert ini akan diteruskan kesinambungannya pada masa akan datang. Inilah medium hiburan alternatif yang disajikan kepada penganut agama Islam
ISLAM UNTUK SEMUA
Semalam, 13 Mac 209 bersamaan 16 Rabiul Awal 1430H. Saya memenuji jemputan untuk memeberikan sedikit pengisian ilmu di surau Al-Falah Kolej Aminuddin Baki (kolej tempat saya tinggal dari tahun satu hingga tahun akhir). Menceritakan tentang peristiwa kelahiran Nabi Muhammad SAW dan juga saat kewafatan Baginda. Sekadar yang termampu, saya kongsikan bersama. Moga-moga ada mnfaat untuk kita semua.
Air Mata Rasulullah


PEMERGIANMU - INTEAM...

Badan-badan amal Baitul Maqdis yang beroperasi di Jordan mengkritik ketiadaan pendirian Arab dan Islam yang berkesan bagi memberikan tekanan terhadap pihak berkuasa Zionis agar memberhentikan perancangan mereka yang bertujuan untuk menyahudikan Baitul Maqdis dan menghalau para penduduknya dari bandar tersebut.
Kenyataan ini dikeluarkan melalui resolusi sebagai menandakan berakhirnya program Seminar Pemikiran Tahunan bagi ‘Forum Pemikiran Arab’ yang diadakan di Amman bertemakan ‘al-Quds sentiasa di kalbu’ pada petang Khamis (5/3).
Putera al-Hasan bin Talal, bekas Putera Mahkota Jordan dalam ucapannya memberikan amaran terhadap perancangan yang dilakukan bagi mengosongkan bandar al-Quds daripada penduduknya yang berbangsa Arab dan mengasingkan bandar tersebut daripada kawasan sekitarnya yang beridentiti Arab. Beliau juga menegaskan keperluan menghulurkan bantuan dan sokongan kepada penduduk al-Quds agar rancangan memindahkan mereka dapat dihalang.
Sementara itu, pengarah dan penaung ‘Forum Pemikiran Arab’ semasa penutupan forum tersebut menggesa agar sebuah jawatankuasa pembela al-Quds ditubuhkan dengan dianggotai oleh pelbagai pihak daripada pelbagai pengkhususan, kerana ia adalah isu ketamadunan dan kemanusiaan, bukan hanya isu agama, politik dan ekonomi semata-mata.
sumber : http://www.palestine-info.info/ar/
penterjemah : muhajir

Penggubal undang-undang Palestin dan pengerusi jawatankuasa Baitulmuqaddis dalam PLC, MP Dr Ahmad Abu Halabia menyatakan pengumuman Israel untuk menggali dua terowong di bawah Masjid Aqsa merupakan “ujian untuk orang Arab dan umat Islam”.
Dalam satu temubual dengan PIC pada Rabu lalu, Abu Halabia menerangkan bahawa usaha-usaha Israel itu untuk meyahudikan segera bandar itu akan diperhebatkan lagi termasuk memusnahkan lebih banyak kediaman Palestin dan memaksa ramai keluarga keluar dari bandar tersebut.
Beliau menekan penggalian Israel di bawah makam ketiga paling suci untuk umat Islam sudah sampai ke peringkat mencemaskan dan mula untuk mengancam asas masjid itu
Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah: Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.
Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.
Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.
Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.
Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.
Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.
Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.
Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling bergizi, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditangkal sehingga jauhlah umat manusia dari sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.
Wallahualam. ..