Sunday, February 15, 2009

Hadis Hari Ini (Hadis ke-2)

Justify FullKENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PERMUSUHAN??

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) beliau berkata: " (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan baginda menemukan ujung ibu jari dengan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: " Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw. bersabda:- " Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."

Keterangan:-
Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang yang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat banyak kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akn hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman meraka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

Renung-renungkanlah.


0 comments:

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates