Tuesday, October 13, 2009

Kisah Rasulullah dan Limau Masam

Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda.

Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu.

Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya."

Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.

5 Wasiat Imam Syafi’e


1.“Perbanyakkanlah menyebut Allah daripada menyebut makhluk”

2.”Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia”

3.”Perbanyakkan menyebut dan mengingati hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan”

4.”Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga”

5.”Jangan sebut-sebut dan Nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain”

Guru bercerita tentang muridnya



S
etelah selesai mesyuarat yang hampir dua jam lamanya, dua orang guru sedang berbual tenang pelajarnya masing-masing...

Guru A: Teruk ya....saya naik risau lerr.. bila pengetua bagitau yang ada pelajar kita yang tak reti membaca, menulis apatah lagi mengira.......pelajar saya ada seorang yang macam tu...kelas belakang ....tulah ....sekarang ni pelajar yang tak lulus pun boleh naik tingkatan 4, tu yang jadi macam tu....risau betul..

Guru B: Alah..apa nak diherankan.....yang lebih merisaukan saya ni, ada pelajar saya baca yassin pun merangkak....aduh..ni dah kira teruk betul ni....bab2 agama ni saya risau betul.

Guru A: Alah tu tak heran....pelajar saya lagi teruk..jawi pun tak kenal...huruf Alif sampai Ya pun tak pernah baca...

Guru B: Astagfiruallah....siapa tu?..budak ni perlu diberi perhatian ni(dengan nada yang serius)....
Pelajar saya yang merangkak2 baca yassin tu Ahmad namanya..

Guru A: Nama pelajar saya "Ah Chong"...hehe

Keesokkan paginya Guru A terpaksa ambil MC dua hari kerana luka di kepala akibat hentakkan kesan balingan kerusi..

Tahukah Anda

Tahukah anda bahawa......


1.Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak.

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan.

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan ….Italy…., jurugambar dikenali sebagai paparazzi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa
melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

5. Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

6. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

7. Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila
diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

8. Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

9. Tahukah Anda burung dapat pulang ke sarangnya walaupun telah keluar kadangkala hingga beribu kilometer
daripada sarangnya tanpa sesat atau silap walaupun tanpa bantuan kompas. Ini kerana setiap sarang burung mempunyai alamatnya yang tersendiri sebenarnya.

10. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

11. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapimengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

12. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

13. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita
akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.

14. Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca post ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku?

Harga 3 biji karipap


Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap?. Tanya gurunya.

RM 1 cikgu!. jawabmurid itu spontan.

Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.

Mungkin amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul. Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?. Amer tetap memberi jawapan RM1

Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata; kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

Gempa Bumi di Padang & ayat ALLAH


Bismillah
Allahummasolli'alamuhammad wa'alaalimuhammad

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52.
Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an selepas menerima SMS tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:

17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16): “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58): “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52): (Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”

Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

Cerita Malam Raya

Pejam celik, pejam celik je dah nak raya. Dah lama aku tak balik kampung..Rasanya dah dekat lima tahun sejak aku sambung belajar ke luar negara. Tahun ni, dapat gak aku beraya di kampung, jumpa mak, abah dan adik-adik serta kawan-kawan yang dah lama hilang tanpa khabar berita.

Apa cerita dengan Naim ye ? Dah lama aku tak contact dia. Kalau jumpa mesti dia marah gile kat aku pasal aku tak reti-reti nak hantar surat kat dia. Dulu masa kecik Main sama-sama. Bila dah belajar... lupa kawan ! Raiz senyum sendirian. Terkenang zaman riang kanak-kanaknya bersama Naim.

Bas yang terhenyak-henyak dek jalan yang berlubang terasa bagai membuai sambil melayan kenangan. Mesti semua orang terkejut dengan kepulangannya. Mesti ramai awek kempung menyesal kerana mengejek dia dahulu. Maklumlah dulu Raiz 'nerd' ! Selalu kena buli. Naimlah yang selalu jadi 'bodyguard'nya.

Tapi sejak belajar di luar negara, dia dah berubah. Jadi kacak dan pandai bergaya. Naim juga mesti terlopong melihat perubahan dirinya. Bas yang membawa Raiz dari pekan tadi berhenti di bahu jalan. Untuk sampai ke rumah, Raiz kena berjalan kaki hampir sepuluh minit. Ketika turun dari bas, Raiz lihat ada seseorang duduk mencangkung di bawah tiang lampu.

Seakan macam dikenalinya orang itu. Raiz menghampiri. Orang itu terkebil-kebil memandangnya sambil menggigit anak kemuncut. "Wey ! Siut ! Aku ingat orang darat mana tadi ! Engkau rupanya ! Apa kau buat tepi jalan malam-malam camni ?" Razi bersuara sambil memeluk Naim yang terkekeh-kekeh ketawa. "Aku tunggu kau baliklah! Wah ! Orang UK ! Balik Malaysia jadi camni kau yek.. hensem nampak ?" Naim menepuk-nepuk bahu Raiz.

Kegembiraan jelas terbayang diwajahnya. "Biasa la ! zaman beredar, manusia pun kena berubah ! Mana kau tau aku nak balik ?" Naim tidak menjawab soalan Raiz, cuma tersengih-sengih. Raiz memerhatikan Naim dari atas hingga ke bawah.. Ada perubahan ketara pada sahabatnya. Nampak berserabut, selekeh dan kakinya sedikit tempang. "Apa kena dengan kau ni? Apasal kaki kau tu? Lagi satu aku tengok kau ni macam ada masalah je..." tegur Raiz. Naim kelihatan murung.

"Aku memang ada masalah pun. Eh ! kau ni nak terus balik rumah ke ?" Naim mengubah topik. "Cadangnya gitulah !" " Ala ! singgahlah rumah aku dulu ! Aku dah lama tak borak dengan kau. Banyak benda aku nak cerita. Bukan senang aku nak jumpa kau!" pujuk Naim lalu menarik tangan Raiz, dan tanpa membantah, Raiz mengikut sahaja.

"Tak apalah, malam ni aku temankan Naim ! Pagi esok aku balik la ! boleh terus siap untuk sembahyang raya !" kata Raiz dalam hati.

"Eh ? Kau duduk sorang je ke ? Mana mak ayah kau ? Raiz kehairanan apabila mendapati suasana rumah Naim sunyi sepi. Malah rumah itu hanya diterangi cahaya pelita minyak tanah ! Naim menarik nafas panjang. "Inilah ! nasib aku malang betul Iz, lepas kau pergi UK dulu, macam-macam terjadi kat aku ! Mak ayah aku sakit, aku tak dapat sambung belajar sebab nak jaga diorang.

Terpaksalah aku buat kerja kampung. Tapi mulut orang jahat betul, aku dituduhnya buat kerja-kerja mencuri. Kaki aku ni, tempang dibalun dek orang kampung la!" Terkejut Raiz mendengar cerita Naim. "Setahun lepas tu mak ayah aku meninggal. Kau tau, takde sapa yang datang nak uruskan jenazah, kecuali mak abah kau dengan pak imam je !" Naim terisak-isak. Dia mengesat airmata dengan lengan bajunya yang lusuh.

Raiz tergamam. Tidak disangka-sangka nasib Naim sebegitu malang. "Lepas mereka meninggal, hidup aku jadi tak tentu arah. Aku tak ada tempat nak mengadu. Tiap-tiap malam raya sampailah ke hari raya, aku tunggu tepi jalan, manalah tau kot-kot kau ada balik !

Pasal aku tau kau sorang je boleh dengar masalah aku. Semua orang cakap aku gila. Minah-minah kilang pulak tuduh aku nak mengenen diorang. Hishh ! Aku cuma tunggu kau balik ! Salah ke ? Kau kawan aku dunia akhirat. Diorang apa tau ? Tak peduli aku makan ke, minum ke ! sakit ke ! matipun diorang mesti tak ambil peduli !"

Suara Naim sedikit tinggi. Menunjukkan rasa hampanya. "Aku mintak maaf Naim, aku betul-betul tak tau hidup kau susah sampai macam tu sekali !" Raiz menyuarakan rasa bersalahnya. Naim cuma tersenyum. "Tu la kau, pergi belajar jauh-jauh tu kenapa ? Dah langsung tak dengar berita. Tengok-tengok balik dah jadi camni bergaya kau ye ! Eh ! Minumlah ! rumah aku takde apa boleh dimakan. Ni je la !". Naim menyorong gelas berisi teh sejuk dan sepiring biskut kering.

Hati Raiz sebak. Sampai begini susah hidup Naim ! "Aku mintak maaf Naim, sedih sungguh aku tengok kau ni !" Suara Raiz sayu dan pilu. Naim senyum tawar. "Buat apa kau mintak maaf ? Aku jadi macam ni pun bukan kau punya angkara. Dah nasib aku, nak buat camana.

Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ! ye. Esok dah nak raya,aku Mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkanlah makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datanglah rumah aku ye!"

Mereka berbual hingga larut malam. Raiz tak sedar hingga pukul berapa. Ketika matanya terasa berat, Naim menghulurkan bantal kecil dan tilam nipis sambil tersenyum. Terus Raiz tertidur..

"Astaghfirullah ! Budak ni kat sini rupanya ! Puas kita tunggu dia balik !" Satu suara kuat menyebabkan Raiz tersentak dari tidur. Terpisat-pisat Raiz bangun."Eh ? Mak !" terkejut Raiz lihat ibunya berdiri di depan bersama ayah dan ahli keluarganya yang lain. Semeunya berpakaian cantik dan kemas.

"Yang kau tidur kat sini pagi-pagi raya ni kenapa ? Dah takde rumah nak balik ?" jerkah ayahnya. "Eh ? Kenapa pulak diorang marah ni ? Raiz memerhatikan ekelilingnya.Tiada gelas berisi teh... tiada biskut kering ! Hanya daun-daun kering yang bertaburan ! Lebih memeranjatkan lagi, di tepinya terpacak batu nisan !

Raiz melompat bangun.. Raiz pandang sekeliling. Bukan satu sahaja batu nisan,ada dua, tiga, malah berpuluh-puluh lagi. Raiz mengelabah.

"Eh ? Semalam saya pergi rumah Naim, mak... ayah ! "Apa ?? Kau tengok... dekat kubur siapa kau tidur tu !" Raiz segera mengamati tulisan jawi yang tertulis pada batu nisan. Abdul Naim bin Malik.16 September 1975 - 27 Oktober 2008 ! Raiz terpelangah.

"Mak ! Malam tadi saya jumpa Naim mak !! Kalau dia takde, sapa yang saya jumpa malam tadi ? Bulan puasa pun ada hantu ke ?" "Budak ni...bulan puasa mana ada hantu ! Naim dah tak ada ! Dia meninggal hari pertama menyambut puasa. Masa tu ribut, dia duduk dekat kubur arwah mak ayah dia. Ada pokok tumbang tertimpa dia. Esoknya baru orang jumpa dia, dah tak ada.." terang ibunya dengan suara pilu.

Raiz tambah terkejut. Terfikirkan pengalaman malam tadi ! 'bertemu' arwah Naim di malam menjelang raya. Kalau betul bulan puasa tak ada hantu ! apakah yang Raiz temui Semalam ? Petunjuk apakah yang Allah ingin sampakan padanya.

Raiz terduduk kebingungan di sisi pusara Naim, lantas dia teringatkan kata-kata arwah malam tadi. "Kau dah balik ni, selalu-selalu la jenguk aku kat sini ye. Esok dah nak raya, aku mintak ampun maaf dengan kau dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan makan minum aku selama kita berkawan. Raya ni datang lah rumah aku ye !"

Serta-merta Raiz kembali duduk di sisi pusara arwah Naim lalu menadah tangan. Kalimah-kalimah ayat suci disedekahkan kepada arwah."Terima kasih kerana mengingatkan aku ! semoga kau tenang dan aman di sana !

Selamat Hari Raya buat semua

SELAMAT HARI RAYA 'EIDUL FITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates