Saturday, August 29, 2009

Apa khabar puasa kita?

Wah, sungguh cepat masa berlalu bukan? Hari ini sudah lapan hari kita berpuasa. Fasa pertama hanya berbaki 2 hari sahaja lagi. Macam mana? Makin bersemangat atau makin tak bermaya? Moga kita sama- sama dapat meningkatkan jua memperbaiki amalan- amalan kita.

Janganlah semangat di awal- awal sahaja ya! Rugilah kalau di permulaan track bacaannya 3 juzu' sehari tapi di hujung- hujungnya tak sampai 1 juzu' sehari. Rugi juga jika sebelum ini semangat berqiamullail setiap hari tapi sekarang bangun sahur pun dah liat. Nau'uzubillah dari semua itu.

Peringatan ini tak lain tak bukan khusus untuk diri saya juga teman- teman. Marilah kita sama- sama mengejar malam lailatul qadr yang telah dijanjikan oleh Allah SWT buat kita semua. Moga kita menjadi akrab seakrab- akrabnya dengan Tuhan kita. Amin.

"Allahumma innaka 'afuu'un kareem tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna"
Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Mulia. Engakau suka mengampuni, maka ampunilah kami.

Saturday, August 15, 2009

Majlis Konvokesyen UKM ke-37. Tahniah buat diriku dan sahabat


Bertempat di Dewan Canselor Tun Abdul Razak Universiti Kebangsaan Malaysia (DECTAR), akan berlangsung majlis Konvokesyen UKM Ke-37. Konvokesyen diadakan sebanyak 10 Sidang melibatkan 7,674 orang penerima pelbagai anugerah termasuk 5 Profesor Emeritus, dan 2 Ijazah Kehormat.

UKM berjaya mengeluar seramai 131,256 graduan sepanjang 39 tahun penubuhannya dengan pecahan seperti berikut, Ijazah Sarjana Muda (113,975), Ijazah Sarjana (13,641), Ijazah Sarjana Kepakaran (2254) dan Ijazah Doktor Falsafah (1389).

Seramai 2 graduan bakal menerima Anugerah Pelajaran Diraja (APD). Pelajar itu adalah Nur Najwa Abdul Rahman dari Fakulti Pengajian Islam dan Chrissie Lim Hsin dari Fakulti Undang-undang. Pengiktirafan dinilai melalui kecemerlangan dalam akademik, aktif dalam ko-kurikulum, menyumbang bakti kepada masyarakat, mempunyai ciri-ciri kepimpinan dan sifat keperibadian yang mulia. Mereka bakal menerima pingat emas bernilai RM1000, wang tunai RM5000 dan Sijil Penghargaan. Dua lagi penerima bakal menerima Anugerah Tun Abdul Razak yang disumbangkan oleh Yayasan Tun Razak dan menerima wang tunai RM1000 dan pingat emas bernilai RM1000. Mereka terdiri daripada Salwana Jusoh@ Yusoff dari Fakulti Pendidikan dan Yew Su Mei dari Fakulti Sains dan Teknologi. Manakala Adilah Zaira Abu Bakar yang memperolehi Ijazah Sarjanamuda Kejuruteraan Dengan Kepujian (Cemerlang) dalam boding Kejuruteraan dan Elektronik dari Fakulti Kajuruteraan dan Alam Bina terpilih menerima Anugerah Naib Canselor. Beliau bakal menerima hadiah wang tunai RM2500 dan buku terbitan Penerbitan UKM.

Tahniah! Diucapkan kepada para graduan konvokesyen UKM kali ke-37.

** Tahniah buat Salwana Binti Jusoh@Yusoff

Wednesday, August 12, 2009

Ramadhan Bulan Berkat

Persediaan Ramadhan...


الَلهمَ بلَغنا رمضان

“Ya Allah Sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan.”

Sumber:http://ismamesir.wordpress.com

Telah berlalu hari, minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita semakin mendekati bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Bergema di serata dunia doa orang-orang yang beriman; Allahumma Ballighna Ramadhan. Doa yang diwarisi dari kekasih yang dicintai Ar-Rasul s.a.w.

Allahumma Ballighna Ramadhan. Inilah doa yang diulang-ulang oleh Rasulullah s.a.w apabila mendekati bulan yang mulia ini. Diriwayatkan bahawa apabila tibanya bulan Rejab, maka Rasulullah akan berdoa ‘Ya Allah Berkatilah kami di bulan Rejab dan Sya’ban, dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan’ (Riwayat Al-Bazzar, At-Thabrani, Al-Baihaqi). Para sahabat yang bersama dengan Rasulullah s.a.w dididik dengan tema yang agung ini; Allahumma Ballighna Ramadhan. Kesannya, mereka menyambut dan menanti Ramadhan dengan penuh kerinduan dan kecintaan. Ini terbukti dengan doa mereka selama enam bulan sebelum Ramadhan menharap agar bertemu dengannya. Kemudiannya, enam bulan selepas Ramadhan pula disi dengan tangisan kerana berlalunya Ramadhan. Saudara yang mulia, bagaimanakah halnya kita?

Allahumma Ballighna Ramadhan, merupakan doa dan harapan. Menjadi tanda bagi hamba-hamba yang saleh bahawa mereka mengidam dan tamakkan limpahan Allah dalam bulan ini (Rahmat, Keampunan, Pelepasan dari Neraka). Kita mesti sentiasa berjaga-jaga agar peluang ini tidak disia-siakan atau berlalu tanpa dimanfaatkan.

Maka bagaimanakah caranya kita menyambut kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini? Persediaan yang rapi dan terancang sangat penting dalam menjayakan Ramadhan kali ini.

Persediaan

Cara

Iman

1. Taubat yang benar (Istighfar, meninggalkan maksiat).

2. Sentiasa berdoa Allahumma Ballighna Ramadhan.

3. Perbanyakkan puasa di bulan Sya’ban (Isnin-Khamis, 15-16-17).

4. Membaca Al-Quran (meletakkan matlamat satu juz sehari misalnya).

5. Mujahadah untuk bangun malam (beberapa kali seminggu).

6. Berzikir setiap masa, Al-Mathurat pagi dan petang (penggunaan tasbih sangat membantu).

Ilmu

1. Membaca/belajar buku Feqah Puasa dengan lengkap beserta kelebihan, rahsia, dan tafsiran ayat Al-Quran yang berkait dengan puasa.

2. Membaca buku-buku penyucian jiwa.

3. Mendengar ceramah-ceramah tentang Ramadhan.

4. Mengulangkaji surah-surah yang telah dihafal, sebagai persediaan solat samada sebagai imam atau makmun di bulan Ramadhan.

Dakwah

1. Bersedia untuk memberi tazkirah/ceramah tentang kelebihan dakwah di bulan Ramadhan.

2. Menghadiri majlis ilmu di masjid-masjid samada sebagai penceramah atau pendengar.

3. Mengingatkan orang lain tentang kepentingan membuat persediaan untuk Ramadhan.

4. Memberi hadiah Ramadhan kepada rakan-rakan dengan tujuan mendekatkan diri dan mereka kepada Allah.

5. Menyediakan risalah/majalah kecil untuk jiran-jiran tentang persediaan menyambut Ramadhan.

Keluarga

1. Membuat persediaan bersama seluruh ahli keluarga untuk menyambut Ramadhan terutama dari aspek iman dan ilmu.

2. Membaca buku berkaitan Ramadhan bersama-sama.

Keazaman

1. Membuka lembaran amalan baru yang jauh lebih baik.

2. Menjadikan hari-hari dalam bulan ini, lebih baik dari hari-hari biasa.

3. Sentiasa memakmurkan rumah Allah, pada setiap solat fardhu dan iktikaf.

4. Membersihkan puasa dari perkara yang merosakkannya seperti mengumpat.

5. Sentiasa berlapang dada.

6. Menghadirkan niat untuk amal soleh di bulan puasa.

Jihad

1. Merealisasikan matlamat ‘Bersungguh-sungguh melawan nafsu’.

2. Menahan diri dari berlebihan dalam perkara harus (makan, pakaian, tidur).

3. Menjaga lidah dari berkata keji, mengumpat, dan mencaci.

4. Menahan syahwat dari perkara yang haram.

5. Membuat semakan amalan di bulan Ramadhan tentang segala yang dibincangkan di atas.

RAPTAI MAJLIS KONVOKESYEN

Raptai Majlis Konvokesyen akan diadakan pada 13 Ogos 2009 (Khamis) mulai jam 8.30 pagi di DECTAR.

Masa Aturcara
8.30 pagi
Semua graduan dijemput terus masuk ke dewan
8.45 pagi Ketibaan Pegawai Pentadbiran Universiti
9.00 pagi Perarakan besar masuk ke dewan
9.15 pagi Taklimat oleh Pendaftar UKM
9.30 pagi Taklimat tatacara cara menerima ijazah
9.45 pagi Raptai bermula mengikut sidang
11.00 pagi Bersurai


Monday, August 3, 2009

Catatan sisi.... aku seorang designer.

Sedar tak sedar, kita sudah berada di bulan syaaban. Bila tengok pada kalender hijrah.... masyaAllah, kita dah berada pada 12 Syaaban 1430H. Dengan kata lain, 3 hari lagi 15 Syaaban (orang biasa panggil Nisfu Syaaban... ada yang buat program baca Yaasin 3x dan sebagainya.). Maknanya, kurang lebih 18 hari lagi, kita akan melangkah ke satu bulan yang cukup mulia dan bermakna untuk kita semua.

Bulan di mana diturunkan al-Quran di dalamnya. Sepertimana Firman Allah di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 185:-

شَہۡرُ رَمَضَانَ ٱلَّذِىٓ أُنزِلَ فِيهِ ٱلۡقُرۡءَانُ هُدً۬ى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَـٰتٍ۬ مِّنَ ٱلۡهُدَىٰ وَٱلۡفُرۡقَانِ‌ۚ فَمَن شَہِدَ مِنكُمُ ٱلشَّہۡرَ فَلۡيَصُمۡهُ‌ۖ وَمَن ڪَانَ مَرِيضًا أَوۡ عَلَىٰ سَفَرٍ۬ فَعِدَّةٌ۬ مِّنۡ أَيَّامٍ أُخَرَ‌ۗ يُرِيدُ ٱللَّهُ بِڪُمُ ٱلۡيُسۡرَ وَلَا يُرِيدُ بِڪُمُ ٱلۡعُسۡرَ وَلِتُڪۡمِلُواْ ٱلۡعِدَّةَ وَلِتُڪَبِّرُواْ ٱللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَٮٰكُمۡ وَلَعَلَّڪُمۡ تَشۡكُرُونَ

Maksudnya: bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah dia berbuka, kemudian wajiblah dia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan) dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya dan supaya kamu bersyukur.

Alhamdulillah, syukur seadanya saya panjatkan kepada Allah yang maha mencipta kerana sehingga hari ini aku masih diberi kesihatan yang sempurna juga nikmat lain yang memamng tidak mampu untuk saya menghitungnya. (juga terselamat dari bencana/bala H1N1@selsema babi). Aku berdoa agar Allah SWT memberki kesempatan kepada diri yang lemah ini untuk melangkah masuk ke bulan ramadhan yang penuh rahmat.

Teringat lagi kata-kata tuan Iman di masjid kampungku pada malam terakhir teraweh pada tahun lepas. "Perbanyakkanlah doa, moga-moga kita dapat menjadi tetamu Allah lagi pada ramadhan akan datang". Ucapannya yang diselang-seli dengan tangisan membuatkan makmun menjadi sayu... Betul apa yang dikatakan, mungkin kita tak merasain
ya kalau tidak berlaku pada diri dan sahabat handai kita tapi bila kita yang rasainya sendiri maka kita akan mengiyakannya. Pada tahun ini sahaja, kurang lebih 6 orang penduduk kampung saya yang meninggal dunia. Ada yang sakit tua dan ada yang meninggal secara automatik (kata orang-orang kampung la.. iaitu x sakit, x kemalangan... tiba-tiba dengar berita meninggal... AlFatihah untuk mereka semua).

Mereka mungkin tergolong dikalangan yang sedang menunggu kedatangan bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak ini. Namun sebaik mana kita merangcang, kita perlu ingat bahawa Allah juga merancang dan perancangan Allah adalah yang terbaik. Semoga roh-roh mereka ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Sebagai seorang designer, sekarang adalah antara musim-musim sibuk. Apa taknya. Kebanyakan surau dan masjid dan siap merancang untuk mengimarahkan masjid dan surau masing masing sempena menyambut bulan yang mulia ini. Bulan yang di dalamnya terdapat satu malam yang ganjarannya melebihi seribu bulan. Maka bermula episod sibuk melakar design dan mencetak banner dan bunting sempena Ramadhan yang mulia. Ada masjid yang merancang untuk mengadakan forum, ada surau yang merancang untuk mengadakan Qiamullail dan sebagainya.

Di sini saya ingin kongsikan beberapa desing yang telah dicetak setakat ini sempena menyambut kedatangan Ramadhan yang mulia ini.


Mungkin saya akan kongsikan leibih banyak design yang dicetak di kedai ini. Jadi, mana-mana agensi kerajaan atau swasta, badan bukan kerajaan, organisasi masjid atau surau dan sekolah-sekolah yang ingin mengadakan program dan ingin menempah benner atau bunting, bolehlah menghubungi saya di talian 09-7011099 / 013-2429538 @ email:- fadhil.06@gmail.com.

"Yang Baik Dikongsikan Bersama"

Aku mulakan hari ini dengan doa ini...

[pic31107[1].jpg]


Ya Allah. Berkatilah pekerjaanku ini. Amin Ya Rabbal Alamin

Saturday, August 1, 2009

Ahlan Wasahlan ya Syaaban

Kelebihan Bulan Syaaban

Erti Syaaban ialah berpecah-pecah atau berpuak-puak. Masyarakat Quraiysh pada waktu itu terpaksa berpecah kepada beberapa kumpulan untuk mencari sumber air di padang pasir.


Dan apabila Rasulullah SAW datang, beliau mengekalkan nama itu sehinggalah sekarang. Rasulullah SAW telah menyebut tentang pelbagai kelebihan bulan Syaaban dalam hadis-hadisnya. Diantara hadis yang paling masyhur ialah; Rasulullah SAW bertanya kepada sahabat-sahabatnya,


“Tahukah kamu sekelian mengapa dinamakan dengan bulan Syaaban?” Para sahabat menjawab, “Allah dan RasulNya lebih mengetahui” Sabda Rasulullah SAW, “Kerana dalam bulan itu berkembanglah kebaikan yang banyak sekali.” (Dipetik dari kitab Raudatul Ulama).


Fadhilat Syaaban

Bulan Syaaban merupakan bulan kedua selepas Rejab yang penuh dengan keberkatan. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, pada bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam cela dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.


Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah:

1. Memperbanyakkan puasa sunat Sebagaimana yang telah dijelaskan terdahulu bahawa Rasulullah SAW. lebih gemar untuk berpuasa sunat dalam bulan Syaaban berbanding dengan bulan-bulan yang lain. Justeru itu adalah patut bagi kita selaku umat Baginda mencontohinya dalam memperbanyakkan puasa sunat bagi menyemarak dan mengagungkan bulan Syaaban ini.

Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW. bersabda yang maksudnya: "Barangsiapa berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah Taala mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."


2. Memperbanyak doa, zikir dan berselawat kepada Rasulullah S.A.W. Sabda Rasulullah S.A.W.: "Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)


3. Bertaubat Diriwayatkan dari Umamah Al Bahili Radiallahuanhu, dia berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya: "Manakala masuk bulan Syaaban, sukacitalah dirimu dan perbaiki niatmu."

Buku Tundukkan Hati - Edisi Kemaskini Telah Terbit

TUNDUKKAN HATI. Buku yang cuba membelek keikhlasan kita, sebenarnya cuba menyemak kesan terhadap hati daripada segala aktiviti perhambaan. Alhamdulillah. Kesan daripada sambutan terhadapnya yang telah melepasi garis biasa mendesak kami untuk segera menerbitkannya dalam nafas yang lebih segar. Lazimnya, pokok yang dipupuk semula, digembur dan dibajai akan lebih redup naungannya. Ia akan menerbitkan buah yang lebih ranum untuk dikupas dan dinikmati. Demikian jualah dengan versi Tundukkan Hati yang kami kemaskinikan buat kali kedua. Insya-Allah, ia tegar tunduk. Namun, ia masih tetap merendah untuk meramahi penikmatnya.

Bagaimana untuk menjadi bijaksana? Jawapannya, kita mesti menjadi manusia yang zuhud untuk menjadi bijaksana. Orang yang zuhud akan sentiasa merasakan bahawa dunia ini cepat hilang, punah, hancur dan akan berkurangan.

Allah SWT telah berfirman dalam surah al-A’la ayat 70 yang bermaksud:

“…Dan akhirat adalah lebih baik dan kekal.”

Malah, nasihat Nabi Isa AS kepada sahabat-sahabatnya:

“Masuklah ke dalam dunia, tetapi jangan engkau menyibukkan diri di dalamnya.”

Abu Hurairah RA meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda:

”Kekayaan tidak dinilai daripada banyaknya harta, tetapi kekayaan jiwa.”
Orang yang kaya jiwa lebih tenang hidupnya kerana taqarrub mereka kepada Allah SWT. Mereka menumpahkan perhatian untuk memburu bekalan akhirat. Seperti orang lain, mereka juga menjalani kehidupan yang normal, namun apa yang membezakan mereka adalah tingkat keimanan yang sangat utuh. Mereka memilih untuk mencintai akhirat berbanding dunia. Lantaran itu, Rasulullah SAW memandang mereka sebagai ‘orang kaya’ walaupun mereka ini tidak mempunyai jumlah harta yang melimpah ruah. Ingat atau zikir kepada Allah SWT penting mendidik peribadi Muslim. Mengingati Allah SWT memainkan peranan penting dalam kehidupan manusia. Dengan zikir manusia akan mengenal Allah SWT, mengenal diri dan mengakui kelemahannya. Selain itu, mengingati Allah SWT juga akan melahirkan keyakinan bahawa ketaatan yang dilakukannya adalah kurniaan Allah SWT. Kesannya, sifat ujub, bangga diri dan sebagainya dapat dihindari. Ayuh! Pupuklah cinta kepada akhirat!

Judul: Tundukkan Hati
Karya: Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat
Halaman: 157
Harga: S/M: RM15.00, S/S:RM18.00

http://www.anbakri.com/

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates