Sunday, February 22, 2009

Hadis Hari Ini (Hadis ke-3)

SELURUH DUNIA DATANG MENGERUMUNI DUNIA ISLAM

Ertinya:-

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah saw. Bersabda; “Hampir tiba suatu masa di mana bangsa-bangsa dari seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka”. Maka salah seorang sahabat bertanya, “Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?” Nabi saw. menjawab, “Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit ‘wahan’”. Seorang sahabat bertanya: “Apakah wahan itu hai Rasulullah?”. Nabi kita menjawab: “Cinta pada dunia dan takut pada mati”.


Keterangan:

Memang benar apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Keadaan umat Islam pada hari ini, menggambarkan kebenaran apa yang disabdakan oleh Rasulullah saw. Umat Islam walaupun mereka mempunyai bilangan yang banyak iaitu 1000 juta (1/5 penduduk dunia), tetapi mereka selalu dipersendakan dan menjadi alat permainan bangsa-bangsa lain. Mereka ditindas, diinjak-injak, disakiti, dibunuh dan sebagainya. Bangsa-bangsa dari seluruh dunia walaupun berbeza-beza agama, mereka bersatu untuk melawan dan melumpuhkan kekuatannya.

Sebenarnya, segala kekalahan kaum Muslimin adalah berpunca dari dalam diri kaum Muslimin itu sendiri, iaitulah dari penyakit “wahan” yang merupakan penyakit campuran dari dua unsur yang selalu wujud dalam bentuk kembar dua, iaitu “cinta dunia” dan “takut mati”. Kedua-dua penyakit ini tidak dapat dipisahkan. “Cinta dunia” bermakna tamak, rakus, bakhil dan tidak mahu mendermakan harta di jalan Allah swt. “Takut mati” pula bermakna leka dengan kehidupan dunia dan tidak membuat persiapan untuk menghadapi negeri akhirat dan tidak ada perasaan untuk berkorban dengan diri dan jiwa dalam memperjuangkan agama Allah swt.

Kita berdoa agar Allah swt. Menurunkan nushrahNya kepada kaum muslimin dan memberikan kepada meraka kejayaan di dunia dan di akhirat.

Friday, February 20, 2009

Kenangan Bersama

Pelajar Pendidikan Islam / 4

Pelajar Pendidikan Al-Quran / 4

" Semoga kenangan menjadi rinduan "


Gambar formal dan kandit boleh didapati di blog di bawah:
http://pipaq.blogspot.com

Thursday, February 19, 2009

Kenapa Wujud Perbezaan Sikap Antara Aurat Dalam Solat dan Luar Solat


Tidak keterlaluan jika diandaikan bahawa semua orang tahu apa itu aurat dan manfaatnya dalam kehidupan. Tambahan pula persekitaran di rantau timur ini banyak membantu dalam penutupan aurat, tidak seperti keadaan di dunia barat yang ada bermazhab telanjang.

Tetapi, tidak keterlaluan juga jika diandaikan tak berapa ramai orang yang menghayati betul-betul konsep aurat seperti yang dikehendaki Islam. Antara tahu dan menghayati itu lain dan berbeza. Tidak semesti orang tahu itu beramal dan melaksanakan apa yang ia tahu. Kebanyakan tahap tahu itu pada tahap bermaklumat sahaja. Tetapi menghayati ini maknanya melaksanakan apa yang ia tahu dengan penuh jiwa, ikhlas dan mengharapkan keredhaan Allah s.w.t. Sewaktu dia menutup aurat seperti bertudung misalnya, dia merasai kemanisannya yang terbit dari keluhuran iman. Dia akan bertudung dalam situasi manapun dan akan mempertahankannya, biar dicaci atau dipuji.

Rentetan itu timbullah pelbagai konflik dalam pelaksanaan aurat. Antara persoalan akhlak dalam isu aurat yang tidak disedari oleh kebanyakan kita ialah 'keprihatinan aurat'. Sungguh aneh, tetapi wajar direnungi bersama kenapa berlaku perbezaan sikap yang ketara dalam pemeliharan aurat ketika mendirikan solat dengan aurat ketika situasi di luar solat. Malah, sesetengahnya perbezaan itu berubah dari keelokkan seratus peratus, terbalik kepada seratus lapan puluh darjah pula.

Kenapakah ketika mengerjakan solat, terutama kaum wanita sangat cermat dan prihatin dengan penutupan aurat? Sedangkan di luar solat mereka tidak menutup aurat dengan sempurna. Semasa solat mereka menutup keseluruhan tubuh kecuali bahagian muka sahaja, walaupun mereka tahu kedua-dua telapak tangan hingga pergelangan tangan tidak aurat. Tudung dibuat lebar dan longgar, bersekali dengan baju seolah dua dalam satu, iaitu tudung dan baju kurung yang dibiarkan labuh sampai turun ke bahagian lutut. Manakala kain sarung pula sengaja di lebih-lebihkan dari keperluan ketinggian antara pinggang dengan kaki agar tidak ternampak telapak kaki ketika turun sujud yang boleh membatalkan solat.

Tetapi ketika luar solat dan selesai solat, mereka tidak bersikap cermat seperti mana yang ditunjukkan dalam solat tadi. Sesetengahnya berpakaian seperti tak cukup kain, singkat sampai menampakkan lengan, atau kaki. Ketat sampai menampakkan susuk badan, pinggang, punggung dan buah dada. Ada yang menanggalkan tudung terus. Ada pula yang bertudung seperti hidup segan mati tak mahu yang menampakkan rambut dan leher serta guntingan dada.
Kenapa hal ini berlaku kepada orang yang mendirikan solat ? Kenapa mereka tidak berfikir sedangkan mereka telah dididik dan diasuh dengan pengulangan solat sebanyak lima kali sehari? Berkemungkinan besar antara punca-puncanya ialah:

1. Kurang penguasaan dan kefahaman ilmu-ilmu Islam yang mendalam dan menyeluruh, khususnya dalam ilmu-ilmu selain ibadat khusus. Kebanyakan umat Islam banyak menumpukan pembelajaran yang serius dalam soal taharah, wuduk dan solat. Adapun puasa, zakat dan haji dipelajari secara bermusim sahaja.

2. Berlaku pemisahan secara tidak sedar antara ibadat khusus dan kehidupan seharian. Kebanyakan tingkah-laku masyarakat apabila dalam ibadat atau berada di masjid mereka boleh mengawal diri dan sedar sedang beribadat, sehingga jadi baik dan warak. Tetapi apabila selesai beribadat seperti solat atau di luar masjid mereka merasakan hubungan antara Allah s.w.t seakan-akan terputus. Keadaan ini mewujudkan jurang dan penghayatan aurat.

3. Adat mengkhususkan pakaian solat. Masyarakat selain Melayu tidak tidak mengkhususkan pakaian solat. Mereka bersolat dengan pakaian harian mereka asalkan sahaja bersih. Tetapi, bebeza sekali di Asia Tenggara yang mengkhaskan pakaian untuk solat sejak turun-temurun. Adat ini asalnya baik dan terpuji, malah melambangkan masyarakat kita begitu prihatin. Mereka mahu yang bersih dan suci sahaja sewaktu mengadap Allah s.w.t. Tetapi dalam konteks yang lain, adat ini boleh membawa kerumitan dan salah faham dalam ibadat sehingga mereka merasakan pakaian solat dan pakaian harian itu semestinya berbeza. Lama kelamaan budaya ini telah mewujudkan pemisahan antara aurat dalam solat dan aurat ketika luar solat.

4. Sikap ibu bapa mengasuh dan mendidik anak-anak secara longgar dan memandang mudah kewajiban aurat ketika ke luar rumah. Pembudayaan yang bermula sejak kecil ini telah membentuk idealogi dalam dirinya tentang perspektif aurat. Anak-anak itu telah mendewasakan dirinya dalam lingkungan yang tidak menitik beratkan aurat.

5. Pemisahan peraturan aurat oleh pihak pemerintah. Di antara kesan besar kepada pendedahan aurat dan sukarnya menanganinya ialah peraturan-peraturan yang diperkenalkan dan dikuatkuasakan seolah-oleh double standrad dan tidak menyeluruh. Contohnya di peringkat persekolahan, tidak semua sekolah mewajibkan pelajarnya bertudung. Jika sekolah mewajibkan pelajarnya bertudung, maka bertudunglah dia sewaktu ke sekolah, tetapi bagaimana pelajar itu di luar pagar sekolah. Tiada peraturan yang dikenakan atau mengawalnya. Kehidupan seumpama ini menimbulkan hipokrit dan mempersenda-senda agama. Malahan, akan mengelirukan remaja antara kebenaran dan kebatilan dan antara keseriusan dan main-main.

6. Masyarakat turut membantu menimbulkan konflik ini. Masyarakat tidak serius dan betul-betul komitmen dengan penutupan aurat dengan sempurna. Mereka berani kelaur rumah dengan tanpa bertudung, atau memakai seluar yang ketat, atau baju berlengan pendek, atau baju tidak melepasi paras punggung dan bermacam gaya lagi. Lebih mengelirukan zaman mutkahir ini, perempuan yang bertudung, berseluar panjang ada yang ketat dan ada longgar, kemudian berbaju lengan pendek yang tidak menutup sampai ke pergelangan tangan. Kononnya gaya ini telah diiktiraf sebagai menutup aurat, lantas menjadi ikutan dan budaya masyarakat.

Enam sebab yang dibentangkan di atas merupakan jawapan kepada kenapa muslimah tidak berjaya menghayati falsafah menutup aurat dalam solat untuk turut diamalkan diluar solat. Bukanlah tulisan ini bermaksud supaya wanita keluar rumah memakai pakaian solatnya yang berwarna putih itu. Apa yang dikehendaki Islam ialah pendidikan solat itu adalah kegunaan harian kita. Sebagaimana tingkah-laku kita dalam solat, maka sewajarnya demikianlah perlakuan kita luar solat.

Al-Syarbini dari mazhab al-syafie telahpun menjalinkan hubungan menutup aurat dalam solat dengan luar solat dengan katanya; aurat itu ialah apa yang wajib ditutup dalam solat dan haram memandangnya. Justeru itu, kefahaman aurat itu hakikatnya berpandukan kepada kaedah-kaedah menutup aurat dalam solat. Jadi menutup aurat ketika solat itu sebenarnya pendidikan bagi menutup aurat luar solat.

Artikel ini telah disiarkan di dalam majalah Pengasuh Bil.603 oleh Mohd Azhar bin Abdullah(M.A Syariah, Uni. Malaya), Pensyarah Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra ( KIAS), Nilam Puri, Kelantan.

Wednesday, February 18, 2009

Syair Wasiat di Akhir Zaman

Jika hendak hidup beriman,
Serta mulia di sisi Tuhan,
Marilah kita hendak ingatkan,
Wasiat Nabi di akhir zaman.

Wajiblah kita menjaga diri,
Cabaran hidup banyak sekali,
Janganlah kita lupakan diri,
Hidup ini menuju mati.

Bila melihat mungkar yang nyata,
Maka janganlah hanya mengata,
Tapi bangkitlah menabur jasa,
Membimbing umat jadi pelita.

Umat Islam perlu didakwah,
Nasihat baik serta berhikmah,
Dengan semangat serta ukhuwwah,
Hubungan kita tambah meriah.

Pertandingan Poster MITRAD V

Minggu IT dan keterampilan diri anjuran UPSM datang lagi. Seperti tahun-tahun lepas antara pertandingan yang diadakan ialah pertandingan poster digital, pertandingan filem pendek, bengkel adobe dan sebagainya. Saya juga tidak melepaskan peluang untuk menyertai salah satu pertandingan yang diadakan. Sekadar mengisi ruang masa yang ada dan mengasah bakat yang ada. moga-moga ada kebaikan darinya.

Pesta Buku Bangi 2009


Ayuh bersama kita meriahkannya. Membaca jambatan ilmu.

Sunday, February 15, 2009

10 Pesanan Imam Hassan Al Banna


1.Apabila mendengar azan maka bangunlah sembahyang serta-merta walaubagaimana keadaan sekalipun

2.Bacalah al-Quran, tatapilah buku-buku ilmu, pergilah ke majlis-majlis ilmu, dan amalkanlah zikrullah dan janganlah membuang masa dalam perkara yang tiada memberi faedah

3.Berusahalah untuk bertutur dalam bahasa Arab kerana bahasa Arab yang betul itu adalah satu-satunya syiar Islam

4.Janganlah bertengkar dalam apa-apa perkara sekalipun keranapertengkaran yang kosong tiada memberi apa-apa jua kebaikan

5.Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram

6.Janganlah banyak bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.

7.Janganlah bercakap lebih nyaring daripada kadar yang yangnyaring itu adalah suatu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang

8.Jauhilah daripada mengumpat-umpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan, dan janganlah bercakap melainkan apa- apa yang memberi kebajikan

9.Berkenal-kenalanlah dengan setiap Muslimin yang ditemui kerana asas gerakan dakwah kita ialah berkenal-kenalan dan berkasih-sayang

10.Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada padakita, oleh itu gunakanlah masa dengan sebaik-baiknya dan ringkaskanlah perlaksanaannya.

25 DALIL PILIHAN

Pesan Nabi S.A.W : “ Aku tinggalkan kamu 2 perkara yang mana seandainya kamu berpegang teguh dengannya kamu TIDAK AKAN SESAT buat selama-lamanya, iaitu Kitabullah(Al-Quran) dan Sunnah Rasulullah”

1. Ucapan orang beriman apabila ditimpa musibah – Surah Al-Baqarah ayat 156

2. Sifat Syaitan – Surah Al-Baqarah ayat 169

3. Keindahan dunia untuk orang kafir – Surah Al-Baqarah ayat 212

4. Kadang2 apa yang kita benci itu menjadi manfaat pada kita – Surah Al-Baqarah ayat 216

5. Doa supaya tidak dipesongkan hati – Surah Ali Imran ayat 8

6. Bukti sombongnya Iblis – Surah Al-‘Araf ayat 12

7. Allah lebih hampir daripada urat leher – Surah Qaf ayat 16

8. Syurga firdaus untuk orang beriman – Surah Kahfi ayat 107

9. Bandingan ilmu Allah – Surah Kahfi ayat 109

10. Kenapa Isa dilahirkan tanpa bapa? – Surah Maryam ayat 21

11. Allah tidak akan sia-siakan Orang yang berbuat baik – Surah Hud ayat 115

12. Siapa sebenarnya yang Berjaya? – Surah Al-Mukminun ayat 1-6

13. Seruan Jihad – Surah Al-Hajj ayat 7-8

14. Muhammad Rasul Terakhir – Surah Al-Ahzab ayat 40

15. Tugas Rasulullah – Surah Al-Ahzab ayat 45-47

16. Ahli Syurga sibuk dengan kesenangan – Surah Yaasin ayat 55

17. Waktu mulut kita dikunci? – Surah Yaasin ayat 65

18. Taat pada Ibu Bapa – Surah Al-Ahqaf ayat 15

19. Jasad Firaun tidak hancur? – Surah Yunus ayat 92

20. Cantiknya Bidadari itu – Surah Ad-Dukhan ayat 54

21. Sifat Negara Islam – Surah Saba’ ayat 25

22. Sifat Ahli Syurga – Surah Al-Waqi’ah ayat 25

23. Kesan orang yang berjihad mencari Keredhaan Allah – Surah Al-Ankabut ayat
terakhir

24. Mat motor kahwin dengan minah rempit – Surah An-Nur 26

25. Jangan Ikut Syaitan – Surah An-Nur 21

Hadis Hari Ini (Hadis ke-2)

Justify FullKENAPA DUNIA ISLAM MENJADI SASARAN PERMUSUHAN??

Daripada Ummul Mu'minin, Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah saw.) beliau berkata: " (Pada suatu hari) Rasulullah saw. masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda, La ilaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini telah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini", dan baginda menemukan ujung ibu jari dengan ujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: " Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang-orang yang soleh?" Lalu Nabi saw. bersabda:- " Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak."

Keterangan:-
Hadis di atas menerangkan bahawa apabila di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasiqan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu. Tidak hanya kepada orang yang jahat sahaja, tetapi orang-orang yang soleh juga akan dibinasakan walaupun masing-masing pada hari qiamat akan diperhitungkan mengikut amalan yang telah dilakukan.

Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasiqan hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang yang melakukan kemungkaran dan kejahatan tersebut, tetapi ianya menimpa semua penduduk yang berada di tempat itu.

Dalam hadis di atas, walaupun disebutkan secara khusus tentang bangsa Arab tetapi yang dimaksudkan adalah seluruh bangsa yang ada di dunia ini. Tujuan disebutkan bangsa Arab secara khusus adalah kerana Nabi kita saw. sendiri dari kalangan mereka, dan yang menerima Islam pada masa permulaan penyebarannya adalah kebanyakannya dari kalangan bangsa Arab dan sedikit sekali dari bangsa yang lain. Begitu pula halnya dalam masalah yang berkaitan dengan maju-mundurnya umat Islam adalah banyak bergantung kepada maju-mundurnya bangsa Arab itu sendiri. Selain daripada itu bahasa rasmi Islam adalah bahasa Arab.

Kemudian Ya'juj dan Ma'juj pula adalah dua bangsa (dari keturunan Nabi Adam as.) yang dahulunya banyak membuat banyak kerosakan di permukaan bumi ini, lalu batas daerah dan kediaman mereka ditutup oleh Zul Qarnain dan pengikutnya dengan campuran besi dan tembaga, maka dengan itu mereka tidak dapat keluar, sehinggalah hampir tibanya hari qiamat. Maka pada masa itu dinding yang kuat tadi akn hancur dan keluarlah kedua-dua bangsa itu dari kediaman meraka lalu kembali membuat kerosakan dipermukaan bumi ini. Apabila ini telah terjadi, ia menandakan bahawa hari qiamat sudah dekat sekali tibanya.

Renung-renungkanlah.


Ada apa dengan Valentine??

Hari Valentine semakin menghampiri. Mawar merah yang bakal diberikan oleh kekasih hati sudah sentiasa terbayang-bayang di mata.

"Terasa begitu indah hidup ini bila ada insan yang meletakkanku sebagai permaisuri di hati…"

Begitulah indahnya perasaan orang yang sedang berkasih-sayang tiap kali 14 Februari muncul. Tanpa disedari, rupa-rupanya budaya menyambut Hari Valentine mempunyai sejarah hitam disebaliknya. Valentine Day adalah suatu perayaan yang berdasarkan kepada pesta jamuan "supercalis" bangsa Romawi kuno di mana setelah mereka masuk agama Nasrani (Kristian), maka berubah menjadi acara keagamaan yang dikaitkan dengan kematian St. Valentine.

Mengikut beberapa sumber, Valentine adalah nama bagi seorang paderi Kristian yang giat menyebarkan agama tersebut di Rom ketika pemerintahan Raja Rom yang bernama Claudius II. Pada masa pemerintahannya, Claudius II telah memenjarakan orang-orang Kristian kerana mengamalkan agama yang bertentangan dengan agamanya. Oleh kerana Valentine seorang penyebar agama Kristian, beliau juga telah ditangkap, diseksa dan akhirnya dihukum bunuh pada 14 Februari. Orang-orang Kristian menganggap bahawa Valentine merupakan seorang yang mulia kerana sanggup berkorban dan mati demi kasih sayangnya terhadap agama Kristian dan penganut-penganutnya. Dia disamakan dengan Jesus yang kononnya mati kerana menebus dosa yang dilakukan oleh kaumnya. Valentine bagi penganut agama Kristian adalah lambang kasih sayang sejati diantara seorang hamba dengan Tuhannya dan sesama manusia. Dikatakan juga bahawa ketika di dalam penjara, beliau telah jatuh cinta dengan anak salah seorang pegawai penjara dan sebelum dibunuh, beliau sempat menulis sepucuk surat cinta kepada gadis tersebut yang bertulis "From your Valentine".

Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa Valentine adalah sempena hari kejatuhan kerajaan Islam Sepanyol. Paderi St. Valentino telah mengumumkan hari tersebut sebagai hari kasih sayang kerana padanya Islam adalah ZALIM! Tumbangnya Kerajaan Islam Sepanyol dirayakan sebagai Hari Valentine.

Semoga anda semua mengambil iktibar!!! Mengapa kita ingin menyambut Hari Valentine ini padahal ia adalah hari jatuhnya kerajaan Islam kita di Sepanyol...


*Artikel ini ditulis oleh Al-Marhum Ustaz Rosdi Yusof dan diolah sedikit oleh Hasanah Abd. Khafidz. Artikel ini telah diterbitkan semula dalam www.drhasanah.com

AGM ISIUKM


Minggu ini merupakan antara minggu-minggu sibuk dalam hidup aku sebagai seorang senior di perbukitan ilmu UKM ini. Minggu ini banya majlis yang perlu dihadiri terutamanya yang melibatkan mesyuarat agong tahunan bagi persatuan dan kelab. Semalam 14/feb/2009 aku dijemput untuk menjadi pengerusi sidang bagi AGM kelab PERKIM UKM. Esok sekali lagi aku dijemput untuk mengemudi perjalanan Mesyuarat Agong Tahunan Ikatan Studi Islam UKM pula. Semoga perjalanan AGM esok dapat dilaksanakan dengan licin dan teratur seperti yang telah direncanakan.

Selamat bermu'tamar kepada semua PIMPINAN dan ahli ISIUKM. Jadikanlah AGM ini sebagai medan untuk muhasabah dan satu medan untuk menambahbaikkan ISIUKM. Semoga gerak kerja ISIUKM di peringkat kampus lebih diterima masyarakat.

Thursday, February 12, 2009


SYAHID KEBANGGAAN KAMI

Berderau darah dan tiba - tiba nafas menjadi kencang sebaik saya mendengar kenyataan live seorang serikandi HAMAS di Gazzah semalam sebagaimana yang paparkan oleh RTM 1 .

Ketika ditanya mengenai situais getir yang dihadapi oleh ummat Islam di Gazzah , Dughmush Nawal seorang ibu berusia 50an dengan bangga memberitahu bahawa seorang anaknya telah syahid dan seorang lagi sedang berjuang di medan menentang Yahudi Alaihi Laknatullah .

" Saya tidak menyesal , syahid tidak mati tetapi hidup disisi Allah dan dia akan masuk syurga sementara yahudi akan masuk neraka ." kata Dughmush .

Apa yang lebih menarik , beliau menegaskan bahawa setiap orang yang gugur syahid dikalangan anak - anak mereka [ muslimah Palastine ] , nescaya kami akan melahirkan seorang lagi pejuang baru untuk meneruskan perjuangan dan syahid .

Amnah Gaber pula seorang guru dengan tenang dan berani menggesa supaya ummat Islam bangun berjihad membebaskan al Aqsa dan mendapatkan janji - janji Allah buat mereka yang berjihad di jalan Allah swt .

Sungguh mengharukan ! demikianlah semangat jihad yang sebelum ini kita hanya membacanya di dalam kitab - kitab silam yang meriwayatkan keperwiraan atau kesatriaan serikandi Islam menentang kuffar dan musuh - musuh Allah swt .

Kini Gazzah menjadi kitab besar untuk dihayati oleh seluruh pejuang - pejuang Islam . Semangat jihad mereka sungguh mulia dan jitu . Bagaimanalah kita pula ?

Bumi kita ini aman . Perjuangan di urus dalam keadaan serba mudah dan senang . Begitu pun masih ada yang takut dan enggan untuk bersusah payah menyertai perjuangan mendaulatkan syariat Allah swt di bumi ini .

Banyak pula alasan dikemukakan . Semuanya menjurus ke arah mengelak diri dari menyertai perjuangan suci untuk meninggikan kalimah Allah swt . Terkadang mereka bijak bermain alasan sehingga kelihatan mereka pula berada di pihak yang benar .

Malu kita dengan muslimah Palastine . Mereka hidup dalam dunia bergolak dan senantiasa mengancam nyawa . Mereka ada tawaran untuk selamat iaitu berdamai dengan Israel . Tapi mereka memilih untuk pertahankan al Aqsa dan berjihad menyelamatkan agama dan tanahair mereka dari cengkaman Yahudi .

Kita ni , sebahagiannya hanya kerana JQAF . Tergamak mereka mengelak diri dari seruan jihad untuk mengaktifkan amal Islami , berdakwah dan memimpin ummah untuk berjuang membebaskan mereka dari belenggu jahiliyyah moden hari ini .

Bukanlah semua , tapi jumlah mereka ramai .

Tidak tahulah , bagaimana kalau kita ditaqdir duduk di tempat ummat Palastine ? atau apa yang berlaku di Palastine berlaku pula di negara kita ? waliyazubillah .

Patutlah hari ini ramai yang leka dan lalai , hanyut dalam arus hedonisme dan terjebak dalam perangkap maksiat dan mungkar . Semuanya kerana kegagalan mereka mendekatkan diri kepada Islam dan kegagalan Muslim memperjuangkan Islam agar ia tegak dan hampir kepada masyarakat .

Marilah kita bangkit bersama dengan sebuah keinsafan atas kelalaian kita yang lalu .

Copy dari:-http://ustaznasrudin-tantawi.blogspot.com/

Hadis Hari Ini

Hadis ini saya ambil dari kitab 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman sebagai perkongsian untuk kita bersama. Kita sebagai generasi akhir zaman seharusnya meneliti dan memahami hadis ini sebagai panduan dan pedoman kita bersama. Semoga sedikit perkongsian ini memberi manfaat buat kita bersama.

Takwa dan Perpaduan Asas Keselamatan Di Akhir Zaman.

Ertinya:-
Daripada Abi Najih 'Irbadh bin Sariyah ra. berkat: "Telah menasihati kami oleh Rasulullah saw. akan satu nasihat yang menggentarkan hati kami dan menitiskan air mata kami ketika mendengarnya, lalu kami berkata: Ya Rasulullah! Seolah-olah ini adalah nasihat yang terakhir sekali maka berilah pesanan kepada kami. Lalu baginda pun bersabda: "Aku berwasiat akan kamu sepaya sentiasa bertaqwa kepada Allah dan mendengar serta taat (kepada pemimpin) sekalipun yang memimpin kamu itu hanya seorang hamba. Sesungguhnya sesiapa yang panjang umurnya daripada kamu pasti ia akan melihat perselisihan yang banyak. Maka hendaklah kamu berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al Mahdiyin (Khalifah-khalifah yang mengetahui kebenaran dan mendapat pimpinan ke jalan yang benar) dan gigitlah sunnah-sunnah itu dengan gigi gerham dan jauhilah perkara-perkara yang baharu (bid'ah) yang diada-adakan, kerana sesungguhnya tiap-tiap bid'ah itu adalah sesat."
(H.R. Abu Daud dan Tirmizi)

Keterangan:-
Hadis ini mengandungi pesanan-pesanan yang sangat berharga daripada junjungan besar Rasulullah saw. bagi umat Islam, terutamanya bila mereka berhadapan dengan zaman yang penuh dengan kacau bilau dan perselisihan iaitu zaman yang sedang kita hadapi sekarang. oleh itu sesiapa yang mahu selamat maka hendaklah ia mengikuti tunjuk ajar yang telah disabdakan oleh Rasulullah saw. dalam hadis ini iaitulah:-

Pertama: Hendaklah ia melazimi takwa kepada Allah dalam keadaan apa jua dengan mengerjakan segala perintah Allah dan menjauhi segala laranganNya.

Kedua: Mentaati perintah pihak yang menguruskan hal ehwal kaum muslimin walaupun seandainya mereka terdiri daripad golongan hamba, selama mereka berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi saw. dan sunnah-sunnah khulafa Ar Rasyidin, kerana patuh kepada penguasa yang mempunyai sifat-sifat ini beerti patuh kepada Al-Quran dan Hadis Nabi saw.

Ketiga: Berpegang teguh kepada sunnah Nabi saw. dan sunnah para khulafa Ar Rasyidin Al-Mahdiyin (Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali ra.) yang mana mereka telah mendapat petunjuk daripada Allah Taala, iaitulah berpegang kepada fahaman dan amalan ahli sunnah wal jamaah yang mana hanya penganut fahaman ini sahaja yang mendapat jaminan selamat daripada api neraka dan yang bertuah mendapatkan syurga pada hari kiamat nanti.

Keempat: Menjauhi perkara-perkara bid'ah dholalah, iaitu apa jua fahaman dan amalan yang ditambah kepada agama Islam yang seumpama ini, pada hal tidak ada dalil atau asal dan contoh dari agama. Sekiranya ada asal atau dalil, maka tidaklah perkara-perkara yang baharu itu dikatakan bid'ah menurut pengertian syarak (bukan bid'ah dholalah) tetapi hanya dinamakan bid'ah menurut pengertian loghat atau bahasa sahaja (iaitulah bid'ah hasanah).


Monday, February 9, 2009

AGM ISIUKM


Mesyuarat Agong Tahunan Ikatan Studi Islam UKM akan diadakan pada 15 Februari 2009.

Mesyuarat Agong Tahunan (AGM) PENDIDIK


Anda warga Fakulti Pendidikan?? Menjadi hak dan tanggungjawab anda untuk mengahdiri Mesyuarat Agong Tahunan Persatuan Mahasiswa Fakulti Pendidikan (PENDIDIK).

WACANA MAHASISWA : ANALISIS PEMILIHAN MPP UKM SESI 08/09


10 Februari 2009 (Selasa)
8.00 malam - 11.00 malam
Dewan Anuwar Mahmud (DAM)
Fakulti Sains & Teknologi (FST)

PANELIS:

Prof. Madya Dr. Ahmad Nidzammudin Bin Sulaiman
Pensyarah Sejarah, Politik dan Strategi, FSSK UKM

Sdr. Mohamad Nasir Bin Mohamed Nazri
Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia

Sdr. Hisyamuddin Bin Che Ali
MPP Kerusi Umum Tahun 3

Sdr. Ahmad Deniel Bin Roslan
Exco Penerangan & Informasi PERUNDANG

MODERATOR:

Prof. Madya Dr. Faridah Binti Abdul Jalil
Pensyarah Fakulti Undang-Undang, UKM

Laungan takbir di Bangi

Gambar sekitar Malam Save Gaza


Laungan semangat dan takbir membangkitkan semangat hadirin


Bacaan Resolusi dan Deklarasi Bangi oleh semua NGO yang terlibat dalam sekretariat SAVE GAZA Bandar Baru Bangi.


Solat Hajat Perdana

Malam Save Gaza


Penyerahan mok cek berjumlah RM100,000.00 kepada wakil Gaza pada malam “SAVE GAZA” Stadium Bangi, Seksyen 15. Kali ini Stadium Bandar Baru Seksyen 15 bergegar dan bergema dengan takbir Allah Akbar ! Laknat Yahudi ! Hancu Yahudi ! Hancur Amerika ! Boikot Yahudi ! Boikot Amerika. Inilah semangat yang masih membara, membakar jiwa muda mudi untuk memayungi Islam. Kedatangan berbondong-bondong masyarakat Bangi tanpa mengira pandangan pribadi maupun hala tuju politik, menunjukkan keprihatinan mereka terhadap isu Palestin khususnya Gaza masih lagi hidup membara di dalam jiwa mereka. Mereka membawa anak-anak kecil yang masih menyusu, tikar dan sejadah untuk menunaikan tanggungjawab mereka kepada umat Islam yang ditindas. Nikmat ini jarang-jarang sekali dilihat, alangkah besarnya isu Gaza ini. Alangkah baiknya sekiranya isu Masjid al Aqsa yang terpenjara sekarang ini juga menjadi igauan umat Islam. Alangkah nikmatnya sekiranya kita termimpi-mimpi untuk membebaskan Masjid al Aqsa yang terpenjara. Al Aqsa merintih dan merindui umat Islam untuk menziarahinya dan seterusnya membebaskannya dari cengkaman Zionis.

Program ini telah berjaya mencapai matlamatnya untuk mengumpulkan ribuan masyarakat Bangi dan membuat kutipan melebihi RM150,000.00. Terima kasih diatas sumbangan dan keprihatinan Dato’/Datin/Tuan/Puan/Saudara/i. Segala penat lelah dan masa tetap akan diganjari oleh Allah tanpa menguranginya walau sebesar biji sawi.

Monday, February 2, 2009

Sajak untuk PALESTIN

Palestin
Tanah mu bergolak lagi
Dengan pekatan warna merah
Terpecik di sana sini
Sorak dan teriak
Kedengaran di mana-mana
Anak-anak mencari ibu bapanya
Hilang entah kemana
Di panah perluru berhantu
Dari puak kejam… Zionis durjana

Palestin
Nama mu hanya di kenali sebagai negara berdarah
Tidak pernah aman dari perluru hidup
Menembusi remaja dan kanak kanak
Tanpa belas kasihan
Dari air mata mereka yang tidak berdosa
Wajah ibu yang suram
Ayah nan derita
Menatap wajah tersenyum anak mereka dalam lipatan kain putih
Dan darah membasahinya
Kedengaran teriakan dan percikan perluru bersama
Dentuman dan ceraian bunyi Bom di mana jua
Menggegarkan suasana bahagia
Menjadi duka Nestapa

Palestin
Mereka hanya melihat negara mu
Dari corong berita palsu CNN
Menutup segala aib zionis durjana
Membuka ruang membunuh bangsa tak berdosa
Tidak kira siapa.
Kanak-kanak yang tiada biasa mengerti apa-apa
Meraung karana terasa sakit pabila
Kudung tangan dan kakinya
Meratap hiba…… dan mereka terkulai layu dalam pelukan ibu dan ayah

** Karya asal:-http://www.fazdli.com/lain-lain/sajak-untuk-palestin/

Ayuh bersama kita BOIKOT.

Majlis Pelancaran kempen SAVE GAZA

Kempen Save Gaza telah peringkat Bandar Baru Bangi telah sempurna pelancarannya yang diadakan di kompleks PKNS Bangi pada 24 Januari yang lalu.

Kempen Save Gaza - Bandar Baru Bangi


Atas kesedaran bahawa sahabat seakidah kita di bumi Gaza patut kita bantu dan tolong, maka satu komuniti khas telah ditubuhkan di peringkat penduduk Bnadar Baru Bangi. Sekreteriat Save Gaza telah ditubuhkan untuk melancarkan kempen SAVE GAZA yang dianggotai oleh persatuan penduduk, NGO-NGO dan syarikat-syarikat juga persatuan-persatuan. Semoga usaha yang dilakukan oleh kita diterima oleh Allah sebagai amal jariah.

** ISIUKM juga antara persatuan yang terlibat sama.

Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates