Sunday, September 21, 2008

Islam sejati.. Kurangkan makan, banyakkan ibadat

Pada zaman Rasulullah..datanglah seorang mushrikin bercakap tentang Islam dengan Rasulullah. Ketika sedang berbual-bual itu, maka Rasulullah menuangkan segelas susu sambil memerhatikan gelagat si mushrikin tadi. Selepas habis segelas susu, Rasulullah menuangkan susu kali kedua, dan habis diminum oleh mushrikin tersebut.

Akhirnya 3 gelas susu habis diminum , barulah tamat perkara yang dibualkan dan si mushrikin tadi pun baliklah.

Selang beberapa hari, mushrikin itu datang semula kepada Rasulullah untuk menyatakan yang dia sekarang sudah Islam kerana terpikat dan tertarik dengan peribadi Rasulullah yang begitu dikaguminya. Seperti biasa, Rasulullah menjamukannya dengan susu, tapi kali ini dia minum sedikit demi sedikit sehinggalah apabila perbualan tamat, hanya segelas susu yang diminumnya. Rasulullah memerhatikan gelagat orang itu dan tersenyum.

Kemudian Rasulullah pun menceritakan peristiwa itu kepada para sahabat, perihal pengunjung tadi dan bagaimana berbezanya dia sebelum memeluk agama Islam dan selepasnya. Sebelum memeluk agama Islam, habis 3 cawan susu diminumnya dengan gelojoh, tetapi selepas memeluk Islam, dia minum dengan perlahan dan cuma segelas sahaja susu yang diminumnya. Itulah antara peribadi Islam sejati .

Ini sesuai dengan hadis yang berbunyi: Orang Islam itu tidak makan kecuali lapar, dan mereka berhenti makan sebelum kenyang. Kata Imam Shafie, perut kita terbahagi kepada 3 iaitu sepertiga makanan, sepertiga air dan sepertiga lagi udara."

Jika keseimbangan antara ketiga-tiganya tidak di capai, maka kita akan menjadi malas untuk beribadat ataupun untuk bekerja. Apabila perut kurang diisi dengan makanan, maka kita menjadi rajin dan ringan tulang untuk menambahkan ibadat kita. Tidak hairanlah jika kita dapat menggandakan amalan kita pada bulan puasa berbanding bulan-bulan yang lain.

Sanggupkah kita buat begini?? Pada ibu....

'Ustaz, saya ingin bertanya.. Saya menjaga ibu saya yang uzur... Saya membasuh kemaluan ibu saya.. Bagaimana dengan puasa saya...'

Ustaz bertanya 'Adakah saudara sudah berkahwin?'
Pemanggil menjawab 'Belum Ustaz'
Ustaz menjawab 'Palingkan muka kearah lain semasa membasuh kemaluan ibu saudara'...

Setelah talian putus, kedua-dua Ustaz dan DJ radio memuji-muji kesabaran jejaka pemanggil itu. Saya menitiskan airmata mendengar perbualan itu dan berfikir sungguh beruntunglah siibu yang melahirkan jejaka itu. Alangkah bertuah nya si-isteri mendapat jejaka itu sebagai suaminya.

Kisah ini berlaku hampir 1 tahun yang lalu, seorang ibu tua dibawa oleh anak lelakinya yang tinggal di bandar menziarahi ahli keluarga di sebuah kampung. Sekembali dari tempat ziarah, si ibu kelihatan terkocoh-kocoh, pantas berlari keluar dari kereta. Langkahnya agak tergopoh-gopoh menaiki anak tangga rumah. Fikir si anak yang masih belum sempat menarik
handbrake keretanya, pasti si ibu bergegas untuk segera menunaikan solat Maghrib kerana azan telah berkumandang di surau yang berdekatan. Tapi bila dia mula menjejaki anak tangga, 'Subhanallah!'

Si anak terkejut melihat najis bejejeran di anak tangga dan di laman rumah.

'Mak sakit perut rupanya,' bisik hatinya. Tanpa berlengah segera disinsingnya lengan baju dan kaki seluar. Najis disodok dan dibuangkan. Getah paip ditarik lalu dialirkan air menuruni anak tangga.

Ibu yang sudah selesai membersihkan diri dan solat Maghrib terkocoh-kocoh sekali lagi menanggalkan telekung, mencapai baldi dan gayung dalam langkah yang terhencut-hencut cuba menuruni anak tangga.

Terpana si ibu di muka pintu melihat anak-anak tangga sudah dimop bersih, seperti hilang akal sejenak. Tak sembahyang Maghrib ke?' Tanya ibu kepada si anak dalam keadaan serba-salah. Tak apalah mak, saya musafir, Maghrib tu di jamak takhir dengan Isyak nanti.' Si ibu tak terkata apa. Tangan kanan masih memegang baldi. Tangan kiri pula memaut grill pintu. Matanya terus memerhatikan si anak, dalam hati penuh sebak dan keharuan, mengucap puji syukur pada Allah kerana anak yang diasuh dari sebesar dua tapak jari, dicucikan najisnya setiap hari itu, buat pertama kalinya menyucikan najis ibunya pula hari ini.

'Ya Allah! begini mulia rahmatmu mengurniakan hamba mu ini anak yang soleh, dia mengenang jasa Ya Allah! dan membalas budi, aku bersyukur padamu..... aku bersyukur pada mu Ya Allah!' sempat si ibu memanjatkan doa dalam hati.

Terasa benar maruahnya dihargai, tawadhuk sungguh mengecapi nikmat kasih....... Rentetan dari peristiwa itu, dapat dilihat keberkatan dalam hidup si anak kerana apa saja kerja yang dibuat terasa dipermudahkan oleh Allah. Inilah yang dikatakan keberkatan memuliakan insan yang dimuliakan oleh Allah SWT.

Hadis Nabi saw:

'Hinalah umatku, hinalah umatku, dimana dalam sisa usia orang tua mereka, tidak dimanfaatkan apa-apa untuk meraih rahmat dari Allah SWT'

' Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah. Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia menjadi bingung, lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.'

*Hukamah*

Thursday, September 18, 2008

Ramadhan bulan turunya Al-Quran

Alhamdulillah, kita masih dipanjangkan usia oleh tuan empunya dunia ini untuk terus menghirup udara segar bulan ramadhan yang mulia ini. Kita sudah memasuki hari yang ke-18, dengan kata lain sudah berada pada fasa yang ke-2, dan 2 hari lagi kita akan melangkah ke fasa yang ke-3 iaitu fasa pelepasan dari Api Neraka.

Sidang pengunjung sekalian,
Ungkapan "Ramadhan, bulan al-Quran" sering kali kita dengar dan kita baca.Apa istimewanya bulan ini??? Apa kaitanya pula dengan al-Quran??? Mari kita sama-sama membedah al-Quran dan kita selidiki keistimewaannya dan keagungannya.

Firman ALLAH S.W.T yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman! kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana ia diwajibkan atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa. (Puasa yang diwajibkan itu ialah beberapa hari yang tertentu; maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir, (bolehlah dia berbuka), kemudian wajiblah dia menggantikan puasa sebanyak (hari yang dia berbuka) itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib ke atas orang-orang yang tidak berdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah iaitu memberi makan orang miskin.

Maka sesiapa yang dengan sukarela memberikan (bayaran fidyah) lebih daripada yang ditentukan itu, maka itu adalah suatu kebaikan baginya; dan (walaupun demikian) berpuasa itu lebih baik bagi kamu daripada memberi fidyah), kalau kamu mengetahui. (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.

Oleh itu, sesiapa daripada antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan (atau mengetahuinya), maka hendaklah dia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) ALLAH menghendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan ALLAH kerana mendapat petunjukNYA dan supaya kamu bersyukur."Surah al-Baqarah: 183 – 185.

Oleh yang demikian, sahabat sekalian. Marilah kita berusaha untuk meningkatkan lagi tahap kecintaan kita kepada Al-Quran dan cuba untuk memahaminya seterusnya mengamalkannya dalam kehidupan seharian.

Sunday, September 14, 2008

Belajar Dari Dua Omar

Apa yang best tentang buku ini??

Sahabat sekalian..
Dalam mengaharungi kehidupan sebagai seorang mahasiswa, antara lain kita memerlukan kepada ikon atau idola yang nak kita rujuk ataupun dijadikan teladan. Kata ulama': "kalau kita nak mengambil seseorang sebagai idola, maka kita ambillah orang yang telah meninggal dunia dan kita tahu akan penghujung hayatnya dalam husnul khatimah (penghujung yang baik)".

Sesungguhnya sebaik-baik idola ataupun uswatun hasanan di dunia ini adalah Nabi Muhammad S.A.W. Firman Allah (لقد كان لكم فى رسول لله اسوة حسنة)

Nabi juga pernah berkata bahawa "ikutlah sunnahku dan sunnah khulafa' arrasyidin selepasku".. Daripada ungkapan ini kita boleh ambil pengajaran bahawa Nabi S.A.W. memperakui sifat khulafa' arrasyidin.

Hari ini mari kita berkenalan dengan dua tokoh Islam yang hebat. Dua tokoh ini sangat terkenal dalam pemerintahan Islam. Mereka ialah Khalifah Umar Al-Khattab dan cicitnya Khalifah Umar Abdul Aziz. Kedua-dua tokoh ini wajar dijadikan idola kepada kita semua terutamanya bagi mereka yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin. Antara lain sifat mereka berdua ialah mengenyakkan perut rakyat terlebih dahulu sebelum mengenyakkan perut mereka sendiri. Perkara ini boleh dirujuk kepada perkataan yang diungkapkan oleh Umar Al-Khattab ketika mana menerima hidangan dari gabenor Azerbaijan.

"Aku orang pertama yang merasa lapar kalau rakyat kelaparan dan orang terakhir yang merasa kenyang kalau mereka kenyang"

Inilah antara sifat yang perlu ada kepada seseorang pemimpin. Mereka lebih mementingkan kebajikan rakyat daripada diri mereka sendiri..

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi akan sifat dan peribadi mereka berdua, dapatkanlah buku ini dipasaran. Semoga kita dapat mengambil pengajaran dan cuba untuk menjejaki petunjuk dari mereka berdua.

"SEMOGA RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA"

Saturday, September 13, 2008

Aku Ingin Pulang

Salam Ramadhan buat semua.....
Alhamdulillah, kita semua telah melepasi fasa pertama iaitu sepuluh pertama dalam bulan ramadhan yang penuh keberkatn ini. Moga-moga kita mendapat kerahmatan daripada Allah S.W.T. sepertimana kata junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W...

"Ramadhan awalnya rahmah, pertengahannya maghfirah (keampunan) dan di akhirnya pelepasan dari azab api neraka. " (au kama kal..)

Apa kaitan Ramadhan dengan ungkapa "Aku Ingin Pulang" di atas??
Baiklah para sahabat & sidang pembaca sekalian.
Bila kita imbas kembali tujuan kita datang ataupun dihantar olah Sang Pencipta (Allah) ke dunia yang fana ini adalah antara lain untuk kita mengabdikan diri sepenuhnya kepada Allah S.W.T. semata-mata.

Firman Allah Taala:-
"Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat kepadaKu"

Kita sering kali mendengar atau terbaca yang menyatakan bahawa bulan Ramadhan ialah bulan pesta ibadah..... Betul kah ungkapan ini? atau ianya sekadar untuk menyedapkan telinga mendengar??

Sahabat-sahabat sidang pembaca sekalian.
Kalau kita perhatikan betul-betil suasana dan keadaan sekeliling kita pada bulan Ramadhan maka kita akan mengatakan bahawa ungkapoan di atas adalah benar. Seminggu sebelum Ramadhan, pihak-pihak yang berwajib seperti PBT, MPKB, MPKj, Pihak pengurusan masjid dan surau sibuk mempersiapkan masjid dan surau dalam kawasan masing-masing sebagai persediaan menerima limpahan umat Islam yang akan mengunjungi masjid dan surau samaada untu solat fardhu berjemaah ataupun untuk solat sunat terawh berjemaah. Tidak kurang hebatnya persediaan untuk jamuan berbuka puasa. (rujuk masjid UKM)

Sahabat sekalian.
Sebenarnya itulah fitrah kita.....
Fitrah asal kita dijadikan.... untuk mengabdikan diri secara total (dengan izin) kepada Allah Rabbul Jalil.. Sebab itulah ungkapan "Aku Ingin Pulang" di atas saya gunakan. Anatara lain untuk menyedakna diri saya dan sahabat sekalian supaya kembali kepada fitrah asal kejadian kita. Mungkin 11 bulan yang lepas kita dialphakan dengan kesibukan duniawi.... tapi, ambiklah kesempatan bulan Ramadhan yang mulia ini untuk kita jadikan asas bagi menjadikan diri kita ini benar-benar hamba Allah yang bertaqwa kepadaNya.

Sesuai dengan firman Allah:-
"Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa"


SEMOGA KEDATANGAN RAMADHAN KALI INI PENUH MAKNA AGAR DAPAT KITA SEMUA LALUINYA DENGAN SEMPURNA



Ayuh Baca Quran

Baca Al-Quran & Tafsir On-Line Disini

Demi Masa

Ingat Solat

Bilangan Pengunjung

Sembang Ilmiah

Laman Ilmiah

Silibus Usrah Remaja

---------------------------

Mencari silibus untuk USRAH?? DAPATKAN QURANIC GROUP Hari ini juga Pastkan anda tidak terlepas Hubungi saya

Mohd Hasyrie Rusydie 0132965236

  • QURANIC GROUP
  • ------------------------------

    Followers

    Text

    
    
    Template by Layout4all & Abdul Munir | blog Blogger Templates